PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wanita. Papar semua catatan

29/03/15

22/07/11

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur?

Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI 

Sumber dari rakan Facebook. 
Dilaz nak share ngan kawan2 di hari jumaat yang mulia ini



Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. 

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya. Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. 

Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.  

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.   

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

P/S : Subhannallah...

14/07/11

Wanita dan dot dot dot






Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

  Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

  Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

  Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

  Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

  Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.


  Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

  Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

  Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

  Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

  Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat,jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

  Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

  Senjata wanita adalah airmata!!

  Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI

13/07/11

Entri Bahasa Inggeris

Read Each One Carefully and Think About It a Second or Two

 
I love you not because of who you are, but because of who I am when I am with you.

No man or woman is worth your tears, and the one who is, won't make you cry.

Just because someone doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have.

 
A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart.

The worst way to miss someone is to be sitting right beside them knowing you can't have them.

Never frown, even when you are sad, because you never know who is falling in love with your smile.

 
Don't waste your time on a man/woman, who isn't willing to waste their time on you.

Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful.

Don't cry because it is over, smile because it happened.

There's always going to be people that hurt you so what you have to do is keep on trusting and just be more careful about who you trust next time around.

Make yourself a better person and know who you are before you try and know someone else and expect them to know you.

Don't try so hard, the best things come when you least expect them to.
Sumber dari Blogger
Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI

6/07/11

Sentuhan Pembangkit Ghairah Suami

Salam semua

Pagi nie, Dilaz nak kongsi tip untuk para suami dan isteri sekalian. Kepada yang belum berumahtangga, simpan dulu erk.Nanti dah kahwin baru amalkannya. Diharap kawan2 dapat menerimanya dan maafkan Dilaz terlebih dahulu jika di entri ini ada yang menyinggung perasaan sesiapa.

Inilah dia sentuhan pembangkit ghairah suami : -

1. Mata ~ Sentuh kelopak mata kerana di situlah terletaknya puluhan saraf yang cukup sensitif. Menyentuhnya akan membangkitkan sensasi sensual suami.

2. Telinga ~ Telinga lelaki itu lebih penuh ghairah berbanding dengan telinga wanita. Lelaki akan berubah menjadi ghairah apabila telinganya disentuh terutama sekali oleh bibir wanita.
3. Leher ~ Sekiranya wanita akan terangsang bila lehernya disentuh lembut oleh pasangan, lelaki pula berlainan. Lelaki memerlukan sentuhan yang lebih kasar dibahagian ini. Ini kerana kulit lelaki lebih tebal berbanding wanita.

4. Telapak tangan ~ Ini kerana di setiap belahan telapak tangannya terdapat kira-kira 40 ribu simpul saraf yang menanti untuk distimulasi.

Itu sahaja yang dapat Dilaz kongsikan. Diharap anda semua berbahagia bersama pasangan masing-masing dan hubungan kekeluargaan sentiasa harmoni dan aman damai.Amin.
Sumber dari majalah Seri Dewi & Keluarga

4/07/11

Serlah Potensi Diri

salam semua

Dilaz nak kongsikan falsafah ini sumber dari buku "Terima kasih Tuhan atas Cinta ini", tulisan Zuhriah Mohamad Juoi.

Menoleh ke dalam diri
Usah terasa kecil
Lihatlah apa uniknya diri
Pasti ada sesuatu yang menarik
Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia

Untuk menggapai kecemerlangan
Mungkin ada pada bakat dan kemahiran Yang perlu digilap

Manusia perlu sedar
Perlu ada anjakan paradigma dalam nilai diri positif
Fokus yang positif
Ada sesuatu yang lebih bererti
Moga terus cemerlang membaiki kekurangan diri

Pupuk bakat dan minat , Suluhlah ke dalam diri
Agar terkilau sebutir mutiara perlu dibajai setiap hari
Agar kemilaunya bergemerlapan menyemarak diri

Jom REGISTER CHURP CHURP...Dapat tambah RM anda

27/06/11

Berpakaian Melalui Warna

Semalam Dilaz ada beli majalah Dara (tetiba tukar selera beli majalah lain). Dilaz nak kongsi tentang warna. Yelah semua orang ada warna kegemaran kan. Apa kata cuba ikut panduan nie dalam setiap hari anda. Semoga kehidupan kite ceria dan bahagia selalu. AMIN.





Jika boleh amalkan panduan ini. Tapi bagi yang bekerja pakai Uniform tu susah sikit kot. Masa cuti atau berjalan-jalan je.

Isnin  :  Putih
Selasa  :  Merah Jambu atau Ungu
Rabu  :  Biru
Khamis  : Oren
Jumaat  :  Hijau
Sabtu  :  Merah
Ahad  : Hitam

Sumber dari Majalah Dara.com menurut Nooraizan Mamat, Pengarah Pusat Terapi Diri.


24/06/11

Pembohongan wanita untuk lindungi rasa hati

Biasanya pembohongan ini untuk wanita yang masih bujang dan sukakan seseorang tetapi orang yang disukai telah disukai oleh orang lain terutamanya kawan baik dia sendiri. Jadi mereka melakukan pembohongan untuk lindungi rasa hati mereka walaupun terasa perit nak luahkan.

Saya tidak menggilai awak atau Saya tidak mencintai awak  ~  Biasanya ia berlaku jika dia tahu orang lain telah lama mencintaiorang yang dicintai olehnya. Ini kerana dia rasa malu dan tak mahu dikategorikan sebagai "Perigi mencari timba" serta tak mahu mengecewakan orang yang telah lama mencintai itu.

Saya belum bersedia mempunyai kekasih  ~  Mereka yang berkata demikian biasanya hendak mengumpulkan harta terlebih dahulu kerana tidak mahu bergantung kepada pasangan ataupun mereka terlalu mementingkan kerjaya dan impian mereka dahulu.

Saya tidak kisah hidup bersendirian  ~  Mereka belum bersedia dengan kehadiran lelaki di dalam hidup mereka mungkin terlalu trauma dengan kisah silam mereka ataupun takut nak berpasangan disebabkan cerita yang berlaku pada masa kini.

Sumber dari: Mingguan Wanita
P/S : Itu semua adalah hak masing-masing. Paling utama macam mana kite hadapinya.

17/06/11

Fakta tentang Jeans Yang perlu anda tahu

Salam semua.

Lama tak update Blog. Tak de mood nak update sebab Qistina tak de di sisi. Selalu nak update Blog mesti Qistina kat sebelah Dilaz maka idea pun datang bile tengok keletah dia. Ini dia kat kampung, kepala dan otak Dilaz jadi jam...blurrr. Tapi hari nie kuatkan juga semangat dan jangan ingat2 sangat maka Dilaz mulakan dengan entri Fakta tentang Jeans yang perlu anda tahu terutamanya kaum wanita.

Hasil kajian di peringkat Global (sumber dari Strauss & Co;LEVI'S) :


Lebih separuh daripada wanita (54%) mencuba sekurang-kurangnya 10 helai jeans sebelum membuat keputusan membeli (Dilaz cuma cuba 3 atau 4 helai je)

Kebanyakan wanita (87%) menaruh harapan agar bertemu dengan jeans yang lebih sesuai dengan bentuk pinggul mereka bebanding dengan jeans sedia ada yang dimiliki. 
(maybe bagi Dilaz sebab pinggul lebih besar dari pinggang)

Kebanyakan wanita (67%) percaya jeans direka untuk wanita yang memiliki bentuk tubuh ideal sahaja (Sebab kebanyakan jeans yang cantik kecik2, jadi tu sebab ada yang kata macam tu)

Hanya segelintir wanita (28%) percaya bahawa jeans direka mengikut bentuk pinggul mereka

Ini hanya fakta je dan andaian Dilaz. Apa-apapun Dilaz suka jeans Brand Lady Like dan Levis. Memang cool. Kawan-kawan suka jeans brand apa?

   
Jika sudi, Klik Nie sekali

26/05/11

Apa yang Lelaki Mahukan

Apabila seseorang lelaki mahukan satu perhubungan yang serius, dia akan mula memikirkan sesuatu. Apa sebenarnya yang lelaki mahukan?


Mereka mungkin mencari;
  • Wajah yang cantik : mereka sukakan apa yang dilihat,, kebanyakan lelaki sukakan wajah yang lebih semula jadi.
  • Gerak tubuh dan bentuk yang menarik : Bentuk tubuh yang cantik terletak dengan beberapa gerak tubuh merupakan kombinasi yang tepat untuk mendapatkan perhatian mereka. Jagalah pemakanan dan badanmu wahai wanita
  • Senyuman yang manis :Senyuman yang manis membuatkan wajah gadis itu lebih berseri. Senyum selalunya berjangkit dan tak pernah gagal menarik minat seorang lelaki. Jadi kalau kamu mahu dia memandang kamu buat kali kedua, berikan padanya senyuman termanis kamu. Lelaki pasti tertawan
  • Personaliti yang berkeyakinan : Sesetengah lelaki sukakan ciri-ciri tertentu pada wanita. Mereka mungkin tertarik dengan keyakinan kamu yang tinggi dan mahu mengenali kamu dengan lebih lanjut. Ini selalu terjadi
  • Sentiasa positif : Lelaki mahukan perempuan yang tabah, berkeyakinan dan sentiasa positif. Mereka perlukan seseorang yang mampu menyokong dan percayakan impian mereka. Seorang wanita yang sentiasa ceria dan bersemangat pasti merupakan impian setiap lelaki. 
P/S: Jadilah wanita yang menjadi idaman lelaki. Baik luaran dan juga dalaman
Jika sudi, Klik Nie sekali

Sunsilk Perfectionista

25/05/11

Senggugut...Sakit yer

Sejak Dilaz dah kahwin nie lama tak kena senggugut. Tiba hari nie kena senggugut lak (Paling sedih Dilaz tak Pregnant). Dulu masa anak dara selalu gak kena senggugut, sampai kadangkala berguling-guling atas katil tahan sakit.


Senggugut nie kalau dah kena memang sakit. Nak baik kepada normal punyalah lama. Nie Dilaz baru kurang sikit rasa senggugut tu. Tadi tak leh nak bangun dan buat kerja langsung. Sakit yer hanya ALLAH saje yang tahu. Orang kata kalau dah kahwin senggugut akan hilang, tapi Nape leh ada lak? Itu semua kehendak ALLAH nak beri kite rasa sakit kan. Kite kena redha menerimanya.

Ini jawapan Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea

"Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan.

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. 

Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat"
Sumber dari Kotex Malaysia
Jika sudi, Klik Nie sekali

Sunsilk Perfectionista

21/05/11

Apa yang ada dalam beg tangan wanita

Orang-orang lelaki tahu tak apa yang ada dalam beg wanita. Mungkin ada yang tahu dan mungkin gak ada yang tak tahu. Yang tahu tu mesti selalu Spot check beg tangan pasangan mereka nie. Bagi yang tak tahu meh tengok apa yang ada dalam beg tangan wanita nie


1. Tentulah beg duit

2. Telefon bimbit
3. Beg make-up (untuk touch up)

4. Minyak wangi

5. Note pad @ Diary

6. Pen

7. Pendrive

Ini mesti beg tangan wanita bekerja. Yang suri rumah cam mana lak. Maybe ada tambah 

1. Tisu basah baby

2. Lampin pakai buang @ CD

3. Baju anak

Ini pendapat Dilaz. Beg tangan Dilaz ada macam beg tangan wanita bekerja, tapi beg make-up tak de.


 Jika sudi, Klik Nie sekali
 

7/05/11

Hati-hati semasa melakukan ‘Love Bite’

Masa berBW tadi, Dilaz terbaca entri nie " Hati-hati semasa melakukan 'Love Bite' dan terus nak kongsi dengan kawan-kawan semua. Sumber cerita dari" SINI"
Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland kerana tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.
Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.
Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudiannya mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.
Jadi, sekarang ‘Love Bite’ bukan sahaja sesuatu yang menyeronokkan tetapi juga boleh bawa maut.

P/S: Takut lak baca berita nie.

10/04/11

SECANTIK MAYA KARIN

Rasa-rasa teringin tak nak cantik macam MAYA KARIN???

Pic from Google

Cantik kan MAYA KARIN tue. Dahlah cantik, pas tu dipilih jadi Duta Brands Innershine. Bertambahlah cantik dia. Memanglah kite sebagai umat ISLAM nie kena bersyukur di atas kurniaan ALLAH. Cantik di luar tidaklah sepenting cantik di dalam. Bile dalaman kite cantik, maka luaran juga akan cantik. Betul tak?? Okey...berbalik pada produk Brands Innershine nie.
Pic from google

Brands Innershine nie ada tiga jenis tau. Yang pertama ialah Prune, kedua Berry dan ketiga ialah Balance. Ketiga-tiga ada fungsi yang tersendiri. Innershine Prune lebih kepada kulit, Berry lak untuk mata dan Balance untuk slimming. 

Untuk pengetahuan semua, Prune nie bukan sahaja mencantikkan kulit kita, tapi dia gak mengantioksidakan tubuh badan kita. Yelah bile benda-benda kotor dah keluar dari badan, kite akan rasa cergas dan kulit kite akan cantik berseri-seri. Tak percaya cubalah.

Masa Dilaz keje kat GUARDIAN dulu, ada customer feedback pasal Innershine nie tau. Customer tue makan Berry dan Prune. Dia kata mata dia elok dan badan rasa cergas. Tapi yang penting, kena amalkan selalu. Kire macam supplement lah nie. 

Dilaz pun suka minum Innershine nie, tapi harga dia mahal sikitlah. Kadangkala tue nak beli, ada jer halangan. Bagi orang yang nak sihat dan cantik, dia tak kisah tentang harga. Yang penting dia puas hati. Betul tak kawan-kawan??

Jom layan game....nanti dapat hadiah best


30/03/11

CEMBURU....

Salahkah kite bile ada rasa cemburu? Tak salah sebenarnya. Cemburu tandanya sayang, tetapi jangan berlebihan kerana takut menjejaskan suatu perhubungan itu.

Jom semak tanda-tanda cemburu :-
  1. Pasangan anda gemar menyelongkar dompet ataupun beg tangan anda (biasanya dilakukan ketika anda mandi atau tidur. Tujuan nak tengok ada simpan benda2x rahsia tak)
  2. Pasangan sukar mempercayai apa alasan yang diberi
  3. Anda terpaksa melaporkan setiap pergerakkan anda (tanya ke mana pergi, dengan siapa, dan macam2x lagi)
  4. Pasangan anda tidak gemar mengikut anda ke majlis sosial (cemburu bile anda berbual dengan orang lain atau orang lain tertarik dengan anda)
  5. Tidak suka anda keluar rumah selain pergi bekerja
  6. Tidak boleh menerima hakikat anda kerja lebih masa (Dahsyat tu)
 Itulah tanda2x cemburu yang amat teruk sekali. Lebih baik kite hindarkan dari tanda2x tersebut supaya ikatan perhubungan sentiasa kuat dan berkekalan hingga akhir hayat.

20/03/11

CINTA MASIH KUAT JIKA......

Salam hujung minggu. Semoga gembira bersama yang tersayang. Tengah wat pe tu?? Jom baca nie, dilaz nak kongsi sikit.
CINTA MASIH KUAT JIKA.....

Anda sentiasa rasa tenang setiap kali bersamanya, walaupun berada dalam tekanan. Apabila melihat saja wajahnya anda pasti rasa lega dan tersenyum.

Berpisah. Bile berpisah hati rasa tidak selesa dan ingin cepat bertemu. Sehari dirasakan seperti setahun lamanya. Inikan berhari-hari. Perpisahan walaupun sekejap cukup menyeksakan hati.

Tidur tiada dia di sisi. Inilah dikatakan kuasa cinta sejati. 

Layanannya pada anda tetap sama seperti ketika sedang hanyat bercinta dulu. Si dia tetap tidak berubah walau sedikit pun malah bertambah menyenangkan.

Saling mengingati tarikh-tarikh penting yang cukup bermakna buat kalian berdua. Bukan hanya tarikh penting tetapi saat-saat manis juga masih diingati. Itu tandanya betapa si dia menghargai kite dan benar-benar menyayangi kite sepenuh hatinya.

Masih kekal memanggil dengan panggilan manja walaupun anak sudah berderet-deret. Panggilan sayang tetap ada bukan memanggil dengan panggilan " oh bapaknya...oh emaknya".

Anda berdua tidak pernah merungut tentang penampilan masing-masing. Hati dan kelakuan tetap menerima si dia seadanya.

Sentiasa saling memuji. Pujian hendaklah ikhlas datang dari hati bukan hanya tipu semata untuk menjaga hati si dia.

Perkataan "I LOVE U" tidak pernah lekang dari bibir. Setiap hari pasti ucapan itu diluahkan.

Kekal mesra walau di mana pun berada. Tangan masih dipegang, pinggang masih dirangkul dan jalan masih dipimpin. Tidak malu melakukan begitu walau anak ada disisi.

Tiada rahsia di antara anda berdua. Semua diceritakan supaya ada kepercayaan antara satu sama lain.

Tidak pernah menyalahkan antara satu sama lain kerana masing-masing tahu tanggungjawab dan tugas.

Rumahtangga sentiasa aman dan ceria. Jarang sekali berlaku pertengkaran ataupun Perang Dunia.

P/S: Ada sebuah hadis menyebut bahawa " Apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua".

17/03/11

CANTIKKAN KUKUMU


Nak kuku cantik?... Hanya dengan RM35 di  #HarmonyNS anda boleh kelihatan cantik. Jom #MilkADeal .
KLIK SINI Untuk info

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails