PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

25/06/14

Bukan 1 tapi 4

Alhamdulillah ....AllahhuAkbar....

Syukur kepada Allah. Terkejut jap bila buka akaun Nuffnang. Sekali klik kat Earning ada lagi Buffered Earning (BE) baru. Sebelum ini, Dilla ada buat entri tentang Buffered Earning Jun 2014. Rupanya bukan satu BE Dilla dapat tapi ada 4 BE baru untuk Jun 2014. Alhamdulillah. Terima kasih En Nuffnang.




Walau di kala Blog suam-suam kuku diupdate tetap diberi BE baru. Ini dinamakan rezeki tak disangka. Sentiasalah bersangka baik kan. Semoga kami sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Amin

BE 1,2,3 dan 4 untuk Jun
BE ke 7,8,9 dan 10 untuk 2014

Final Cutest Baby Contest

Assalammualaikum. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Rezeki buat Danish kerana terpilih dalam TOP 10 Cutest Baby Contest yang akan diadakan pada 28 Jun 2014 (Sabtu) di MITC Melaka. Usaha Mama yang tak jemu masukkan Danish contest apa sahaja. Usaha itu tangga kejayaan kan. 

Ini merupakan kali kedua Dilla akan pergi Mom & Expo untuk bawa anak masuk contest. Kali pertama dulu bawa Qistina. Masa tu contest Look Alike (Qistina bersama Mama). Sekarang danish sorang tapi Dilla still kena naik pentas. Dilla ni rasa takut sikit bila berhadapan dengan orang ramai. Rasa gemuruh teramat lagi2 bila kena bercakap atas pentas. Semoga Allah permudahkan segalanya pada hari tersebut. Oh ye lupa nak bagitahu, Gambar Danish pun ada dalam majalah Mami Baby Jun 2014. Dapatkannya di pasaran


Majalah Mami Baby Jun 2014



Ini antara TOP 10 yang terpilih.



Semua anak-anak comel-comel belaka. Hanya 2 Melayu, 2 India dan selebihnya Cina. Semoga Danish menang Hadiah Pertama (apply LUA). Amin. Kawan-kawan doakan Danish yang terbaik ye. Dilla lak rasa nervous nak join contest ni. 

24/06/14

Jersi Percuma

Hari ini Dilla nak kongsi cerita tentang Dilla dapat Jersi percuma. Macam mana Dilla dapat tu?? Dilla sebenarnya ada join contest offline tajaan 100 Plus. Tajuk contest "100 Plus Game On!" kumpul dan menang mulai 1 Mei sehingga 18 Julai 2014. Masih ada masa nak join kepada yang berminat. Hanya beli 100 Plus atau F&N kumpul dan menang. Hadiahnya Jersi dan cawan Ekslusif 100 Plus. Sekarang kan tengah demam bola World Cup. Joinlah kawan-kawan mana tahu ada rezeki kan. 

Dilla saje suka-suka dan tak sangka boleh terpilih. Hantar satu je penyertaan. Suka sangat. My Love pun dapat gak. Inilah jersi percuma tu. Sedap pakai tak panas kain jersi ni.
 



Dilla tengah semangat nak join contest2 offline. Semoga dipermudahkan Allah dan ada rezeki kami sekeluarga nak menang hadiah lagi. Amin
 

22/06/14

Buffered Earning Jun 2014

Assalammualaikum dan Selamat hujung minggu

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Dilla rasa sangat gembira hari ini sebab tadi buka web Nuffnang, dapat Buffered Earning (BE) baru. Terima kasih En Nuffnang kerana memberi BE baru kepada blog Dilaz Family. Lain kali bagi banyak-banyak tau. hihihihi. Terima kasih Allah di atas rezeki yang Engkau berikan. 






Semoga ia terus lama berjoget-joget di sini. Mood berblogging semakin mendalam tapi keadaan sekarang sedang huru hara. Dilla sedang manage masa agar lebih teratur. Doakan agar semangat Dilla sentiasa kuat dalam mengharungi dugaan yang mendatang. Ini yang best berblogging. Sambil menulis ada income. Berangan-angan nak dapat income ribu riban dari Nuffnang satu hari nanti. InshaaAllah. Amin.

BE pertama Jun
BE ke-7 2014 

17/06/14

Dilla Jutawan 4 Power Root

Tajuk nak gempak...Dilla Jutawan 4 Power Root. Itu satu doakan. Sebenarnya Dilla ada join contest offline anjuran Power Root. Alhamdulillah....Semalam Dilla dapat panggilan telefon dari Power Root. Ini perbualan kami

PR : Hello. Boleh saya bercakap dengan Puan Nurfadilah Suardi
Dilla : Saya bercakap
PR : Saya wakil dari Power Root. Puan ada hantar peraduan Power Root kan?
Dilla : Ye saya. Betul tu
PR : Tahniah Puan. Puan pemenang harian Jutawan 4 Power Root. Jadi untuk pengesahan Puan perlu lakukan ini...bla bla bla.... (Teringat dulu masa Qistina menang Contest Dumex dapat wang tunai RM 400 dari RHB)
Dilla : Terima kasih. Baiklah saya akan lakukan secepat yang mungkin
PR : Sama-sama. Puan boleh dengar Sinar FM jam 6 petang untuk pengumuman pemenang

Selepas letak telefon tu sebenarnya masih tak percaya betul ke Dilla menang. Tapi gerak hati kata betul. Sekali malam rakan fb Dilla tag wish tahniah di wall Power Root. Jadi ini bukan mimpi tapi realiti. Ini buktinya



Ini kemenangan kedua buat Dilla untuk bulan ini. Yang pertama menang contest 100Plus (nanti Dilla buat entrinya). Alhamdulillah, Syukur pada Allah. Rezeki kami sekeluarga. My Love kata duit raya ni, leh shopping nanti. Kawan-kawan joinlah sebab contest ni lama sampai hujung tahun. Mana tahu ada rezeki kan. InshaaAllah


9/06/14

Aktiviti Qistina di hujung minggu

Assalammualaikum. Alhamdulillah masih berpeluang untuk menulis di sini. Walaupun kekadang rasa macam chipsmore, kejap ada kejap tak de tulis.huhuhuhu. Okeylah Dilla sambung menaip. cerita ni berlaku pada hari Sabtu yang lalu yang mana Dilla namakan "aktiviti Qistina di hujung minggu". Biasanya hari Sabtu tak de buat apa-apa, just duduk rumah tengok tv. Tapi Sabtu lepas Qistina ada aktiviti yang paling dia suka iaitu mewarna. Nenek Qistina masukkan nama Qistina untuk peraduan mewarna ini anjuran Farhana Optemetrist.





 
Qistina tengah khusyuk tulis nama. Panggil pun tak sedar


Qistina memang suka mewarna. Bila tak de kerja sekolah mesti nak mewarna. Kekadang tu kerja sekolah yang tak perlu diwarnakan pun dia akan warna. Bila pergi kedai buku je mesti nak beli buku mewarna (tapi tak selalu lah). Pensel warna jangan cakaplah begitu banyak sampai bersepah-sepah dikerjakan oleh adiknya (Danish).
 
 


 
Yang ni hasil selepas mewarna. Muka tak nak senyum sebab dah colour 1 Malaysia salah.



 
Ini sesi penyampaian hadiah saguhati. Nak senyum malu-malu sebab ingat tak dapat hadiah.huhuhuhu



 
Ini hadiah saguhati yang ada dalam beg putih tersebut. Buku mewarna, pensel warna dan tali tape pengukur (yang ni tak tau apa motif diberi). 


Alhamdulillah walaupun mewarna tak cantik, masih dapat hadiah saguhati daripada pihak penganjur. Qistina bukan main suka. Mula-mula dia ingat tak dapat hadiah sebab dia tengar pengacara majlis kata hadiah untuk no 1, 2 dan 3 je. Bila tengok dapat hadiah tu terus senyum dan ajak balik rumah sebab tak sabar nak mewarna

7/06/14

Selamat Hari Bapa

Assalammualaikum

Dilla nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa-bapa di seluruh dunia termasuk Abah Dilla dan suami tercinta, My Love. Bapa ni memang garang dan tegas, betul tak? Tapi pengorbanannya sangat besar dan tak terbalas dengan wang ringgit. Seorang bapa sanggup berkorban apa saja untuk kebahagiaan anaknya walaupun payah bagi bapa tersebut.

Dilla sangat bertuah dapat seorang bapa seperti Abah (gambar Abah tak de..Abah tak suka bergambar). Abah memang lain dari yang lain. Susah nak cari bapa macam Abah. Abah serba boleh. Abah pandai masak tau. Masakan dia memang sedap. Dilla paling suka Abah masak sup tulang. pehhhhh makan tak ingat dunia. Kalau Abah masak maggie pun sedap..special gitu. hehehehehe

Dilla juga bertuah dikurniakan seorang suami dan bapa kepada anak-anak Dilla yang sangat sempoi dan bertanggungjawab. My Love tak cerewet makan. Kalau makan nasi putih, telur goreng ngan kicap pun dia boleh makan. Sangat sayang pada anak-anak dan lebih utamakan anak dari Mama anak huhuhuhuhu. Tapi mestilah sayang Dilla lebih.
 




 Alhamdulillah syukur kepada Allah. Semoga Abah dan My Love sentiasa dimurahkan rezeki Allah dan dipanjangkan usia serta hidup lebih diberkati Allah. Sekali lagi Dilla nak ucapkan 

SELAMAT HARI BAPA

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

2/06/14

Keluarga bahagia

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Bismillahirahmannirahim...Buang jauh-jauh perkara negatif dan nak sedut aura-aura positif. Pandang ke depan dan teruskan perjuangan. Mukadimah untuk hari ini. Banyak benda nak cerita tapi tak sempat nak ditulis di Blog ini. Rasa sayang bila cerita tak dikongsi bersama. Okeylah....Keluarga bahagia. Fuhhhh tajuk tak menahan kan.

Sebenarnya Dilla belek-belek folder picture dalam komputer ni, pastu terjumpa gambar ni masa raya Tahun 2011. Meh tatap jap gambar keluarga bahagia ini




Cuba tengok gamabar kami adik-beradik (kami 4 perempuan)...Senyum semua sama kan. Gigi mesti nampak. Muka pun sikit lebih kurang je. Rindu lak kat adik-adik. Paling rindu pada adik Bongsu (kanan barisan depan). Dia sekarang ada di Labuan, Sabah. Terpisah dengan lautan huhuhuhuhu.
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

1/06/14

Double Anniversary

Alhamdulillah..hari ini 1 Jun 2014. Ia merupakan Double Anniversary buat Dilla. Pertama; 1 Jun merupakan Wedding Anniversary Dilla dan My Love. Syukur pada Allah hari ni genap 7 tahun perkahwinan kami berdua. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kami dan kami sentiasa berbahagia. Amin In shaa Allah.








Dan 1 Jun juga merupakan Anniversary untuk Blog Dilaz Family. Hari ini genaplah 4 Tahun Blog ini ditubuhkan. Di sinilah cerita suka duka Dilla dan keluarga dicoretkan agar menjadi kenangan di masa akan datang. Semoga Blog Dilaz Family sentiasa dikenali dan memberi seribu sinar kebahagian kepada Dilla. Dilla berharap blog ini akan terus menjadi sumber pendapatan sampingan kami sekeluarga, In shaa Allah

Terima kasih kepada semua kawan-kawan dan followers yang sentiasa menyokong Dilla. Sokongan anda sentiasa diperlukan. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih Allah kerana memberi Dilla kudrat dan ilham untuk terus menulis di blog ini.

Alhamdulillah 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails