Salam semua
Hari ni hari ke-17 Dilaz berpantang. Baru sempat nak update Blog. First sekali Dilaz nak menceritakan detik awal sebelum kelahiran baby baru Dilaz nie. Sebagai kenangan masa depan dan tatapan untuk anak-anak kelak.
20/10/2012 - Perut dah start sakit tapi tak kerap. Sakit dari pagi. Dilaz bagitau My Love, tapi My Love kata main-main je baby dalam tu. Bukan nak kuar pun. Malam sempat lagi makan nasi goreng kegemaran kat Tengkera. Balik dari makan perut sakit dan mengeras. Tapi Dilaz kira dan tengok jam, sakit setiap setengah jam pas tu hilang. Dilaz siap cakap kat baby, "kuar esok jela Mama nak tidola...huhuhuhu"... Tak sangka dia dengar lak cakap Mama dia.
21/10/2012- Bangun pagi macam biasa. Perut tak sakit. Cuma badan rasa lemah sikit dan pening kepala. Rupanya tanda-tanda baby nak kuar.
9.10 pagi : Tanda pertama keluar iaitu darah plus lendir masa buang air kecil.
Relax lagi sebab tak sakit. Tapi apa yang Dilaz makan kuar balik (muntah).
2.00 petang : Kuar lagi setompok darah masa buang air kecil.
(Baby ni kembar darah...sepanjang sebelum bersalin darah banyak kuar)
Ajak My Love pergi Hospital Melaka.
2.30 petang : Sampai di Hospital dan terus buat poendaftaran.
Nurse suruh tukar baju dan tunggu giliran
3.10 petang : Baru Nurse tanya dan soal sikit2
4.20 petang : Doktor panggil untuk check bukaan dan check CTG. Bukaan baru 3cm
6.00 petang : Sakit setiap 5 minit bermula. Rasa berbisa sebab darah banyak kuar
6.45 petang : Baru dimasukkan ke wad sementara. Rasa geram sebab kena jalan dan bawa barang sendiri tapi yang lain siap ditolak dengan whellchair. Padahal diorang tu lum lagi bertanda sakit cuma lebih due je. Sabar jelah
9.00 malam : Sakit setiap 2 minit bermula. Tekak dan perut rasa lapar pula. Tak makan apa2.
Beritahu Nurse dan Nurse panggil doktor untuk check bukaan.
Seluk punya seluk, doktor kata baru 4cm. Biar betul. Dah sakit sangat ni.
10.00 malam : Rasa nak meneran. Tekan lonceng dan Nurse datang.
Cari doktor punyalah lama. Sekali dah buka 8cm lah.
Kelam kabut tolak Dilaz pergi Labour Room.
Sampai-sampai bilik bersalin memang dah tak tahan sangat.
Mulalah aksi untuk mengeluarkan baby
10.41 malam : Alhamdulillah semuanya selamat dan baby selamat dilahirkan.
Nurse puji cakap kulit baby bersih
Muhammad Danish bin Mohd Norfirdaus
21/10/2012 jam 10.41 malam
berat 3.4kg