PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

12/12/13

Smartphone baru

Sejak komputer ada masalah nie, susah nak upload gambar dari kamera ke komputer. Yelah sebab bile masuk memori kamera dalam komputer, habis semua gambar akan hilang. Lagi sedih nak cuci gambar nanti tak boleh. Hasrat di hati nak beli smartphone baru. Boleh ambil gambar dan terus buat entri kat blog. Betul tak??

 Mana satu smartphone yang okey ekk? Samsung ke Lenovo ke Sony ke Iphone ke? Tapi jika diikutkan hati nak beli Samsung Note 3.

Samsung Galaxy Note 3

pic:kredit en google

atau

Lenovo K860


Lenovo-K860-Quad-core-Android-Smartphone-Price-Philippines1


Dapat yang ni pun dah okey.hehehehe. In shaa Allah ada rezeki nanti mesti dapat. Kumpullah duit dan usaha lebih sikit. Kalau dapat hadiah atau FREE lagi best. Betul tak?

7/12/13

Sayang Iron Man

Cerita dah basi...tapi nak cerita gak.huhuhuhu.

Sayang Iron Man... Itu kata-kata Qistina. Qistina ni pantang je bile sebut Iron Man, mesti dia akan suka. Suka sangat tengok cerita Iron Man, tengok barang yang ada gambar Iron Man lagilah. Fanatik kan. Mana tak yer, masa ari tu nampak maskot Iron Man siap nak kejar lagi. Last-last tak dapat kejar. Sebelum ni dia ada nak patung Iron Man dalam entri ni qistina vs iron man

Alhamdulillah berjaya pujuk Papa beli patung tu. Patung tu taklah mahal mana pun, cuma Papa dia malas nak beli sebab dah terlalu banyak sangat mainan kat rumah. Oleh kerana sayangkan anak dan disebabkan dia merajuk hari tu, Papa pun beli. Bukan main seronok lagi.

 si anak dara yang terlalu fanatik dengan Iron Man

Dah dapat patung siap request nak jumpa Iron man yang orang katanya. Bile Mama kata jauh, dia kata jauh kat mana. Pastu Mama kata kena naik kapal terbang kalau nak jumpa Iron Man. Yang geli hati tu, Qistina tengok Vision Board Mama kata..."Mama gambar kapal terbang ni kita nak pergi jumpa Iron Man ke?" In sha Allah sayang, ada rezeki nanti kita jumpa Iron Man. Pastu dia kata "Mama jual Shaklee banyak-banyak tau". Bijak betul Qistina ni. 


4/12/13

My Bodyguard

Alhamdulillah. Sekejap je masa berlalu. Danish kini dah berusia setahun 2 bulan. Semakin aktif dan ligat. Kekadang tu tak terlayan. Tapi yang paling seronok, Dila dapat jaga Danish sendiri. Dapat lihat perkembangan tumbesaran di depan mata. Sepanjang setahun, Danish kurang sakit. Alhamdulillah anak susu ibu katakan. Susu ibu memang terbaik kan. Inilah dia "my bodyguard".
 




Ke mana saje mama dia pergi mesti nak ikut. Kekadang tu susah juga nak buat kerja rumah. Yelah nak berkepit je kan. Tapi bile cakap elok-elok dengan dia, Danish akan faham dan main sendiri. Danish ni sangat bijak dan faham apa yang kita kata. Sangat memahami jika Mama dia dalam keadaan sedih. Dia akan duduk diam dan tak meragam. Perwatakkan dia jauh berbeza dengan kakak Qistina. Qistina sangat manja.

Senyumannya sangat manis dan menusuk kalbu bile melihatnya. Bak kata Papa Danish....Mat Romeo ni. hehehehe. Untukmu Danish...Jadilah anak yang membanggakan kedua ibu bapa dan jadilah anak yang soleh. Taat perintah Allah dan selalu berkelakuan baik. Mama, Papa dan Kakak Qistina sayang Danish. muaaahhhhhh 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3/12/13

Buffered Earning oh Buffered Earning

Lama rasanya tak dapat Buffered Earning (BE) ni. Last dapat ari tu bulan Oktober. Tu pun jap je dapat. Tulah....siapa suruh tak update blog. Biarkan Blog bersarang dan berhabuk...siapa suruh. Padan dengan muka sendiri. betul tak??

Nak dapat BE banyak kenalah rajin update blog, barulah leh dapat BE baru. Jadi kena buat azam baru ni sebab tak lama lagi kan TAHUN BARU.hehehehehe 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails