PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label JUSCO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JUSCO. Papar semua catatan

5/10/14

Wafer dan Teh Tarik

Alhamdulillah. Baru nak post entri ni. Simpan sampai naik basi. huhuhuhu. Hari tu Dilla dan My Love layan wafer coklat+peanut butter dan segelas air teh tarik. Sedap. (ehh Dilla ni asyik cete pasal makan je kan).

Kami makan kat Aeon Melaka. Saje nak mengunyah jadi inilah pilihan kami. Sebab dah penat window shopping tu jadi lapar.

 
Danish suka sangat wafer ni
 

24/09/14

Lepak-lepak di Chicken Rice Shop

Alhamdulillah. Dilla sekeluarga ni memang suka window shopping. Saje jalan-jalan cuci mata dan mencari idea baru. Kami pergi ke Aeon Bandaraya Melaka jalan-jalan. Sekali pastu My Love tanya nak minum teh tarik kat Chicken Rice Shop tak? hehehehehe siapa yang tak nak kan orang tersayang nak belanja. Laju je terus kata "Kalau abang nak belanja boleh je". Apa lagi berdesup terus masuk Chicken Rice Shop. Pergi sana bukan nak makan pun sebab baru lepas makan malam. Sebenarnya saje nak minum air teh tarik dan lepak-lepak jap kat situ. Sambil tunggu order sampai apa lagi selfie lah. huhuhuhu. Nasiblah ko nak terpaksa layan Mama korang ni yang suka ambil gambar.


Qistina yang semakin membesar. Baru nak senyum kalau tak susah nak senyum


 
Danish yang semakin lasak. tengok tu garpu dia buat main



 
My Love tercinta. Sibuk tengok brosur rumah

 
 
Gambar tuan tanah mesti kena ada gak. Senyum bahagia bersama keluarga tersayang



Inilah air teh tarik kami

dan

 

apa ekk nama dia lupa lak.huhuhuhu

 
Seronok kan bila bersama keluarga dan makan-makan. Lama dah tak dating berdua ngan My Love. Tunggu anak besar sikit kot baru dapat dating berdua. Sekarang cam susah sikit sebab danish nak berkepit je
 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

17/09/14

Si comel yang suka Selfie

Tak padan kecik tau Danish ni. Pantang cakap ambil gambar terus dia nak selfie. Meh tengok si comel yang suka selfie ni. Muka manis dengan senyuman tu buat orang geram tengok dia.

aksi pertama



aksi kedua


dan

aksi ketiga


 
Tenang jiwa bila memandang wajah si kecil ini.
 

21/08/14

Peminat Fanatik Iron Man

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Masih ada mood raya ke? Dilla biasa je sebab asyik duduk rumah je tak de feeling sangat. Hujung-hujung raya ni mesti banyak yang buat Open House kan. Best kan pergi Open House, macam-macam boleh makan.huhuhuhu. Okeylah berbalik pada tajuk entri "peminat fanatik Iron Man". Siapa lagi kalau bukan si kakak...Qistina. 

Qistina ni memang pantang kalau kita cerita pasal Iron Man. Dia pasti akan nak tahu. Hari tu kami sekeluarga window shopping kat Aeon Bandaraya Melaka. Masa tengah jalan tu, My Love kata pada Qistina. Iron Man...nak tengok tak. Qistina mestilah kata nak kan. Jadi My Love pun bawa. Empat kali dia jumpa Iron Man ni. Mula-mula ambil gambar (2 kali), pastu salam, dan peluk lak. Pening agaknya Iron Man ni.Meh tengok gambar Qistina dan Iron Man tu.


Qistina dan Iron Man
dan lagi


Qistina, My Love dan Iron Man
Qistina siap kata ...Boleh tak kalau nak tidur ngan Iron Man tu?? huhuhuhuhu. Macam-macamlah anak ni kan


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

15/08/12

Wordless Wednesday - Barangan baby



Ini baru suku persiapan untuk Baby baru dalam perut ni. Dilaz belum ada kelapangan untuk shopping barang Baby. Tunggulah lepas raya nanti. InsyaALLAH.
 

11/07/12

Jalan-jalan cari makan

Sebenarnya hari Sabtu lepas Dilaz dan My Love bawa Qistina jalan-jalan. Yelah kiteorang asyik sibuk bekerja sampai tiada masa untuk Qistina. Jadi Sabtu tu free jadi bawalah dia jalan-jalan. Mula-mula kiteorang g tengok wayang cete Spiderman. Tak berapa amazing pun, tapi tak tahulah kalau ada yang suka.


Lepas dah tengok wayang, perut lak lapar. Jadi makan jap kat Kenny Rogers di Jusco. Baby dalam perut teringin nak makan. huhuhuhuhu


Kek aiskrim untuk Qistina


Yang nie sosej yang comel2. 


Dilaz dan My Love makan set dia. Apa nama lupa dan gambar lupa nak snap sebab dah terlalu lapar.
  

8/05/12

Keretapi dalam Taman....

Salam semua.


Apa khabar? Dilaz nie sekejap ada, sekejap tak de kan. Dah macam Chipsmore. Ummmm oklah berbalik pada tajuk entri Dilaz, " Keretapi dalam taman permainan"


Cute kan keretapi dalam taman permainan ni. Ini kat Jusco. Qistina nie kalau pergi Jusco tak naik kertapi nie, memanglah tak sah. Mesti naik. Oleh kerana Dilaz tak larat nak layan kerenah Qistina, Dilaz suruh My Love yang layan.


Sungguh bahagia dua-beranak ni. Tengoklah Qistina dah pandai buat Peace kan. Ini masa Qistina baru baik demam, layan dia main game. Tak pelah untuk anak mesti nak yang terbaik kan
  

24/02/12

Rekod tertinggi Dilaz

Selalu kalau pergi Jusco ke tesco ke mesti nak pergi tempat Funland. Bukan setakat Qistina suka pergi, Dilaz dan My Love pun suka gak pergi situ. My Love suka main game kereta. Dilaz lak suka main game bola keranjang. Kalau tak main rasa macam tak lengkaplah. 

Bile main je mesti tengok rekod kat situ. Konon nak pecahkan rekod sedia adalah, tapi tak berjaya. Dilaz tetap tak putus asa, berusaha terus. Sekali satu hari tu main, dapat gak pecahkan rekod yang ada. Rekod masa tu 100 +++. Dilaz pun cubalah main dan akhirnya dapat juga pecahkan rekod tu. Rekod Dilaz yang tertinggi setakat hari ini ialah 323. Selalu  100++ je. Inilah dia rekod Dilaz. Masa main tu ada dua tiga orang yang pandang. Nasib baik dapat rekod tinggi. Kalau tak.......... Dilaz nie kalau buat sesuatu orang pandang, maka benda yang Dilaz buat tu mesti tak jadi.huhuhuhu


21/11/11

Rusa Biru

Pernah tengok rusa warna biru tak? Ini anak rusa tau, warnanya biru. Comel sangat. TAk caya, cuba tengok nie

 
Itu adalah rusa belaan Qistina. Harga satu rusa tu RM 17. Tak tahulah murah ke mahal. Qistina dah nak sangat, Papa Qistina pun belilah sebab sayangkan anak.  Masa nak bayar kat kaunter, Cashier tu pesan siap pesan kat Qistina. Cashier tu cakap macam nie "Adik, jaga rusa nie baik-baik tau. Akak dah jaga dia baik-baik adik pun kena jaga baik-baik tau". Qistina angguk je lah. Ada lagi, cashier tu ada cakap pada rusa tu "Ko duduk rumah tuan baru baik-baik ye. Rindu kat ko nanti". Emmmm...layan jelah budak cashier tu.


Dan bile dah sampai rumah, Qistina pun tak sabar nak lanyak rusa tu. Yang paling geram tu tak sabar-sabar nak amik gambar ngan rusa dia sampai menangis. Tengoklah muka budak nie


P/S: Budak-budak memang macam nie ker?Tak sabar je
 

24/10/11

Real Steel...The best

Salam semua.

Hampir seminggu Dilaz tak update Blog Dilaz Family ni dan tak sempat nak Berblogwalking. Nak online pun dah jarang sebab Dilaz busy sikitlah. Hari ini baru berkesempatan nak update Blog. Okeylah Dilaz mulakan dulu dengan cerita kami sekeluarga tengok "Real Steel". Sebenarnya kiteorang nak tengok cete nie hari Jumaat lepas sehari selepas Real Steel keluar kat wayang, tapi sedihnya wayang penuh yang tinggal seat depan je.

Jadi Dilaz cadang pada My Love tengok hari Sabtu selepas Dilaz balik kerja. Habis je Dilaz keje, kiteorang pergi Jusco Bandaraya beli tiket wayang kat GSC. Nasib baik cepat datang sebab masih banyak lagi seat yang kosong. Kiteorang pilih couple seat jadi QIstina bolehlah duduk kat tengah-tengah.
Cete Real Steel nie memang best sangat dari mula hingga akhir cerita. Dilaz suka semua aksi robot tersebut dan juga aksi Hugh Jackman (dalam cerita sebagai Charlie). Dakota Goyo (dalam cerita sebagai Max) anak kepada Charlie sungguh cute sangat. Dalam-dalam aksi nie ada lak bab yang buat Dilaz sebab masa Charlie nak pulang semula Max pada kakak isterinya.huhuhu...

Walau apapun, Real Steel ni memang best lah dan berbaloi tengok kat wayang dari beli CD. Siapa yang belum tengok, pergilah tengok. Best sangat.
 

22/06/11

KL Gangster bersama My Love

Dilaz dan My Love rasa sunyi Qistina tak de. Jadi kiteorang keluar lepak ngan member. Kiteorang lepak kejap je sebab member My Love tu bawa anak kecik. Sian tengok baby dia ngantuk nak tido. Pas jumpa member tu, Dilaz ajak My Love pergi Jusco Bandaraya nak beli majalah. Tiba-tiba My Love ajak tengok wayanglah. Masa tu dah kul 9.40 malam. Ada ke wayang waktu tu (yelah wayang kat Jusco tu baru lagi, takut tak de midnite). 

Tanpa membuang masa, kiteorang pergilah kat GSC tengok wayang apa ada time tu. Sekali adalah jam 10.10 malam cete KL Gangster lakonan Aaron Aziz . Apa lagi terus beli tiket wayang. Nak hilangkan rasa stress dan rindu pada Qistina. Best gak KL Gangster nie. Aaron Aziz memang macho dan cool je walau jadi Abang Taiko. Apa-apapun Dilaz rasa puas hati tengok Filem KL Gangster tu.

P/S : Sebenarnya My Love tiba-tiba ajak tengok wayang sebab nak pujuk Dilaz.

11/05/11

Dapat juga akhirnya

Petang semalam, My Love ajak pergi Mc Donalds. Dilaz suka sangat, sebab ingat tak entri Mc Donal Coca cola can minggu lepas. Dapat juga akhirnya Dilaz coca cola can itu. Lupa nak snap gambar. Hanya gambar nie yang Dilaz sempat snap.

 Doublecheese burger yang dah kena makan


My Love yang dah lapar. My Love makan Big Mac


Qistina dengan aiskrim yer


Makan aiskrim dengan kentang goreng. Pelik kan

Qistina paling suka sebab dia dapat makan aiskrim. Qistina memang suka makan aiskrim. Tak dapat aiskrim, air batu pun dia leh kunyah tau.
P/S: Terima kasih Abang. Abang memang memahami. I love you so much

27/04/11

Besday Qistina-part1

Hari nie Dilaz rasa penat dan mengantuk sangatlah. Nak kata tak cukup tido, malam tadi tido taklah lambat. Mungkin banyak fikir kot. Okey kite berbalik pada tajuk ye kawan-kawan.

Seminggu lepas kan Besday Qistina. Siapa tak ingat, buka entri nie hepi besday qistina

Dah 3 tahun Qistina sekarang. Masa besday Qistina hari itu, Papa Qistina kena keje. Yelah Salesman mana ada cuti kan. Jika cuti, tak delah RMRMRM. huhuhuhu.... Jadi masa tue, Dilaz lah yang layan besday girl. Tahun nie, Dilaz tak cukup kewangan nak sambut besday Qistina besar-besaran. InsyaALLAH tahun depan Mama buat besday party ye sayang.

Mula-mula Dilaz pakaikan Qistina baju gaun ala-ala Princess lagi. Qistina suka pakai baju gaun nie. Pas tue, kiteorang pegi Jaya Jusco. Dilaz nak cari belon dan topi besday untuk Qistina. Pas jumpa Dilaz bawa Qistina pergi KFC. Bile gie KFC, mesti nak Chicky Meal pas tue nak makan aiskrim. Besday Girl punya pasal, Dilaz layan jerlah, janji Qistina suka.
Qistina marah, Mama amik gambar dia sebab dia nak makan aiskrim


Tengok tu, makan aiskrim tak kasi MAMA sikit pun

Ini wajib...Qistina mesti kena gambar ngan mama

Itulah yang kiteorang buat kat KFC. Qistina suka sangat. Mungkin dia teringat tahun lepas masa sambut besday dia kat KFC sebab ada Chicky

P/S: Nantikan sambungan besday Qistina kat rumah

I grant you... flawless skin. Poof!




 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails