PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

31/03/14

Si Dara dan Teruna

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua

Hari Isnin yang indah. Janganlah jadikan Monday Blues, tapi jadikan setiap hari adalah hari-hari yang indah dan bahagia. Bile rasa stress lihatlah wajah-wajah yang tersayang dan paling penting ingat Allah sentiasa. Alhamdulillah syukur sangat masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dan berpijak di bumi Allah. Terima kasih Ya Allah. Subhanallah...Alhamdulillah. 

Si Dara dan Teruna Dilla yang semakin membesar dan semakin bijak. Mereka adalah rezeki yang Allah beri yang amat bernilai dan berharga. Dilla amat menyayangi mereka. Mereka juga banyak mengajar Dilla erti kehidupan. Si Dara...Nur Qistina. Anak yang cantik dan bijak berkata-kata. Ada kalanya membuat hati ini geram dengan tingkah lakunya tetapi perlu muhasabah diri kenapa ia begitu. Si Teruna....Muhammad Danish. Anak yang sangat comel, suka tersenyum dan aktif. Terlalu cepat mengikut tingkah laku orang sekeliling. Perlu diawasi dan tidak boleh mendedahkannya kepada perkara yang tidak elok dilihat dan didengar.




 

Muka dah nak seiras. Iyalah satu acuan kan. Inilah penawar suka dan duka Dilla sekeluarga. Semoga mereka sentiasa jadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi anak yang membanggakan keluarga. Ya Allah, murahkanlah rezeki mereka dan lindungi mereka daripada perkara-perkara keji dan hasutan syaitan. Terima kasih Ya Allah.

28/03/14

Pelajar Masa Kini

Teringat masa zaman belajar kat Universiti. Dulu, kalau lecturer bagi nota kat depan kelam kabut salin. Tak dapat pinjam nota kawan. Ada lecturer jual nota kat kedai fotostat Universiti. Kalau nak, belilah nota tu (kekadang nak jimat, share ngan member). Kalau tak de jual, kenalah salin sendiri. Tapi sekarang semakin canggih. Iyalah handphone pun canggih-canggih. Diorang snap je picture nota yang lecturer tulis atau bagi kat slide. Senang kan. Cuba tengok ni......



 




Agak-agaknya masa zaman Qistina dan Danish akan datang macam mana lak ekk ???. Silap-silap semua belajar online kat rumah pastu habis study terus konvokesyen je kot. Emmmm.

 

Rahsia Orang Kaya

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua
 
Hari ni Dilla nak kongsi tips pasal rahsia orang kaya. Untuk peringatan diri sendiri dan perkongsian bersama. Dilla copy paste dari facebook Datuk Dr Maznah Hamid. Semoga ia dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada kita. Selamat membaca :)

--------------------------------------------------------------------------------


APAKAH RAHSIA ‘ORANG KAYA’ YANG PERLU ANDA TAHU

"KAMI ADALAH ORANG YANG KEDEKUT DUIT, DAN BERASA BANGGA BERSIKAP SEBEGITU"


1. “Pandangan saya begini, ; Tidak belanjakan duit seolah-olah seperti menambahkan simpanan saya. Jadi jika saya dapat menjimatkan $2000 dengan tidak melakukan penerbangan kelas pertama ,adalah sama seperti seseorang itu membayar saya $2000. Tidak sanggupkah anda duduk selama 3 jam walaupun di kerusi yang tidak selesa bertujuan menjimatkan $2000?” –Seorang pakar surgeri plastik yang berjaya di US

2. “Apabila kamu membuka akhbar harian/ majalah dan melihat ke arah ruang memaparkan kupon diskaun, ia bagaikan bil dollar merenung wajah anda dan membisik supaya bertindak cepat melakukan sesuatu terhadapnya. Itulah cara bagaimana saya membesar. Mengapa tidak kalau anda buat begitu?" –Hilary Swank, Hos rancangan bual bicara Kelly Ripa, yang membincangkan tentang keratan kupon.

3. “Ramai kawan saya dalam keadaan kehairanan melihat saya tidak memiliki banyak pakaian. Saya akan membeli 3 pakaian, hanya sekali pada setiap 3 tahun atau lebih, dan cuma memiliki 10 pakaian secara keseluruhannya. Itu sahaja yang saya perlukan.” –T.Boone Pickens, jutawan minyak, dalam sebuah temubal bersama majalah Kiplinger pada tahun 2012.

4. “Saya akan pergi ke bank (ATM) hanya sekali dalam seminggu, dan menguruskan segala perbelanjaan dengan tunai tersebut. Dengan berbuat demikian, saya terpaksa hidup dalam bajet yang tiada pemantauan teliti terutamanya aliran keluar wang dan menyimpan resit. Saya hanya dapat menyara kehidupan harian dengan berapa banyak wang yang ada dalam dompet saya. Saya menjadikannya sebagai satu permainan di mana setiap minggu, saya patut mengurangkan jumlah pengeluaran dari bank (ATM) sebanyak $20, untuk menentukan betapa rendahnya saya benar-benar boleh kurangkan.” –Alan Corey, penulis sebuah buku yang bertajuk “A million bucks by 30”.

5.”Kita mempunyai jiran yang kaya raya, tetapi mungkin kita tidak ketahuinya. Mereka yang benar-benar kaya biasanya bukan mereka yang memakai pakaian berharga mahal, mempunyai beg tangan terbaru, atau memandu kereta yang mewah. Di Ladang Anggur Martha, anda dapat lihat ramai orang yang tinggal di rumah berharga $10 million tetapi cuma memandu kereta Toyota berusia 10 tahun.” - Seorang pakar surgeri plastik yang berjaya di US



27/03/14

Siapa Vivy Yusof ni??

Dilla buat entri nie sebab bile buka Nuffnang dan tengok pada bahagian keyword, ramai yang search Vivy Yusof dalam Blog ni. Pelik gak. Rasa macam tak pernah lagi buat entri tentang Vivy Yusof ni. Atau mungkin sebab Dilla ada pernah buat entri pasal jutawan terus Vivy Yusof ni jadi hot keyword dalam blog Dilaz Family. Apa lagi, Dilla pun google lah dan jumpa benda ni.
=======================================================================

Vivy tumpu dunia fesyen

BIARPUN menguasai dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perundangan dari School of Economic, United Kingdom, anak bongsu dua beradik ini tidak memilih bidang itu sebagai kerjaya.

Obses terhadap dunia fesyen dan terdedah dengan pengalaman membeli-belah di London sepanjang lima tahun menuntut ilmu, dia memilih perniagaan fesyen dengan menjana FashionValet.net (FV) iaitu sebuah web yang menjual hasil kerja pereka tempatan menerusi talian.

Vivy Sofinas Yusof bekerjasama dengan Fadzarudin Shah Anuar iaitu rakan sekolejnya yang masing-masing berusia 24 tahun ketika mereka menuntut di luar negara.

Gadis berdarah campuran berasal dari Kajang, Selangor ini mengakui angan-angan mereka direalisasikan menerusi pembelian di Internet kerana yakin jenis perniagaan sedemikian belum popular di negara ini.

Mengambil pengalaman di England apabila dia menggemari jenama Topshop dan Zara sehingga sanggup menggunakan duit kiriman bapanya untuk pakaian, kini minat itu dimanfaatkan menerusi proses penjualan fesyen di Internet dengan menawarkan rangkaian fesyen pakaian dan aksesori tempatan karya pereka tersohor seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk till Dawn dan pelbagai.

Berhasrat muncul sebagai hab jenama fesyen Asia terbesar menerusi talian, semangat Vivy bagaikan disuntik besi berani apabila sambutan diterimanya di luar dugaan berikutan perniagaan dijananya hampir enam bulan mendapat sambutan di luar jangkaan.

Katanya, sehingga kini hasil rekaan tempatan di FV menembusi pasaran Brunei, Indonesia, Singapura, UK dan Jerman.

“Ketika memulakan perniagaan, saya bergerak dalam satu kumpulan yang mewakili generasi muda dan yakin pelancaran perniagaan ini berjaya kerana sokongan dan kekuatan bersama.

“Mungkin semangat generasi muda mendorong kami bekerja keras dan saya ada ‘kru’ dibahagikan mengikut bidang tugas selain kami ada studio dan model untuk memastikan perencanaan kami berjalan lancar.

“Dalam setiap fesyen yang ada, saya memiliki sehelai baju pada setiap jenama dijual. Bahkan, saya sangat selektif untuk setiap rekaan yang hendak menyertai FV,” katanya.

Mengenai cara perbelanjaan pula, gadis ini memperuntukkan RM1,000 sebulan untuk membeli pakaian.

Namun, katanya, jika ada majlis berprestij perlu dihadiri, tentu peruntukan kewangan bertambah.

“Misalnya pakaian untuk majlis makan malam tentunya mahal dan saya terpaksa berbelanja ‘lebih’ daripada kebiasaan. Selain perniagaan ini, ayah ada elaun khas untuk saya dalam perniagaan hartanahnya di samping menyediakan pemandu untuk menyenangkan urusan seharian.

“Di samping itu, paling kurang saya simpan duit dalam sebulan RM2,000 semata-mata untuk persiapan membesarkan perniagaan ini satu hari nanti. Emak dan ayah selalu berpesan supaya saya sentiasa berjimat cermat,” katanya.

Vivi mengakui menjadikan bapanya yang terkenal dalam perniagaan hartanah sebagai rujukan penting sepanjang menjalankan perniagaan dan banyak nasihat berguna diperoleh.

“Saya pernah buat kesilapan, maklumlah ini pengalaman pertama kali berniaga, tetapi ayah menegur dengan penuh berhemah, terutama dalam soal perbelanjaan. Daripada situ ayah bercerita mengenai selok-belok dan memberi nasihat berguna kepada saya.

“Setelah enam bulan berniaga baru nampak keuntungannya, lalu saya yakin boleh pergi lebih jauh lagi. Namun saya masih mengharapkan nasihat ayah mahupun ibu dalam hal ini.

“Tidak dinafikan sebagai ‘anak ayah’, saya rapat dan manja, bahkan jika hendak berkawan dengan lelaki, saya akan mempelawanya datang ke rumah dan mengenali keluarga lebih dulu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya yang beroperasi di Plaza Damansara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


INFO

NAMA: Vivy Sofinas Yusof
JAWATAN: Pengarah Urusan FashionValet.net
UMUR: 24 tahun
LAHIR: 11 Disember 1987
HOBI: Menulis blog, melancong
PENDIDIKAN: Ijazah Undang-undang, School of Economic, United Kingdom
CITA-CITA ASAL: Ahli perniagaan
MAKANAN KEGEMARAN: Daging panggang
IMPIAN: Membuka syarikat berasaskan hartanah






Cantik orangnya. Kalau search nama dia banyak gambar tak pakai tudung. Gambar tu Dilla dapat dari blog Vivy Yusof.....proudduck

Terima kasih Nuffnang

Alhamdulillah. Terima kasih En Nuffnang kerana sudi beri Buffered Earning lagi kepada Blog Dilaz Family yang suam-suam kuku ni. Tak seglamour dan setegar rakan-rakan blogger yang lain. Terima kasih Allah kerana tidak putus-putus memberi Dilla sekeluarga rezeki. Rezeki Allah luas datang dalam bermacam bentuk dan cara. Syukur kepada Allah.

BE ni adalah BE keempat untuk tahun 2014 (KFC Zinger Reloaded)...wow sedap tu. Siapa pergi makan kat KFC cubalah burger tu.


 
In shaa Allah Dilla akan terus berblogging selagi termampu. Akan cuba luangkan sedikit masa untuk Blog tersayang ni. Rasa nak menangis pun ada ni. gembira dan bersyukur. Semoga BE itu akan terus berjoget dan memberi earning yang banyak. Harap sebelum hujung tahun 2014 dapatlah cash out buat kali ke-2 (emmm blogger lain dah banyak kali cash out....Dilla baru sekali).
 
p/s: BE Ke-4 2014

18 SX (Testimoni): Ketahui khasiat Vitamin E & Alfalfa terhadap hubungan intim anda~



Hari ni topic agak panas sket ye, khas untuk yang dah berkahwin ataupun yang belum pon boleh..sekadar ilmu apa salahnya kan..

credit

''80% wanita di seluruh dunia tidak pernah merasa kepuasan dalam hubungan intim dengan pasangan. Menurut kajian saintifik oleh World Health Organization (WHO), menjelang 2012 penyakit kemurungan/depressi akibat stress adalah pembunuh nombor 1 dunia bukannya kanser atau penyakit jantung!!''





Dalam keadaan sekarang, stress dah jadi satu perkara normal..maklumlah, dunia kan kejam hehehe tak ramai diantara kita yang sedar ttg pengaruh stress pada hubungan kelamin kan..ini lah hakikatnya..
Tapi STRESS bukan satu2nya punca hubungan intim terganggu. Hari ni Adaa nak focus more on woman side lah since saya kan perempuan hehe Bagi yang belum tahu, fisiologi tubuh wanita lepas berkahwin, mengandung dan melahirkan berubah seiring dengan keadaan2 tersebut. Ada yang dingin lepas bersalin disebabkan ketidakseimbangan hormon, ada yang mengalami keputihan, faraj longgar.. Ini contoh2 lain



credit


MASALAH-MASALAH KRITIKAL BERKENAAN WANITA:

1. Payudara kendur selepas bersalin
2. Payudara kecil
3. Keputihan
4. Sakit semasa bersama sebab kering
5. Vagina longgar
6. Tidak puas bila bersama
7. Kurang terangsang    
8. Tiada nafsu seks
9. Mudah letih
10. Sakit pinggang, lutut dan tumit
11. Muka kusam
12. Obesity
13. Senggugut
14. Kemurungan
15. Stress

Tu dia..bnyk kan? Adaa tahu, mungkin ramai yg mengalami masalah ni tapi hanya sedikit drpd kita yang berani untuk tampil dan berkongsi..Tapi ade sorang sahabat yang berani utk berkongsi tentang solution utk masalah2 diatas..nk tahu, baca smp abes hehe

Tahukah anda Vitamin E dpt membantu? Bagaimana? 





Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.

Vitamin E juga dapat membantu masalah kekeringan ketika bersama dan juga menganjalkan payudara. more see BACA NIE
 
 
Vitamin E digelar 'vitamin seks' atas sebab kaitannya terhadap kesihatan seksual. Diantaranya ialah peranan penting yang dimainkan oleh Vitamin E dalam membantu penghasilan hormon estrogen untuk lelaki dan keseimbangan progesteron pada wanita. Ia penting dalam mengawal keinginan, tarikan dan mood seks anda! Vitamin E berperanan sebagai antioksidan yang berperanan memelihara organisma dari kerosakan semasa proses pengoksidaan yang penting dalam fungsi seksual. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki yang mengambil vitamin E untuk sekuran-kurangnya seminggu akan mengalami tenaga seksual yang lebih baik, libido lebih kuat dan kurang stress dalam kehidupan harian. Bagi wanita, vitamin E mengurangkan sindrom sebelum had (PMS) dan pre-menopause seperti mood berubah, kekejangan, sakit kepala, depressi dan sebagainya
source: here

Itu Vitamin E, lagi satu ape? Sebelum tuh jom baca Testimoni Pn Ifa yang dikongsi di Group tertutup kami:

''Perkara yg x pernah ifa fikir n mimipikan pun (pujian dr hubby tentang nikmatnya hubungan suami isteri) mendapat pujian selama ini.
Nak tahu rahsianya.............ALFALFA LAH...... betul, ifa mkn mmg niat utk tambahkan susu ibu, sbnrnya ifa dpt tahu alfalfa ni juga utk eratkan hubungan suami isteri, tp x lh sampai tergerak hati nak niat ke arah itu. tapi, pujian suami 3 hari lepas benar2 memeranjatkan ifa. x sangka.

selama 4 bulan pengambilan set 3M Platinum sejak dari dalam pantang lagi secara konsisten n disiplin, ini lah hasilnya.... pertambahan susu ibu sekaligus memberikan kenikmatan dalam hubungan suami isteri yg menjadi faktor kebahagiaan rumah tangga kami. Benar, setiap usaha yg istiqamah pasti akan dapat hasilnya. dan sekarang, ALFALFA benar2 menjadi produk kepercayaan n semestinya ada dlm list kehidupan ifa. x sia2 melaburkan RM466 pada ketika itu (sblm bersalin, walaupun waktu itu mengalami masalah kewangan), kerana hasilnya sangat2 menakjubkan dan merasai perasaan yang x pernah dirasai ketika dipuji oleh hubby.''


Ha..itu baru sikit tuh..selebihnya xleh tayang sebab takde tande 'U' heheh. Betul ke Alfalfa membantu 'Ummphh' kan lagi hubungan kelamin? 

Apa Khasiat Alfalfa?
Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri(ini yang dikatakan Pn Ifa tadi)
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
  19. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…
Jika anda ingin rasakan sensasi Vitamin E dan Alfalfa, kene lah cuba sendiri!
 

 


 
 
 
Berminat boleh hubungi ;

Sms/Whatsup 019-727 0181
Shaklee ID 892145 


22/03/14

Baju sama-Iron Man

Assalammualaikum dan Selamat pagi semua.
 
Apa khabar? Dilla harap kawan-kawan semua sihat dan gembira di samping keluarga tercinta. Cuti sekolah pun sudah bermula. Mesti ada yang ambil kesempatan ini bawa anak-anak pergi bercuti. Siapa yang datang Melaka, boleh roger-roger Dilla. Rindu pula pada kampung halaman. Dulu masa zaman kanak-kanak, pantang cuti sekolah mesti ajak Abah pergi bercuti. Berkelah ke atau pergi mandi air terjun. Seronok sangat. Qistina pun dah pandai sekarang. Bile cuti je mulalah ajak pergi jalan-jalan.

Hari tu ajak Qistina teman pergi beli barang kat Mall. Sekali dia nampak baju Iron Man ni. Iyalah dia kan peminat setia Iron Man, pantang nampak mesti nak. Sayangkan anak, Dilla pun beli. Tengok gak kot ada saiz kecik untuk Danish, mujur ada. Itu yang dapat belikan mereka baju sama. Nampak Danish dah besar kan. Danish pun suka Iron Man.
 


21/03/14

Kenangan SPM 2000

Semalam result SPM keluar kan. Tahniah kepada yang dapat keputusan cemerlang. Yang keputusan kurang memberangsangkan jangan putus asa dan jangan fikir itu kegagalan selamanya. Masih panjang dan jauh perjalanan hidup anda. Gagal dalam pelajaran tidak semestinya gagal dalam kehidupan. Ada yang lebih berjaya dalam pekerjaan dan kehidupan mereka walaupun keputusan peperiksaan tidak baik. Pilihan di tangan anda. Buatlah keputusan yang terbaik. Jika hendak sambung belajar teruskan dan jika ingin bekerja, bekerjalah bersungguh-sungguh dan banggakan keluarga anda.

Dilla SPM Tahun 2000..Makna kata 14 tahun yang lalu. Result SPM taklah baik sangat tapi bersyukur sebab dapat sambung belajar di Matrikulasi Perakaunan dan di Universiti Utara Malaysia. Alhamdulillah. Dapat banyak ilmu dan juga kawan-kawan. Pengalaman juga banyak sebab banyak merantau ke negeri orang. Matrikulasi di Pekan, Pahang dan Universiti di Sintok, kedah. Tetiba teringat zaman persekolahan dulu. hihihihi.

Sebenarnya saje nak show off gambar ni




 
Ini gambar kenangan masa Tingkatan 5. Cuba teka Dilla yang mana satu?? Bajet comel rasa bile tengok gambar ni. Gambar ni member yang post kat Facebook. Saje ambil buat entri dan kenangan masa depan. Nanti leh tunjuk kat anak cucu. Dah tunjuk pada Qistina. Pandai dia pilih mana satu Mama dia. 
 

Drama Cinta

Salam Jumaat dan Selamat pagi.

Hari ini elok baca Surah Al-Kahfi dan perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kawan-kawan semua sentiasa dimurahkan rezeki Allah dan dipermudahkan urusan hari ini. Amin In shaa Allah.

Sebelum ni Dilla ada buat entri mengenai Drama Cinta dari Dilaz baru je Episod 1 & 2. Drama Cinta tu panjang lagi. Tapi masih belum sempat nak sambung cerita. Bile baca semula macam kelakar lak. Siapa nak baca, KLIK SINI. Drama tu sebenarnya penuh dengan suka dan duka. Kisah percintaan yang sangat berlainan dari orang lain. Masih belum ada Drama di TV yang sama dengan kisah cinta mereka. 

Nantikan Dilla sambung kisah cinta tu ye. Lambat atau cepat akan disambung jua.

20/03/14

Buffered Earning Mac 2014

Alhamdulillah. Blog Dilaz Family dapat Buffered Earning. Rezeki Mac, syukur pada Allah yang memberi rezeki dan terima kasih pada En Nuffnang. Dilla dapat 2 BE, satu pada 17 Mac lalu (Mc Donald's Spicy Chicken) dan satu lagi hari ini, 20 Mac (DiGi-Project Red). Semoga semua BE ni lamalah berjoget-joget di Blog Dilaz Family dan memberikan Earning yang memberangsangkan. Amin.

Akan terus menulis selagi diberi kudrat dan akan buat entri yang lebih baik dan menarik. Terima kasih kepada semua pembaca blog Dilaz Family. Sayang korang ketat2. Muaaahhhh.




BE KE-2 & KE-3 2014 

Terkejut!!!!

Apa yang Dilla terkejut tu??? Nak tahu kelmarin abang posmen hantar surat. Sekali tengok surat dari LHDN. Terkejut sebentar. Apa lagi cepat buka surat tu untuk lihat apa yang LHDN nak. Surat tu mengatakan "Pemberitahuan Pendaftaran Nombor Cukai Pendapatan". Pelik sungguh. Yelah Dilla tak bekerja tapi dapat surat dari LHDN. Pendapatan sebelum ni masa bekerja dulu pun rasanya belum patut kena cukai sebab gaji ciput. Tak tahulah macam mana dia leh bagi no cukai tu.

Untuk kepastian Dilla pun call LHDN tanya kenapa dapat surat ni. Rupanya LHDN dapat penyata pendapatan dari company Dilla dulu Tahun 2012. Tahun 2012 baru kini dapat surat. Emmmm. Pastu cakaplah kat LHDN yang Dilla ni dah lama tak bekerja dan sekarang surirumah sepenuh masa. LHDN suruh gak isi e-filing untuk mengatakan tak bekerja dan tiada menerima apa-apa pendapatan. Dah kena isi lak. Harap dipermudahkan dan tiada lagi kesilapan yang berlaku.

17/03/14

Entri paling sikit

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Sebelum Dilla sambung cerita, mula-mula sekali Dilla nak mohon maaf kepada semua rakan-rakan blog dan follower Dilla. Minta maaf sebab sebelum ni Dilla guna gelaran Dilaz pastu sekarang tukar kepada Dilla pula. Kenapa ekk? Bukan apa, bile baca semula entri-entri sebelum ni dan muhasabah diri, baik Dilla guna gelaran Dilla sebab itulah diriku yang sebenar. hihihihihi.Okey kan guna gelaran Dilla ni.

Berbalik pada tajuk entri...Entri paling sikit. Bile tengok Blog achieve tak sangka Tahun 2013 entri Dilla cuma 40 je. Sikit betul kan. Banyak lagi tahun 2011 kan. Tak caya tengok ni





 
Macam mana nak jadi blogger tegar kalau entri setahun hanya 40 kan? Ada blog ni best sebenarnya sebab kita boleh simpan kenangan bersama yang tersayang dalam ni dan ia boleh dilihat hingga ke anak cucu nanti. Ramai Dilla tengok blogger2 berjaya hanya sebab menulis di blog. Mereka menjana pendapatan dari blog. Dilla pun suka walaupun blog ni jarang berupdate still ada pengunjung setia dan dapat Earning dari Mr Nuffnang. Semoga Dilla diberi peluang oleh Allah untuk terus menulis dan menjana income dari blog. In shaa Allah
 

16/03/14

Apa Danish dah buat ni!!!!

Salam hujung minggu. Apa khabar kawan-kawan?? Cuaca yang agak panas dan berjerbu ni buat badan tak berapa sihat. Tekak dah mula perit dan batuk pun datang. Suara dah macam nak hilang ni. Dah jadi macam suara Ella lak. Serak serak basah.hihihi. Pagi ni nak cerita pasal Danish. Tengoklah apa Danish dah buat ni



 
Dia boleh masukkan jari kaki dalam mulut macam orang tak bersalah


 
Lagi ditegur lagi dia masuk dan siap gigit


 
Tengoklah tu muka puas sebab dapat kenakan Mama dia. hihihihi

Bila dimarah dia sengih pastu datang kat kita buat gaya manja. So sweet. Memang cair dan terlentuk lah. Danish sekarang 1 tahun 5 bulan.
 

15/03/14

Best yer

Ya Allah tak dapat dibayangkan jika terpilih dan menang contest. Tak pernah lagi rasa feel menang contest atas nama sendiri. Best yer kalau berjaya. Teringin sangat nak hadiah smartphone macam Samsung Galaxy Note 3....Samsung Tab ke....tak pun dapat Lenovo ke...atau dapat Cash pun bole (bole tukar ke smartphone tu)...

Tak pelah Dilla akan terus berusaha dan join contest offline dan online. Mana tahu ada rezeki nanti kan. Rezeki milik Allah. Yang penting usaha dan doa

Semoga impian akan tercapai suatu hari nanti. In shaa Allah. Amin
 

14/03/14

Tips berjaya dalam penyusuan

Bagi ibu yang menyusu, untuk anda terus dalam medan perjuangan pastikan :

1. Anda sentiasa menyusukan si kecil secara langsung atau lakukan sesi perahan yang konsisten ( tidak lebih 3 jam untuk satu sesi ke sesi berikutnya demi memastikan hormon prolaktin akan terus dirembeskan).

2. Pastikan badan kita mendapat cukup khasiat dari pemakanan harian. Maka jangan sesekali SKIP meals, ini akan membantutkan penghasilan susuibu.

3. Pastikan badan mempunyai cukup bendalir...maka pengambilan air adalah salah satu faktor yang membantu dalam kelancaran penghasilan susuibu.

4. Cuba kurangkan minuman yang sejuk, yang berkafien kerana ia akan mengganggu penghasilan susuibu dalam jangka panjang.

5. Booster setiap badan si ibu tidak sama, biasanya makanan atau minuman kegemaran yang boleh membuatkan ibu gembira akan meningkatkan penghasilan hormon oksitosin dan susu akan lebih mudah dihasilkan.

6. Si ibu perlu tahu mengawal apa jua atau sebarang bentuk tekanan. Tekanan boleh mengganggu kelancaran penghasilan susuibu.

7. Pengambilan vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang disarankan demi memastikan ibu terus sihat dan anak membesar dengan baik.

8. Banyakkan berzikir, solat sunat serta amalan2 murah rezeki seperti bersedekah....
 

10/03/14

Keinginan yang melampau

Sejak dua menjak ni, tekak asyik nak makan kek je..hihihihi. Bukan sebab mengandung atau mengidam yer. Entah tak tahu kenapa. tapi tahap keinginan yang melampau sangat terhadap kek tidak dapat terkawal. Nasib oven rosak, kalau tak hari-harilah buat kek pastu makan kek je. Badan pun naik kembanglah jawabnya. Tapi jangan risau Set Slimming Shaklee kan ada.huhuhuhuhu.

Semalam pagi-pagi dah terjah Secret Recipe sebab nak beli kek. Sekali 2 slice Dilla beli. Satu slice kek indulgence dan satu lagi kek coklat chip walnut. Memang sedaplah. Nak beli kek blackforest tak de lak. Tak pe lain kali beli kek tu lak. Thanks My Love sebab layan isterimu ini. Qistina dan Danish suka lah sebab dapat makan kek. Bulan depan besday Qistina, tak tahu lagi nak belikan kek apa. Qistina request nak buat besday party kat tadika.

 

3/03/14

PROMO MAC-ESP SHAKLEE

Assalammualikum dan selamat pagi semua.

Teruja Dilla nak update blog sebab nak sharing dengan kawan-kawan tentang PROMO SHAKLEE BULAN MAC ni iaitu ESP (Energizing Soy Protein). Ramai yang kata Shaklee dah tak nak buat Promo ESP sebab ia memang dah HOT ITEM dan last promo pada Oktober 2012. Tapi tak sangka Shaklee buat PROMO ESP gak bulan MAC 2014. Jadi kepada peminat setia ESP, inilah masanya. Jom borong 2 TIN terus atau lagi JIMAT BORONG 6 TIN FREE 1 TIN dan dapat FREE MEMBER. Kepada yang belum mencuba, cubalah dan rasai sendiri kebaikan ESP yang multipurpose ni.
 
 ========================
KELEBIHAN ESP?

KECANTIKAN KULIT
✔kulit muka cantik,halus, gebu dan berseri
✔memulihkan parut jerawat di muka dan badan
✔sebagai anti-penuaan.
✔menganjalkan kulit dan paudara yang kendur.
✔memudarkan pigmentasi, freckles.

KESIHATAN BADAN
✔menyokong kesihatan jantung dan prostat
✔membantu mengurangkan risiko kanser
✔bertindak sebagagi antioksidan dan menguatkan sistem imun tubuh
✔cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
✔mempertingkatkan tahap kolestrol baik

HAMIL
✔Membantu perkembangan fetus
✔membantu pertumbuhan plasenta,uterus, penghasilan susu
✔membantu aliran darah ibu yang bertambah
✔membantu atasi rasa loya atau angin kerana ia memberi rasa kenyang yang lama.
✔membantu ibu rasa lebih bertenga

BERPANTANG
✔Memudarkan tanda kehitaman dan strechmark selepas bersalin.
✔menyerikan wajah ibu yang kusam.
✔memberi tenaga kepada ibu-ibu.
✔mempercepatkan pemulihan luka.
✔memekatkan dan memperbanyakkan susu ibu.


Berminat nak mencuba ESP, boleh hubungi Dilla 019-727 0181. Dilla bagi harga penuh kasih sayang berserta FREE GIFT




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails