PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

29/01/14

Danish masuk majalah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua

Macam mana nak jadi blogger tegar kalau entri kejap ada kejap tak de kan. hihihihihi. Okeylah biarlah janji Dilla akan sentiasa ingat kat kawan2 blogger semua walau jarang update blog dan berblogwalking. Cerita ni dah basi sangat, cerita tahun lepas. Tapi still nak update sebab inikan blog peribadi Dilla. Cerita tentang diri Dilla dan juga keluarga. Nanti akan dijadikan kenangan buat anak cucu kemudian hari.

Danish masuk majalah...glamour jap budak bujang ni. Sebelum ni kakak Qistina. Siapa terlepas baca entri tentang Qistina masuk majalah. Boleh baca ni..Klik.. Banyak kali gak Qistina masuk majalah. Sekarang turn adik dia lak. Terkejut gak tak sangka Danish masuk majalah, sebab baru hantar dah terpilih. Meh tengok aksi Danish tu


danish masuk dalam ruangan Si Comel majalah Seri Dewi & Keluarga


Keluaran September 2013



Ini gambar realnya. Si botak dan bulat. Senyum tak nampak gigi. Tapi comel.huhuhu


Semoga Danish akan lebih dimurahkan rezeki dan berpeluang menang apa-apa contest yang mama join untuk Danish. Jadi anak yang baik ye

24/01/14

Renung-renungkanlah

Salam hari Jumaat
Dihari yang mulia ini Dilla nak sesuatu untuk semua. Petikan dari buku "Kerana-mu Aku Berubah" tulisan Ruhana Zaki.


Istimewa Ilmu


Ilmu mampu memberikan banyak kelebihan kepada pemiliknya melalui jaminan Allah sepertimana dalam firman-Nya: 
"Allah memberi hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak"    Surah Al-Bawarah: 269


Ilmu juga dapat meninggikan dan membezakan taraf dalam kalangan manusia.
Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna" Surah Az-Zumar:9


Ilumu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan sesorang itu bertakwa dan mencintai Allah dan Rasul-Nya. Firman-Nya bermaksud:
"Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu"  Surah Faatir:28


P/S: Ilmu itu penting dalam kehidupan kite. Belajarlah selagi boleh. Selamat maju jaya


14/01/14

Contest online dan offline

Salam Maulidur Rasul

Jom banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Kekasih Allah dan nabi kesayangan kita. Terasa rindu padanya. Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti dan kepada yang bekerja, Selamat menjalankan tugas anda. Itu amanah yang diberi.

Okeylah..tentang tajuk entri ni. Lama rasanya tak join contest online dan offline. Dulu rajin sangat, pantang nampak ada contest mesti nak join. Sejak dah beranak dua nie kemalasan melanda. Nak salahkan ada anak 2 lak. hehehehehe. Sebenarnya diri sendiri yang banyak alasan dan malas. Betul tak? Bak kata pepatah "Nak seribu daya. tak nak seribu dalih"..

Jadi, tahun 2014 nie perlulah buat perubahan dan kembalikan semula semangat suka join contest tu. Mana tahu ada rezeki anak-anak dan keluarga. Siapa tahu kan. Tak cuba tak tahu. Dah cuba mana tahu ada rezeki. In shaa Allah.

p/s: Kalau ada mana2 contest bagitahulah Dilla. Invite Dilla join ye kawan2
 

13/01/14

Ranking pertamaku-Supervisor Shaklee

Assalammualaikum dan Selamat pagi semua.

Cerita ni dah basi, tapi still nak update sebab nak abadikan kejayaan yang diperolehi di dalam Blog Dilaz Family. Alhamdulillah... syukur pada Allah kerana telah membuka jalan kepadaku. Shaklee banyak merubah diri Dilla ke arah yang lebih baik. Sebelum ni, Dilla banyak buat bisnes dan ada juga buat bisnes MLM, tapi tak pernah rasa seronok macam Dilla rasa sekarang. Bersama Group Jutawan Shaklee bukan sahaja mengajar bagaimana nak mencapai kejayaan tertinggi tetapi amalan rohani amat dititikberatkan. Apa yang ditekankan MASTER CHECKLIST perlu dilakukan setiap hari termasuk amalan rohani. In shaa Allah Dilla sedang memperbaiki amalan rohani dan lakukannya secara konsisten.

Dilla jadi ahli Shaklee ni sejak Januari 2013. Sebelum tu beli tapi tak jadi ahli. Setelah daftar menjadi ahli, hanya guna untuk makan sendiri. Apabila dah rasa kebaikan Shaklee ni dan dapat Bonus Shaklee, Dilla serius berbisnes. Mula serius pada bulan September 2013. Alhamdulillah Oktober 2013, Dilla naik pangkat ke Supervisor (ranking pertama dalam Shaklee). Ada 6 anak tangga perlu didaki. In shaa Allah Dilla akan berjaya seperti rakan-rakan yang lain. Paling penting, kita perlu berusaha dan sentiasa berserah kepada Allah. Terima kasih kepada suami Dilla yang sentiasa menyokong apa yang Dilla lakukan. terima kasih juga pada leader2 , rakan2 seperjuangan dan customer2 Dilla. Dilla anggap mereka semua seperti keluarga Dilla

Rezeki itu milik Allah. Dengan izinNya kita akan berjaya dan dapat apa yang kita impikan. Sentiasalah percaya pada Allah.

 
p/s: Sesiapa yang berminat nak join jadi AHLI SHAKLEE dan serius nak berbisnes, boleh sms/whatsapp Dilla 019-7270181
 

10/01/14

Earning penutup tahun 2013

 Assalammualaikum dan Selamat pagi semua

Pagi yang indah di hari Jumaat. Entri pertama untuk tahun 2014. Nak cerita dulu tentang Nuffnang. Tadi check akaun Nuffnang dan inilah hasilnya..


Earning penutup tahun 2013 hanya RM 6.85 ....Alhamdulillah rezeki gak tu. Tahun nie kita kumpul banyak2. Nak dapat Earning banyak, kenalah update blog selalu.betul tak? Tak update blog mana ada orang nak datang baca blog.huhuhu

Apa-apapun terima kasih pada En Nuffnang yang sudi bagi BE tahun lepas. Tahun 2014 ni kasi banyak2 tau.

Stay tune dan selalu lah datang blog Dilaz Family.

1/01/14

SELAMAT TAHUN BARU 2014

 Apa azam kawan-kawan tahun ini??? Semoga apa yang anda azamkan akan tercapai dan impian menjadi kenyataan. Dila hanya mahukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Dan akan pastikan apa yang diingini akan tercapai. In shaa Allah. Amin


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails