PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

31/07/12

Alhamdulillah rezeki

Selamat Berpuasa semua.

Sekejap je kan. Hari nie dah hari ke-11 kite berpuasa. Tak lama lagi nak raya. Macam mana persiapan raya kawan-kawan? Dilaz lum beli apa-apa pun. Persiapan raya pun lum buat lagi sebab sibuk sikit nak kejar target. Tak lama lagi nak bersalin. Takut target tak capai lak.

Emmmm. Okeylah berbalik kepada tajuk. Dilaz bersyukur sangat sebab sejak mengandung nie, rezeki nak dapat Buffered Earning (BE) baru ada je. Tapi tu semua tak lama running kat Blog nie. Almaklumlah Blog nie pun kejap update, kejap tak. Mana nak dapat income banyak kan. Alhamdulillah rezeki dapat BE tetap ada. Sekarang ada 2 BE baru tengah running kat Blog Dilaz nie. Dilaz harap kekallah lama sikit BE nie. Nanti boleh dapat earning banyak sikit. 


Apa-apapun Dilaz nak ucapkan terima kasih kepada NUFFNANG yang sudi beri BE baru dalam Blog Dilaz Family nie. Itu tandanya dia suruh Dilaz selalu update Blog dan berblogwalking. Betul tak kawan-kawan? 

27/07/12

Sama tapi tak serupa

Salam semua


Selamat berpuasa. Sekejap je puasa kan. Hari nie dah seminggu berpuasa. Alhamdulillah Dilaz setakat nie tak ponteng lagi, walaupun tengah pregnant. Harap dapat puasa penuh tahun nie. InsyaAllah. Cuma takut gak ada effect pada baby je. Dilaz cuba, kalau tak larat, jangan puasa. Betul tak?


Meh tengok gambar nie.


Sama tapi tak serupa kan....Inilah anak sulung kesayangan yang sangat nakal dan semakin manja, lagi-lagi nak dapat adik nie. Kekadang tu tak tahan dengan kerenahnya. Boleh dibuat sakit jantung tahan marah tau. Dah semakin besar anak Mama ni. Pandai melaram lak tu. 

Hari-hari nak pergi taska mesti bersolek dulu. Bersolek macam orang nak pergi keje lak. Mama pun tak solek macam Qistina tau. Ragam anak dara kan. Macam-macam perangai. 
 

26/07/12

Mencari review follower ke 020983

STICKY POST SEHINGGA JUMPA JUMPA YG BERTUAH

Salam semua

Dilaz nak cari follower yang review Blog Dilaz Family nie ke 020983.


Siapa yang dapat capture nombor tu, sila buat entri sebagai bukti dan bagi link kat bawah komen entri nie sahaja. Siapa yang bertuah tu, Dilaz nak bagi CASH MONEY dan hadiah misteri. Jadi kenalah rajin2 datang Blog Dilaz Family nie. Selamat berjaya.

Selamat Berpuasa

Salam semua. 

Dilaz harap masih belum terlambat nak ucapkan

"SELAMAT BERPUASA"


kepada seluruh umat Islam tak kira di mana anda berada. Semoga di Bulan Ramadhan ini rezeki anda dimurahkan dan semakin bertambah. Amin

18/07/12

Buffered Earning ke-11

Terima kasih NUFFNANG sebab bagi Dilaz Buffered Earning (BE) baru walaupun BE yang lama dah jadi ME. BE baru dalam Blog Dilaz Family nie ialah "Digi Seribu Sejam". Banyak iklan Digi dalam blog nie. Harap2 dapatlah banyak earning.
Dilaz bersyukur sangat di atas rezeki ini.Alhamdulillah rezeki anak. Semoga rezeki kami akan sentiasa bertambah dan ALLAH murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin.


Harap hujung tahun 2012 bolehlah Cash out Earning NUFFNANG nie. AMIN YA ALLAH.
 

Cerita di Singapore

Salam semua.


Dilaz nak sambung cerita di Singapura @ Universal Studios Singapura. Bantak tempat yang boleh dilawati di USS. Kalau tak silap Dilaz ada 18 tempat macam-macam watak dan movie yang boleh kite tengok. Dilaz dan My Love tak pergi banyak pun hanya lebih kurang separuh je dari situ, yang lain tak masuk hanya duk luar ambil-ambil gambar je. 


Cuaca masa tu hujan. Kejap lebat, kejap gerimis. Jadi terbatas sikit pergerakan dan masa yang diberikan untuk berada di dalam USS pun kejap je. Kiteorang diberi masa hanya dari jam 10.40 pagi hingga ke 3 petang. Itu yang tak puas jalan tu.



   
Ride the Movie yang pertama kiteorang tengok ialah "SHREK". Dalam movie nie banyak kali kena sembur dengan air. Mula-mula kena air dari SHREK dan Wife dia bersin. Memang macam real. Pas tu masa dia nak selamatkan FIONA di air yang deras. Paling geli masa ada banyak labah-labah. Memang terasa labah-labah tu di kaki kite. Terperanjat Dilaz masa tu, ingat tak de apa-apa.

Lepas tu..kiteorang pergi ke Transformers. Sebelum nak masuk ni siap bergaduh dengan My Love tak nak masuk sebab rasa macam takut je nak masuk situ. Tapi sebab sayangkan My Love tawakal lah masuk join sekali.
 

Ini keadaan dalam Ride the Movie Transformers. Nak sampai ke movie tu ambil masa 1 jam setengah tau. Punyalah lama beratur. Sampai rasa nak patah balik.
 

Tapi penantian berbaloi sebab memang seronok dalam Transfomers tu. Yelah kite jadi salah satu robot yang menyelamatkan negara daripada musuh. Memang real dan rasa ngeri sikit pun ada. Rasa ngeri masa dia bawa kete laju-laju dan tetiba kereta tu jatuh daripada bangunan. Mahu kecut pertu nie. Nasib baik baby tak de apa-apa dalam perut ni. 

Habis tengok Transformers ingat nak masuk di Jurassic Park.
 

Bile masuk tengok signboard tulis anda akan basah sepenuhnya, terus tak jadi masuk. Lagipun kawan-kawan cerita kalau masuk dalam tu tak sesuai untuk Dilaz sebab takut apa-apa jadi pada baby. Nasib baik tak masuk. Member-member habis basah kuyup. 

Di USS tu memang seronok. Sesiapa yang belum pergi dan rancang nak pergmi jangan lupa masuk di Transformers tau. Kalau tak masuk itulah yang paling merugikan.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

17/07/12

Hanya beli nie je

Masa pergi Singapura Dilaz lupa nak tukar duit kat Money Changer. So, tukar kat USS je. Tukar kat USS mahal rate dia..rugi sangat. Dilaz tukar RM 50 dapat USD 19 je. Sikit kan. Jadi dengan duit tu dapat beli air USD 6.10 dan makan nasi lemak USD 4. Nak beli lain semua lebih dari USD 10 ke atas. 


Tapi untuk dijadikan kenangan di USS Dilaz beli 




Nak tahu apa dalam sampul ni.....


Ini dia Fridge Magnet USS. Satu FM nie USD 5. 
Simple je...

 

Lain kali nak tukar duit siap-siap dan beli barang cenderahati banyak-banyak. Untuk Qistina tak dapat nak beli apa-apa. Lain kali Mama beli untuk Qistina ye.
 

Sampai juga di Singapura

Hari Jumaat petang sampai di Hotel Johor. Hari Sabtu selepas breakfast kiteorang gerak pergi ke Singapura. Pertama kali pergi ke luar negara @ Singapura. Huhuhuhuhu. Sian kan. Orang lain dah banyak kali pergi ke luar negara. Imigresen Singapura sangat ketat pemeriksaannya. Tension gak lama tunggu. Di Johor senang je.


Okeylah....Tempat utama yang dituju di Singapura ialah Universal Studios Singapore. Dilaz nak tunjuk kat kawan-kawan antara gambar-gambar yang Dilaz sempat ambil.

Tangga nak ke Universal Studios Singapore (USS). Ini antara member2 satu Agensi.


Dah sampai wajib ambil gambar kat sini. My Love tak nak ambil gambar
 

Siapa yang belum beli tiket nak masuk, kena beli kat sini. Kiteorang dah beli masa kat Johor.
 


Map nie perlu ambil supaya tak miss semua tempat. Kalau tak rugi tau




Gambar kenangan kami berdua. Gemuknya Dilaz.. 
Tengah pregnant 6 bulan setengah @ 26 minggu



Satu je dapat ambil dengan maskot USS. Yang lain tak dapat jumpa sebab sibuk jalan.

 

Ini My Love Dilaz yang paling disayangi..
Kiteorang nak start ride the movie...
Nantikan entri seterusnya....
BERSAMBUNG.......
 

16/07/12

Selesanya Hotel Bluewave Johor Bahru

Salam semua.
Alhamdulillah Dilaz dan My Love selamat pergi dan pulang dari Johor dan Singapura. Seronok gak tapi biasalah letih sikit. Nasib baik bos bagi cuti hari nie. Dapatlah relax jap dan buat entri nie. Seperti entri sebelum nie Dilaz tido di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru.
 

Hotel nie dekat ngan Singapore dan di tengah-tengah bandar Johor Bahru. Inilah keadaan bilik tido kami. Kiteorang duk kat hotel nie 3 hari 2 malam. Semua CEO dan Unit Manager yang tanggung. Untung kan.
 
 
Besar gak bilik nie. Selesa sangat. Ada rezeki nak bawa anak-anak pergi hotel nie.


Siap ada dapur dan microwave. Sesuai untuk sesiapa yang datang berkeluarga. Bilik-bilik kat hotel nie memang best dan selesa.
 

Dilaz rasa sangat bertuah bekerja dengan Agensi nie. Kalau kerja kat tempat lain susah nak rasa seronok dan tawaran-tawaran macam nie. Oleh itu, kenalah kerja kuat dan ambil seberapa banyak peluang yang ada. Paling penting, jangan cepat berputus asa dan sentiasa perlu bersabar.

14/07/12

Dilaz nak pergi Singapore

Pagi semua. Mesti ada yang tak bangun tido lagi kan. Dilaz tengah bersiap-siap nak pergi breakfast. Pas tu Dilaz dan My Love nak pergi ke Singapura

 
Yang paling penting tempat yang kiteorang akan pergi ialah ke Universal Studios. Mesti seronokkan.

13/07/12

On the way ke Johor

Salam semua.

Hari nie Dilaz nak pergi ke Johor Bahru. Ada seminar dan dinner kat sana. Dinner dibuat di Hotel Bluewave Johor Bahru. Mesti seronok kan. Ada masa nanti Dilaz snap2 gambar dan buat entri untuk kenang-kenangan
 
 

11/07/12

Wordless Wednesday

Keow Teow Hong Kong...

 
Sedap gak rasanya.. First time cuba
 

Jalan-jalan cari makan

Sebenarnya hari Sabtu lepas Dilaz dan My Love bawa Qistina jalan-jalan. Yelah kiteorang asyik sibuk bekerja sampai tiada masa untuk Qistina. Jadi Sabtu tu free jadi bawalah dia jalan-jalan. Mula-mula kiteorang g tengok wayang cete Spiderman. Tak berapa amazing pun, tapi tak tahulah kalau ada yang suka.


Lepas dah tengok wayang, perut lak lapar. Jadi makan jap kat Kenny Rogers di Jusco. Baby dalam perut teringin nak makan. huhuhuhuhu


Kek aiskrim untuk Qistina


Yang nie sosej yang comel2. 


Dilaz dan My Love makan set dia. Apa nama lupa dan gambar lupa nak snap sebab dah terlalu lapar.
  

10/07/12

Dapat juga akhirnya

Hari nie Dilaz nak cerita tentang My Love. My Love Dilaz nie amat cerewet orangnya. Kalau nak beli barang amat memilih. Kekadang tu nak beli barang kalah orang perempuan shopping. Dilaz pula naik marah tunggu dia cari barang. Tapi akhirnya My Love dapat juga apa yang dihajati.

Nak tahu apa dia



















 

Inilah dia kasut Bata yang berharga hanya RM 29.90. My Love kata "Dapat gak abang beli kasut berharga RM 30". Sebelum nie memang My Love nak beli tapi ada je halangan nya. Antaranya tak de saizlah dan yang ada hanya yang display je. Hehehehehehe. Tapi tak pelah, akhirnya dapat gak kan beli. Okey gaklah kasut nie.
 

9/07/12

Nak makan macam nie

Salam semua. 

Layan je gambar nie erk

  
Suka tak makan macam nie.... Seronok tau. Lama tak pergi kenduri makan macam nie. Kat Johor banyak macam ni. Melaka jarang jumpa
 

7/07/12

Selamat Bertunang

Dilaz nak ucapkan 

SELAMAT BERTUNANG 

kepada 

Nadia aka Nade


Semoga bahagia selalu dan semuanya berjalan dengan lancar.AMIN.
 

6/07/12

Sedekahkan senyuman mulia pada Ramadhan ini!


campaign image
Senyuman itu sedekah! Senyumlah selalu tak kira pada sesiapa pun. Inilah sedekah yang tak memerlukan wang ringgit.

Dilaz nak promote ni. Listerine ada produk baru tau.Iaitu Listerine Natural Green Tea .Segar pakai Listerine nie. Cubalah. Nak tahu detail KLIK SINI.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails