PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

31/08/11

Merdeka...Merdeka

Dilaz nak ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-54. 
Semoga Negara Malaysia akan terus maju dan aman makmur selamanya. Amin.
Jagalah negara kita supaya negara kita tidak akan dijajah lagi. Janganlah cemarkan nama baik negara
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA

30/08/11

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam semua

Dilaz sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. 
Di harap kawan2 sentiasa gembira bersama keluarga tercinta tak kira di mana kawan2 berada. Makan lemang dan ketupat tu ingat2lah Dilaz di sini. Tahun nie Dilaz teringin nak makan burasak lah (makanan tradisi raya keturunan Bugis).

Dilaz juga ingin memohon maaf sekiranya sepanjang Berblog nie Dilaz ada terguris hati dan perasaan sesiapa samada sengaja atau tidak. Harap sudi maafkan. Jemputlah datang ke rumah.


Akhir kata

28/08/11

Nak Balik Kampung...

Semua mesti dah balik kampung masing2 kan. InsyaAllah kalau tak de apa2 Dilaz pun nak balik kampung hari ini. Rindu kat kampung lama tak balik. Dilaz tak sabar nak jumpa Abah, adik-beradik Dilaz dan anak buah Dilaz yang comel dan hensem tu. 

Doakan Dilaz sekeluarga selamat pulang ke kampung halaman dan selamat kembali semula ke Melaka dengan selamat. Nasihat Dilaz untuk kawan2 semua yang nak pulang ke kampung ; "Pandu dengan cermat tau. Ingatlah orang tersayang di sisi anda dan yang menanti kepulangan anda ke kampung. Jumpa lagi. Selamat Menyambut Hari Raya.

Persiapan Raya

Tahun nie Dilaz tak banyak buat persiapan raya sebab sibuk sikit dan budget tak banyak macam tahun lepas. Lagipun tahun nie cam sibuk sikit sebab banyak urusan baru yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Walau cam mana pun persiapan raya seperti baju raya kenlah belikan. Paling seronok Qistinalah. Banyak baju raya Qistina tahun nie. Inilah dia antara baju raya Qistina

 .
.
.
.
.
.
.
.
.


Dilaz lupa nak upload baju kurung dan kasut Qistina. Tahun nie Qistina ada 2 pasang baju kurung warna Pink. Cantik sangat.

P/S : Dilaz hanya beli sepasang baju kurung siap dan My Love lupa nak beli t-shirt raya. Masih ada masa nak shopping malam raya nanti. 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

27/08/11

Dapat e-kad raya pertama dari Cha

Semalam masa berblogwalking blog Cha, Dilaz nampak e-kad raya tahun 2011 yang Cha buat. Dilaz baca sekali nampak ada nama Dilaz. Rasa terharu terus Dilaz amik dan buat entri ni.
         Simple dan menarik e-kad http://hijaucantik.blogspot.com/ nie..


Terima kasih Cha. Dilaz ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Selamat menanti kehadiran baby boy tak lama lagi. Maaf Zahir dan Bati. Take care Cha

26/08/11

Perkara Baru di Hari Raya 2011

Mesti hari ini ada yang last day keje kan. Ada gak yang dah balik kampung pun. Dilaz last day keje esok (hari Sabtu). Pas tu cuti seminggu. Tahun ni raya, ada 3 perkara baru di dalam keluarga Dilaz. Orang lain sibuk beli langsir baru, perabut baru dan macam2 barulah. Tapi family Dilaz lain sikit benda baru. Nak tahu...meh baca nie.


Pertama ; Kerja baru Dilaz
Dilaz start kerja pada 29 Julai 2011 sebagai kerani insurans. Kerja okeylah, bile ada borang proposal banyaklah kerja. Kalau tak de borang, tak de kerja. Gaji tak berapa nak okey dengan harga barang yang serba mahal nie. Tapi Dilaz tetap bersyukur sebab ada kerja dan ada duit sikit untuk tambah pendapatan keluarga.

Kedua ; kerja baru My Love
Sebelum nie My Love kan kerja kat EON sebagai Sales Advisor, tapi sejak 16 Ogos 2011 My Love kerja di Panasonic sebagai Production Engineer. Nama jawatan macam gempak kan. Gaji boleh tahanlah. My Love lama apply jawatan macam nie akhirnya rezeki My Love dapat juga. Alhamdulillah. Kerja rajin2 biar cepat naik gaji dan naik pangkat.


Ketiga ; Motor Baru
Raya tahun nie kiteorang ada motor baru jenis Modenas CT 100. Lama dah nak beli motor akhirnya dapat juga beli. Ada motor nie senang sikit kalau nak pergi kedai yang dekat2 ngan taman nie. Naik kereta leceh sikit, kalau naik motor kan ringkas. Qistina teramat suka bile ada motor ni.

Itu je update Dilaz untuk kehidupan family Dilaz setakat tahun nie. Harap selepas ini kehidupan kami sekeluarga bertambah baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. AMIN.

Dah dapat duit raya

 Salam semua

Lagi beberapa hari dah nak raya kan. Belum raya lagi Dilaz dah dapat duit raya tau. Jangan jelous dah ada anak satu still dapat duit raya tau. Dilaz ingat lagi 3 Tahun lepas, masa tu Qistina belum lahir lagi masih dalam perut. FIL Dilaz beri Dilaz duit raya. Itulah pertama kali dapat duit raya selepas dah berkahwin.

Tapi jangan tak tahu Dilaz masih dapat duit raya sekarang tau. Siapa yang bagi????... Mestilah bos Dilaz dan Big Bos. Orang Goverment dapat duit bonus banyak, tapi Dilaz hanya dapat duit raya yang tak banyak macam orang gov. tapi Dilaz tetap bersyukur di atas rezeki yang ALLAH beri. Alhamdulillah. Nasib baik Dilaz dah kerja dan dapat bos yang baik hati sebab boleh runding bagi gaji awal sebab nak raya.

Inilah duit raya dari bos Dilaz...RM 50



dan

RM 30 dari Big Bos



P/S : Terima kasih bos dan Big Bos. Doakan Dilaz sentiasa dimurahkan rezeki,AMIN

25/08/11

Sepuluh Perkara TIDAK Punca Kegagalan

  1.  TIDAK Berusaha bersungguh-sungguh
  2. TIDAK tahu kekuatan dan kelemahan diri
  3. TIDAK yakin pada diri sendiri
  4. TIDAK mahu bertanya
  5. TIDAK mahu mencuba
  6. TIDAK ada persaingan sihat
  7. TIDAK berfikiran positif
  8. TIDAK pandai menguruskan masa
  9. TIDAK membuat perancangan
  10. TIDAK mumbuat persediaan
P/S: Renung-renungkanlah 

24/08/11

New Gadget Dilaz Family


Semalam Dilaz dan My Love pergi kedai motor ambil motor yang kiteorang booking sabtu lepas. Badan nie still demam dan rasa sakit2. Tapi sebab nak dapat motor baru tu yang rasa teruja sikit. Qistina pun sangat teruja bile dengar nak amik motor.

Dalam demam2 nie malam2 kiteorang pusing2 dengan motor baru sebab nak puaskan hati Qistina yang tak nak balik rumah. Lepas dah puas baru Qistina nak balik. Qistina suka sebab dia pun dapat helmet baru. Nanti Dilaz cete kat entri seterusnya.

 

Mana Menghilang

Salam semua

Selamat berpuasa. Minggu depan nak raya kan. Seronok sangat. Lama Dilaz tak update Blog dan Berblogwalking ke Blog kawan2. Mana Dilaz menghilang??..

Dilaz tak pergi mana pun, cuma Dilaz demam. Ini pun still demam. Dilaz gagahkan diri ini untuk update sikit2 supaya taklah sunyi blog Dilaz Family nie. Doakan Dilaz cepat sembuh dari demam ini. Tak bestlah kalau raya demam kan.


 

22/08/11

Kenangan Persiapan Raya Tahun 1990-an

 Cerita nie adalah lebih kurang 15 tahun yang lalu pada tahun akhir 1990-an. Ini adalah cerita persiapan raya Dilaz di zaman remaja. Dilaz ingat lagi, Abah beri kiteorang adik beradik seorang RM 100 (Itu termasuk duit rayalah). Lepas dah beri RM 100 tu Abah bawa kiteorang 4 beradik pergi Pekan Pontian untuk beli barang sebagai persiapan raya masing2.

Kiteorang adik beradik pun seronoklah sebab dapat duit raya dan boleh beli macam2. Macam2 dapat beli masa tu. Dilaz beli baju, kasut raya dan paling penting Dilaz beli wallet yang lekat2 tu.Duit zaman dulu bile dah beli barang2 still ada balance kan. Tapi sekarang duit dah semakin kecil.




Adik Dilaz pun macam tu beli macam2 tapi still ada balance. Diaorang tak beli wallet tapi beli bunga api. Seronok betul zaman remaja masa tu. Paling tak sabar nak tunggu raya sebab dapat jumpa sepupu sepupu dan paling penting dapat duit raya dari makcik2 dan pakcik2.


Koleksi Mug dan Coca Cola Can McD Dilaz

Salam semua

Lagi seminggu kita nak menyambut ketibaan Syawal kan. Rasa sekejap je berpuasa pas tu nak raya. Tak sabar nak tunggu raya boleh makan ketupat, lemang dan rendang. Paling best boleh makan macam2 kuih raya yang sedap2. Okeylah hari nie Dilaz nak share ngan kawan2 koleksi Mug dan Coca Cola Can McD yang Dilaz dah kumpul.


Mug nie Dilaz dapat masa pergi kenduri Kahwin, beli barang percuma Mug dan satu2nya Mug masa Lucky Draw Family Day EON. Ada lagi mug yang Dilaz kumpul tapi Dilaz dah simpan dalam kotak sebab tak de space nak letak (belum beli almari pinggan mangkuk lagi). Dilaz suka kumpul mug sebab macam2 design ada dan kalau orang beri lagilah suka.

Ini pula Coca Cola Can McD yang Dilaz sempat kumpul hasil promosi yang McDonald buat. Ada gak miss, jadi inilah saje yang Dilaz dapat kumpul. Tahun depan boleh kumpul lagi.

Koleksi tahun 2010

Koleksi Tahun 2011


P/S: Masa sekolah dulu suka kumpul keychain.Siap tukar2 koleksi ngan kawan2. Dah kahwin nie nak kumpul Fridge Magnet (FM) pula.

20/08/11

Hadiah dari Akiratoriza

 Salam semua.

Puasa tak? Hehehe..mestilah puasa kan kecuali ada perempuan yang dikecualikan untuk tidak berpuasa. Tak lama lagi nak raya kan. Rasa sekejap je. Macam mana persiapan raya kawan2? Dah beli semua? Dilaz lum buat persiapan penuh, mungkin minggu depan siaplah persiapan raya.
Dilaz nak update pasal hadiah yang Dilaz terima dari Akiratoriza minggu lepas. Dilaz menang hadiah saguhati je sebab join "Adam Shazzrul-GA Pertamaku". Alhamdulillah rezeki. Inilah hadiah yang Dilaz dapat.


Terima kasih Akiratoriza di atas hadiah yang cantik tu. Raya nanti bolehlah pakai gelang tu. Nanti buatlah GA lagi

19/08/11

Sampel Nesvita dari Facebook

Seminggu lepas Dilaz ada request sampel Nesvita kat Facebook. Dilaz tahu nie pun dari Cute Mum. Cute Mum nie rajin join CGL dan tahu apa contest atau sampel2 yang ada kat FB. Dilaz nie join ikut mood je tu yang susah nak menang. Ada orang sekali join je dah menang. Itu semua rezeki kan.

Inilah rupa sampul Nesvita sampel tu



Buka je dalam ada 3 sachet Nesvita Original. Okeylah tu untuk cuba kan

Rasanya memang sedap. Kawan2 cubalah

P/S:Dilaz nak request lagi sampel kat web lah dan nak rajin2 join contest online dan offline. Nak menang banyak hadiah macam kawan2

Dilaz dalam Majalah Nur

Salam semua.

Lama tak update blog sebab Dilaz yer Blog tak tahu kenapa tak leh buka page Catatan baru. Pagi nie baru boleh. Mungkin line Broadband kot. Pagi nie Dilaz nak mulakan dengan cerita glamour Dilaz. Dilaz masuk dalam Majalah lagi buat kali ketiga. Sebelum nie 2 kali dengan Qistina tapi kali nie dengan member Guardian pula. 

Dilaz masuk dalam Majalah Nur bulan September. Siapa dah beli angkat tangan.
 

Inilah dia muka Dilaz dan kawan2 Guardian. Cuba cari mana satu Dilaz




Kasi close up sikit gambar yang masuk majalah tu.
Glamour je masuk majalah Nur tu sebab tak de hadiah dapat kalo masuk Majalah tersebut.

P/S: Siapa lum beli, belilah sebab ada peraduan Syahirah untuk dapat hamper jenama Iffah dan juga 65 helai tudung untuk dimenangi. Mana tahu ada rezeki menang boleh melaram masa raya

16/08/11

Hadiah semua dah pos

Semalam Dilaz ada buat entri pasal lambat pos hadiah untuk pemenang Lucky draw kan. Alhamdulillah semalam petang juga Dilaz dah pos semua hadiah tu. Harap minggu nie hadiah tu selamat sampai kat semua pemenang. InsyaALLAH. Harap sudilah menerima hadiah yang tak seberapa tu dan ikhlas dari Dilaz. 

Lepas nie Dilaz nak bagi hadiah FM lah. Kat Melaka nie banyak FM yang cantik2. InsyaALLAH lepas raya nie Dilaz nak buat GA dan hadiahnya FM atau cash money. Dilaz harap kawan2 semua terus menyokong Dilaz dan sentiasa memberi Dilaz dorongan dan nasihat. Semoga persahabatan alam maya ini akan berkekalan hingga akhir hayat.AMIN.

 

Kuih oh kuih

Kuih plg gangster = Lompat Tikam
Kuih plg sexy = Puteri Mandi
Kuih plg keji = Taik Itik
Kuih plg cute = Cek Mek Molek
Kuih awet muka = Seri Muka
Kuih plg alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih Negro = Dodol
Kuih bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih plg tenteram = Kuih Makmur
Kuih plg lembab = Kuih Siput
Kuih plg bahaya = Kuih Bom
Kuih plg pekak = Kuih Badak
Kuih plg terang : Kuih Pelita
P/S :Ini adalah copy paste dari rakan FB.Saje nak share kat kawan2

Hari baru My Love

 Selamat pagi semua

Pagi nie Dilaz bangun awal sangat sebab macam2 kerja nak buat pagi2. Sebab utama Dilaz kena bangun awal kerana hari ini adalah hari baru untuk My Love. My Love Dilaz hari nie mula kerja di tempat baru iaitu di kilang Panasonic. My Love ditawarkan kerja dalam bidang Production. Untuk dapat kerja nie My Love terpaksa temuduga sebanyak 3 kali tau. Masa kali ketiga My Love dah pasrah. Dia kata, dapat..dapatlah. Kalau tak dapat mungkin tak de rezeki

Alhamdulillah minggu lepas HR Panasonic tu call My Love suruh amik offer letter. My Love bukan main suka lagi sebab kerja nie tetap sikit lagi2 bab gaji. Kalau kerja sebagai Sales Advisor kat EON tu bergantung kepada kita jual kereta. Ada jual ada masyuk. Dilaz pun tumpang gembira sebab My Love dapat kerja nie. Dilaz doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan My Love dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Selamat maju jaya Abang...dari Sayang yang selalu sayang dan menyokong Abang


15/08/11

I'm sorry

Kenapa Dilaz nak minta maaf???...Sebab Dilaz nak minta maaf pada kawan2 yang bertuah dalam Lucky Draw Vote Qistina hari tu. Dilaz lambat pos hadiah untuk pemenang. Dilaz sibuk sikit kerja kat tempat baru nie. Sampai tak de masa nak pergi ke pejabat pos.

InsyaALLAH hari nie Dilaz cuba pos hadiah tu sebab hari nie Dilaz amik cuti untuk pergi kes sebutan tuntutan gaji. Harap semua berjalan dengan lancar dan dapat Dilaz pos hadiah untuk pemenang tersebut. Maafkan Dilaz ye. Diharap sudi terima hadiah yang tak seberapa tu ikhlas dari Dilaz. Selamat berpuasa



P/S: Bulan puasa nie idea susah sangat nak datang. Atau sebab Dilaz banyak kerja sampai tak de idea nak kuar? 

Sambung lagi kes buruh

Salam semua

Selamat bekerja semula setelah 2 hari bercuti kan. Mesti ada yang shopping raya dan ada juga yang buat kuih raya. betul tak? Dilaz tak buat pun dua2 perkara tu tapi hanya duduk rumah sahaja sebab banyak benda nak fikir. Kawan2 ingat tak bulan lepas Dilaz ada buat entri pasal tuntutan Gaji Dilaz, siapa tak ingat..baca nie.

Hari ini sambung lagi perbicaraan tuntutan gaji tersebut. Dilaz harap sangat dapat selesai hari ini juga sebab nie kan nak raya. Banyak nak guna duit buat belanja. Kawan2 doakan Dilaz ye.
 

12/08/11

Pengaruh Boboi boy

Inilah dia budak2 bile dah terpengaruh dengan cerita kartun. Nampak je benda pasal kartun tu terus nak beli. Qistina nie minat sungguh dengan animasi baru Boboi boy sampai boleh hafal lagu tema animasi tu. Ingat tak sebelum nie Dilaz ada buat entri pasal Dilaz beli baju, tak ingat..baca nie.

Qistina pun nak juga tau. Pantang tengok mama dia beli baju, dia pun nak juga.Akhirnya ini yang Qistina pilih

Baju tido Ying

dan

Baju tido Yaya


Bukan main suka anak dara ni. Lepas nie apa Dilaz beli mesti kena belikan Qistina juga. Papa Qistina kena cari duit lebih sikitlah

Buffered Earning Ke-5 Dilazfamily

Salam semua

Selamat berpuasa. Sekejap je hari ini kita dah berpuasa hari ke 12, hampir separuh bulan berpuasa. Macam mana persiapan raya kawan2? Dah beli? Dilaz belum lagi. Masih terfikir2 lagi. Raya tahun nie macam tak seronok je.

Okeylah Dilaz nak sambung cete pasal Buffered Earning Dilaz. Semalam malam Dilaz check Nuffnang dan akhirnya Dilaz nampak nie......

BE ke 5 Dilaz untuk Blog Dilaz Family. Alhamdulillah. Dilaz suka sangat dan Dilaz bersyukur rezeki yang diberi di bulan Ramadhan ini. Dilaz harap BE nie dapat atasi rekod BE sebelum nie yang dah jadi ME (RM5.94). 

Mungkin ini rezeki untuk harijadi Dilaz bulan depan kot. Nuffnang nak bagi Dilaz cash out masa hari jadi Dilaz nanti. Siapa tahu kan. Mudah-mudahan Dilaz dapat income BE yang banyak dan bolehlah Dilaz rasa duit dari En Nuffnang nanti.

Terima kasih NUFFNANG. Sudi2lah bagi BE lagi



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails