PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

21/11/20

Kalendar Digital

Kalendar Digital ke Kalendar Lagend nak beri Nama? Kalendar ni Kak FS ambil gambar masa Raya tahun lepas. Lama dia kat dalam draft ni tak post lagi. Jadi hari ini Kak FS paparkan kat semua 😊. Barang rare tau. Ada ke jual sekarang ni?


Kalendar Digital



Kalendar macam ni kena tukar tarikh hari-hari. Kalau lupa tukar, tak tahulah tarikh. Dulu-dulu mana ada smartphone kan. Nak tahu tarikh hari tengok TV. Kalau takde TV, tengok dari surat khabar. 


20/11/20

Gula-gula lagend

Masa pergi kedai ECO ternampak gula-gula masa zaman kanak-kanak. Apa lagi terus beli. Makan sambil mengimbau kenangan lama. Rindu giler masa dulu-dulu, zaman takde masalah. Hanya fikir sekolah dan peperiksaan.

Macam sugus



Gula susu cair di mulut

 

Ada banyak lagi gula-gula yang ada. Duk teringin yang ni je, jadi Kak FS beli ni dulu 😃. Memang berebut dengan anak-anak lagi-lagi yang atas tu. Takpe next time boleh beli lebih lagi. 

My Boy Danish

Tahniah my boy 👏. Syukur Alhamdulillah Danish dilantik sebagai Pengawas Sekolah. Danish betul² tak sangka, ini namanya rezeki 🥰. 

Pengawas Sekolah


Berita gembira pertama 2021. Semoga lebih banyak lagi kejayaan untuk kami sekeluarga 2021. Aamiin 🤲.


#Danish

2/09/20

My Day

TODAY IS MY DAY 

2 September 8.03 pagi lahirlah seorang baby yang sangat comel 🥰. Kini baby comel tu dah dewasa. Rindunya zaman baby comel tu 😭. Happy birthday to me ke 37 🥳. 

Lagi 3 tahun je nak 40 series. Dah tak boleh isi masa lapang buat bisnes. Kena sungguh-sungguh capai semua target dan impian. 

Sedih, bengang, malu, penat, letih semua perasaan ada. Di Bulan Muharram lagi ni, Kak FS doa semoga itu semua cepat berakhir. 

Besday girl with lovely father



Dan setiap kali fikir Big Why mesti terbayang muka Abah 😭. Abah antara Big Why kenapa Kak FS buat bisnes sampai sekarang. Walau belum berjaya macam orang lain, Kak FS percaya hari kejayaan Kak FS semakin hampir. 

Terima kasih Abah untuk segalanya 😘. 

#besdaygirl
#fadilahsuardijourney

24/08/20

Terima kasih Abang 😘

Di sebalik kejayaan seorang wanita ada seorang lelaki. Di sebalik kesakitan seorang isteri ada suami dibelakang 😊.
Terima kasih Abang 😘. Ini dugaan untuk kite sebelum datangnya kejayaan besar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya 😍

#fadilahsuardijourney



21/08/20

Aku rindu

Setiap hari akan lihat pintu ni. Entah apa yang dilihat pun tak tahu. Menghitung hari demi hari. Merindui seseorang tu mungkin. Bila hati tak kuat mula sedih 😭.



Tu cerita dulu. Tahun baru Hijrah akan didik hati ni supaya kuat dan kental. Percayalah semua akan berakhir segera 😊

#fadilahsuardijourney

18/08/20

Sebulan kaki bersimen

Sebulan dah kaki bersimen. Rasa cam sekejap, tapi realiti yer lama. Alhamdulillah kesihatan semakin baik dan semoga cepat sihat seperti sedia kala. Aamiin 🤲

Semangat bisnes tak pernah luntur walau banyak halangannya. Pengalaman dan dugaan yang takkan dilupakan sampai bila-bila.

Perjuangan belum berakhir 💪

#fadilahsuardijourney
#30hari


16/08/20

Cyst semasa mengandung


Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah ada cyst masa mengandung anak ketiga 😌. Besar gak cyst masa tu. 
    

Ini gambar masa awal² mengandung. Doktor sakit Puan kata jangan risau kalau cyst tu tak membesar. Sebab ada kes dia sebagai peneman baby. Emmm tak tau la sebab pengalaman pertama macam ni kan.


Cyst masa mengandung


Rutin setiap bulan akan ada appointment dengan pakar O&G. Doktor nak tengok perkembangan baby dengan cyst tu. Appointment sehingga baby dilahirkan.


Cyst masa mengandung


Walaupun pada mulanya baby tak banyak naik gram dan Mama pun masa tu berat tak cantik untuk perkembangan trimester, Alhamdulillah baby sihat sehingga saat dilahirkan. 

Masa 5/3/2018 appointment tersebut, doktor kata cyst dah takde. Tapi air ketuban kurang 😭. Bermulalah Mama kena tahan wad tak boleh balik.

Disebabkan air ketuban dah kurang, doktor takut baby ada masalah. Jadi kena paksa bersalin. Nanti sambung entri lain 😅

Mengandung anak ketiga

Selepas beberapa Bulan, Kak FS mengandung anak ketiga 😀. Alhamdulillah 🤲, pemberian Allah yang tak disangka. 


Pregnant anak ke3

Kuih Kapit Rose

Kuih kapit rose ni jumpa masa hari Raya Adilfitri 2017 di rumah Mak Long. Ishh lama kan terperam entri dalam draft 🤣. 

Sebab kuih ni rare nak gak up di sini. Cantik dan berwarna warni. Kalau ada warna merah mesti lagi cantik kan.


Kuih kapit rose


Kuih kapit ni favourite Kak FS. Buat kudap-kudap pun sedap kan. Lebih sihat 😀. Nak buat dia memang berpanas depan api. Sebab tu berbaloi la dengan harganya.

Pregnan kosong

Lama sungguh tak update kisah dilazfamily di sini. Banyak draft di entri, Kak FS update satu persatu. Oops lupa. Lepas ni jangan terkejut guna nama Kak FS selalu. Nak guna terus nama ni sampai bile-bile. Korang ingat dilazfamily, ingat Kak FS 😊.

Kisah pregnan kosong ni 3 tahun yang lalu. Sebelum pregnan anak ketiga (Yang ni pun belum cerita dalam ni). Tergerak hati nak check sebab lama dah tak period dan rasa mabuk je. Tu beli pregnancy test.  Tengoklah ada 2 line kan tapi samar.

Test kedua di klinik


Tak puas hati tu pergi Klinik jumpa doktor. Test kali kedua pun samar still double line. Yang peliknya scan perut takde pun tanda-tanda ada baby 😌.


First test kat rumah



Doktor kata tengok seminggu camne. Sama ada keluar period atau sebaliknya. Dua 3 hari lepas jumpa doktor, keluar darah macam period. Tapi kali ni keluar ketul darah lain macam, ada setompok warna putih camtu. Tak taula apa tu. Memang teringat² lagi sampai sekarang.  Itu je nak tulis kat sini 

14/08/20

BFF baru Kak FS ♥️

Ni BFF untuk tulang Kak FS sekarang. Kena rajin dan konsisten ambil setiap malam. Nak tulang cepat cantum dengan baik dan kuatkan tulang semula.

Yang best yer bukan untuk tulang je, ia bagus untuk lawaskan pembuangan. Pagi² mesti dating dengan Cik Tan 😅.

#fadilahsuardijourney

12/02/20

Fadilah Suardi Journey #1

Bukan senang nak bina satu Empire perniagaan yang besar. Semasa perjalanan itu akan banyak dugaan dan rintangan. Jalan ke terus ke depan.

Buat je dan tunjukkan dengan bukti. Trust the process (kata Boss ku). Lama2 kejayaan milikmu dan akan ramai menghampirimu Kiri Kanan depan belakang 🤭.

Fadilah Suardi

Terima kasih yang sudi bersama dalam #EmpireNFS . Akan Mama QUD bimbing sampai berjaya.

#FadilahSuardiJourney
#partnerincrime

Sambal Telur

Sambal telur in making. Masak dalam keadaan mabuk, sampai minyak tuang terlebih😪. 

Sambal Telur

Takpe janji sedap Dan kenyang Papa QUD dan QUD makan. Alhamdulillah 😀.

#mamamasak

First post 2020

Fuhhhhhhhh. Habuk merata2 🤭. Entri pertama 2020. Lama tak berblog, rindu. Okey jom kita luahkan apa yang terpendam dan share cerita hari2 di sini. Semoga ada yang sudi lagi membaca dan singgah 😊

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails