Salam semua.
Malam nie janganlah keluar pergi mana2. Jom kite tengok Drama bersiri baru slot Zehra di TV3. Tajuk Drama bersiri tu ialah Tahajjud Cinta. Ini adalah kisah seorang wanita yang memperjuangkan hak wanita yang teraniaya dan ada gak kisah berpoligami. Tadi pagi Dilaz dengar Fazura kata setiap episod ada pesanan dan cerita tersendiri. Itu yang tak sabar nak tengok tu. Dilaz suka tengok drama macam nie.
Lagi2 dalam Drama Tahajjud Cinta tu ada banyak Hero Malaya seperti Remy Ishak, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin, Eman Manan dan Shahz Jaszle serta tak lupa Aaron Aziz yang semakin banyak berlakon dalam drama sekarang nie. Pelakon wanita pula antaranya Erma Fatimah, Fazura, Dira, Fauziah Gaus, Neelofa dan Tiz Zakiyah.
Dilaz nak tengok Tahajjud Cinta malam nie. Jika episod pertama best, Dilaz akan follow sampai episode akhir drama tu. Siapa lagi nak sokong drama Melayu kan kalo bukan kite.hehehehe
Nur Fazura - pelakon utama
Cantik dia bertudung
SINOPSIS TAHAJJUD CINTA
Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
Credit to: nurizspace
Tiada ulasan:
Catat Ulasan