Dilaz sambung entri tadi. Kul 4.45 petang kiteorang turun tepi pantai tunggu semua berkumpul untuk aktiviti yang telah dirancang. Sebelum mula aktiviti, apa lagi posinglah kan.
Apa yang My Love tengok tu pun tak tahu...Qistina pulak marah sebab tak dapat turun lagi
Tunggu diaorang kumpul lambat sangat, Qistina main air dulu bersama kawan2..seronoknya
Bile dah semua berkumpul, aktiviti pun dimulakan. Tak banyak sangat aktiviti tapi seronok jugalah. Qistina main game selipar oh selipar. Game nie untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke 6 tahun. Qistina paling kecik sebab berumur 3 tahun. Saje je suka2 suruh tengok Qistina masuk. Cepat faham juga Qistina bile Papa dia beri arahan dan buat dengan cemerlang. Tapi tak menang pun. Qistina last sekali. Yang penting Qistina boleh lakukan dengan baik. Bijak2.
Cara permainan cari sepasang selipar di atas pasir, pakai dan terus lari kegarisan penamat. Senang je.
Qistina dan Papa tengah tunggu wisel pengadil
Lepas game selipar oh selipar, Qistina main game Gula2 dalam pasir. Cara permainan, kutip gula2 seberapa banyak dan tunggu wisel, lari ke garisan penamat. Yang nie Qistina memang pandai. Qistina dapat no 2. Orang suka makan jajan kan sebab tu pandai bab2 nie.hehehe. Aktiviti petang tu banyak untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas dan dewasa. Dilaz dan My Love nak main game untuk pasangan tapi Qistina tak bagi pulak. Nak suh layan dia je. tengoklah nie
Qistina main pasir
Lepas dah habis semua aktiviti, balik bilik hotel sebab malam ada Dinner. Yang nie paling best sebab dapat makan. Ada lagi cete best tau...tunggu sambungan family day ini
6 ulasan:
wah semuanya biru...
gembiranya..hee
owh ye..ifa bru on9 nie..
ZF:Betul tu, semua biru.baju hari keluarga
ifa:memang best sangat.lama tak pergi bercuti macam ni
bestnye qistina dpt main pasir..hehe.. btw, ur welcome dilaz.. no hal la, kalo nampak name dilaz lg, sy leh tlg inform, ngehehe..
Catat Ulasan