PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan

11/12/16

Upside Down House Melaka

Bulan ni tengah cuti sekolah, jadi ramai keluarga yang sibuk bercuti sana sini. Jika anda datang ke Melaka jangan lupa singgah ke Upside Down House. Bagi yang suka posing mesti sakan bergambar. Kami sekeluarga kekok je bergambar.  Tapi sayang masa ni Qistina takde sebab Qistina tinggal kat umah nenek dia.

Meh layan gambar kami sekeluarga.

Upside Down House 


.


Tiket masuk upside Down House 


.

Dilazfamily 


.

Papa dan Danish 


.

Dilazfamily 

.

Mama dan Danish

.

Ini je gambar yang ada. Bateri low nak ambil gambar banyak tak boleh 😂. Okey lah janji ada kan. Di bawah ini detail untuk ke Upside Down House di Melaka.

Upside Down House Melaka Address:
G12 & G14, Jalan PM 7,
Plaza Mahkota,
Bandar Hilir,
75000 Melaka.

Waktu operasi :
Isnin - Khamis : 10.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat - Ahad/Cuti Am : 10.00 pagi - 9.00 malam

Harga tiket : Dewasa RM 15, Kanak-kanak RM 10
*Kanak-kanak bawah 90 cm, PERCUMA 
Tel: +6011 10722260


24/09/14

Riang ria mereka berdua

Assalammualaikum semua

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah Dilla sekeluarga sihat. Semoga kawan-kawan semua juga sihat. Dilla nak share cerita tentang anak-anak Dilla ni...Qistina dan Danish. Riang ria mereka berdua. Cerita ni lama dah masa cuti Hari Malaysia tapi Dilla baru nak up entri. Selepas sarapan pagi, My Love ajak pergi Bukit St Paul. Saje je jalan-jalan. Pergi pagi-pagi best sebab sejuk dan orang tak ramai lagi. Meh tengok aksi mereka 


Danish seronok naik tangga. Berjaya naik sendiri sampai ke atas


 
Aksi candid mereka


 
Kakak yang sayang adik


Lepas dah pergi Bukit St Paul kami pergi ke taman permainan. Nak bagi mereka berdua main kat taman. Lama dah tak bawa pergi taman, jadi hari tu tunaikan permintaan Qistina. Seronoklah mereka bila tahu nak pergi taman


 
Main buaian tak pandang kiri kanan. Danish marah bila dipegang


 
Tengok tu Danish macam dah besar sangat je. Kakak je nak pandang kamera, adik buat tak tahu 

Seronok kan tengok mereka bermain. Teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Tapi dulu kecik Dilla jarang main kat taman permainan. huhuhuhu. Masa nak ajak balik Danish meraung-raung tak nak balik sebab nak main lagi. Bukan apa masa tu dah mula panas dan orang dah mula ramai sampai main berebut-rebut. Tak pe lain kali ajak Papa pergi taman lagi ye.
 

23/09/14

Keluarga kecil kami

Assalammualaikum semua.

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bercerita di sini. Sayang korang dan rindu berblog. Jap lagi saya blogwalking blog kekawan yer. Sebelum tu saya nak post inilah "Keluarga kecil kami".

My Love, Qistina, Dilla dan Danish
 
Alhamdulillah. Kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, cantik dan hensem. Bersyukur kepada Allah di atas rezeki ini. Walaupun kami hidup sederhana tapi kami sangat bahagia dan gembira. Rezeki Allah itu luas dan berbagai bentuk. Allah beri rezeki melalui bermacam cara. Jika tidak kepada Dilla, diberi kepada My Love ataupun kepada Anak-anak kami serta keluarga. Semoga kami sekeluarga dipanjangkan usia, hidup kami dirahmati Allah dan sentiasa dilindungi oleh Allah. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin

18/07/12

Cerita di Singapore

Salam semua.


Dilaz nak sambung cerita di Singapura @ Universal Studios Singapura. Bantak tempat yang boleh dilawati di USS. Kalau tak silap Dilaz ada 18 tempat macam-macam watak dan movie yang boleh kite tengok. Dilaz dan My Love tak pergi banyak pun hanya lebih kurang separuh je dari situ, yang lain tak masuk hanya duk luar ambil-ambil gambar je. 


Cuaca masa tu hujan. Kejap lebat, kejap gerimis. Jadi terbatas sikit pergerakan dan masa yang diberikan untuk berada di dalam USS pun kejap je. Kiteorang diberi masa hanya dari jam 10.40 pagi hingga ke 3 petang. Itu yang tak puas jalan tu.



   
Ride the Movie yang pertama kiteorang tengok ialah "SHREK". Dalam movie nie banyak kali kena sembur dengan air. Mula-mula kena air dari SHREK dan Wife dia bersin. Memang macam real. Pas tu masa dia nak selamatkan FIONA di air yang deras. Paling geli masa ada banyak labah-labah. Memang terasa labah-labah tu di kaki kite. Terperanjat Dilaz masa tu, ingat tak de apa-apa.

Lepas tu..kiteorang pergi ke Transformers. Sebelum nak masuk ni siap bergaduh dengan My Love tak nak masuk sebab rasa macam takut je nak masuk situ. Tapi sebab sayangkan My Love tawakal lah masuk join sekali.
 

Ini keadaan dalam Ride the Movie Transformers. Nak sampai ke movie tu ambil masa 1 jam setengah tau. Punyalah lama beratur. Sampai rasa nak patah balik.
 

Tapi penantian berbaloi sebab memang seronok dalam Transfomers tu. Yelah kite jadi salah satu robot yang menyelamatkan negara daripada musuh. Memang real dan rasa ngeri sikit pun ada. Rasa ngeri masa dia bawa kete laju-laju dan tetiba kereta tu jatuh daripada bangunan. Mahu kecut pertu nie. Nasib baik baby tak de apa-apa dalam perut ni. 

Habis tengok Transformers ingat nak masuk di Jurassic Park.
 

Bile masuk tengok signboard tulis anda akan basah sepenuhnya, terus tak jadi masuk. Lagipun kawan-kawan cerita kalau masuk dalam tu tak sesuai untuk Dilaz sebab takut apa-apa jadi pada baby. Nasib baik tak masuk. Member-member habis basah kuyup. 

Di USS tu memang seronok. Sesiapa yang belum pergi dan rancang nak pergmi jangan lupa masuk di Transformers tau. Kalau tak masuk itulah yang paling merugikan.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

17/07/12

Sampai juga di Singapura

Hari Jumaat petang sampai di Hotel Johor. Hari Sabtu selepas breakfast kiteorang gerak pergi ke Singapura. Pertama kali pergi ke luar negara @ Singapura. Huhuhuhuhu. Sian kan. Orang lain dah banyak kali pergi ke luar negara. Imigresen Singapura sangat ketat pemeriksaannya. Tension gak lama tunggu. Di Johor senang je.


Okeylah....Tempat utama yang dituju di Singapura ialah Universal Studios Singapore. Dilaz nak tunjuk kat kawan-kawan antara gambar-gambar yang Dilaz sempat ambil.

Tangga nak ke Universal Studios Singapore (USS). Ini antara member2 satu Agensi.


Dah sampai wajib ambil gambar kat sini. My Love tak nak ambil gambar
 

Siapa yang belum beli tiket nak masuk, kena beli kat sini. Kiteorang dah beli masa kat Johor.
 


Map nie perlu ambil supaya tak miss semua tempat. Kalau tak rugi tau




Gambar kenangan kami berdua. Gemuknya Dilaz.. 
Tengah pregnant 6 bulan setengah @ 26 minggu



Satu je dapat ambil dengan maskot USS. Yang lain tak dapat jumpa sebab sibuk jalan.

 

Ini My Love Dilaz yang paling disayangi..
Kiteorang nak start ride the movie...
Nantikan entri seterusnya....
BERSAMBUNG.......
 

14/07/12

Dilaz nak pergi Singapore

Pagi semua. Mesti ada yang tak bangun tido lagi kan. Dilaz tengah bersiap-siap nak pergi breakfast. Pas tu Dilaz dan My Love nak pergi ke Singapura

 
Yang paling penting tempat yang kiteorang akan pergi ialah ke Universal Studios. Mesti seronokkan.

10/10/11

Wajib pergi bile.......

Salam semua.

Hari nie Dilaz dapat cuti tau sebab bos dah bagi cuti. Baru ingat nak mohon cuti dah dapat cuti FREE lagilah suka. Tak yahlah potong gaji. Hari nie tak tahu nak tulis aper cuma nak kongsi lah apa yang Dilaz wajib pergi bile keluar jalan-jalan kat Shopping Mall. 

Dilaz nie bukanlah kaki shopping sangat tapi kalau pergi Jusco atau mana-mana shopping mesti nak pergi kedai buku dulu. Bukan nak beli buku pun. Kekadang tu saje je masuk tengok buku apa yang menarik. Jika berkenan barulah Dilaz beli.

Dilaz selalu masuk kedai buku Popular  


dan....

Kedai buku MPH. 


Selalu kalau nak beli buku, beli kad Popular sebab ada member card kecuali kat Popular tak de buku yang dicari. Itulah perkara yang wajib pergi bile Dilaz keluar jalan-jalan. Kawan-kawan macam mana pula? Selalu pergi mana?
 

21/06/11

Malam hari bersama MY Love

Selamat pagi semua.

Dah makan pagi lum. Lama dah peram gambar nie. Baru hari nie nak tulis entri. Dilaz nak kongsi cete ngan kawan-kawan semua. Qistina kan kat kampung, dah seminggu Qistina kat kampung. Memang rindu sangat. My Love sampai demam terlalu rindukan anaknya. Anak bapaklah katakan. Okeylah malas nak membebel panjang-panjang. Meh layan gambar-gambar nie




Tuan tanah posing...My Love amik gambar suka amik senget


 Iklan ubat gigi kot nie...lama tak amik gambar berdua


Waktu kejadian adalah pada malam Sabtu. Ingat nak tengok wayang tapi tak jadi. Jadi Kiteorang makan kat tepi pantai di waktu malam. Romantik tak? Tapi gambar tengah makan lupa nak amik. Ramai orang dating kat sini.


18/05/11

Aktiviti Hari Wesak sampai Qistina Keletihan

Semalam kan Cuti Hari Wesak. Pagi-pagi Dilaz ajak My Love minum pagi kat luar. Malas kan nak masak.huhuhu. Lepas minum pagi, kiteorang jalan-jalan pergi Jusco Bandaraya Melaka. Saje window shopping lepaskan rasa tension gaji tak masuk-masuk lagi. Lepas jalan-jalan, kiteorang singgah rumah MIL. Tiba-tiba My Love kata nak jumpa customer dia kat Bandar Hilir. 

So, apa lagi jalan-jalan lagi. Dah jumpa customer My Love kiteorang makan rojak dan minum cendol. Kat Melaka panas sangat. Dapat minum cendol, best sangat...nikmat teramat. Tengah on the way nak balik rumah, MIL call tanya pasal paip bocor rumah kiteorang dulu. MIL terkejut sebab bil air rumah MIL RM 300++. Mana tak terkejutnya.

Kiteorang pun singgahlah semula rumah MIL. Cakap punya cakap, lapar lak. MIL pun jemput makan sekali. Dah kenyang makan, baliklah rumah sebab Qistina dah mula buat perangai. Qistina penatlah tu sebab satu hari berjalan. Sampai rumah buatkan susu, apa lagi Qistina pun tido.

 Tengoklah punyalah letih sampai pegang botol susu hujung tangan jer. Qistina tahan dengan dada dia. Punyalah penat anak dara nie. Bile penat sangat macam tulah ragamnya.




Jika sudi, Klik Nie sekali

19/04/11

MAMA...PENATLAH

Tak tahu nak update aper.. Tadi buka pen drive ternampaklak gambar QISTINA nie dalam pen drive. 


Tengoklah QISTINA tue. Bukan main lagi. Masa nie, PAPA QISTINA tengah duduk kat kerusi urut. Pas tue QISTINA tengok, dia pun nak duduk gak. Tengoklah tangan dia tue. Tunjuk PAPA dia.
So, terpaksalah Dilaz masukkan duit biar ia berfungsi. Bukan main suka lagi QISTINA duk atas kerusi nie. Siap ketawa sebab geli kot. Habis jer benda tu tak berfungsi, QISTINA kata "Kakak penatlah MAMA. Best duk situ". Bijak-bijak.

Know your child's mood today!


18/03/11

NAK PERGI SINI LAH

Salam semua.

Hari nie Jumaat, penghulu segala hari kan. Diam tak diam gak, cuti sekolah dah nak habis. Cuti sekolah nie saya tak gie mana-mana pun sebab MY LOVE keje. Ni tiga hari MY LOVE kena pegi kursus kat KL tinggallah kami dua beranak. Nasib baik ada QISTINA, taklah sunyi sangat. 

Saya teringin sangat nak pegi DISNEYWORLD. Tak kisahlah kat mana pun. Dapat pergi yang kat SINGAPORE pun kira okey. Ni tengah kumpul duit sikit-sikit dan tengah sabor banyak-banyak. Selalu berdoa agar dimurahkan rezeki dan impian percutian tercapai. AMIN.


DISNEY WORLD

Saya pun teringin nak pergi Bukit Tinggi. Agak-agak mahal tak kos nak pergi sana? Ada sesiapa yang dah pergi sana tak?


9/02/11

FLOAT A&W

Selamat pagi semua.

Selamat bekerja bagi yang tengah bekerja dan selamat menjalankan rutin harian bagi yang duduk kat rumah. Yang tengah belajar lak, selamat mengulangkaji pelajaran dan belajarlah rajin2.

Cete pasal float...float paling sedap tentunya kat A&W kan. Napa erk?? Nak kata sedap sangat tak delah. Mahal lak tu. Buat sendiri lagi berbaloi kan. Tapi disebabkan tekak  nie nak sangat minum air float tu, so kiteorang satu family pegi terjah A&W kat JUSCO. 

Datang sana, tak kan minum jer kan, mestilah ada makan sikit2. Saya pun order air float dan burger. Kiteorang amik air set besar.

 SEDAP YER

 Stu cup aiskrim untuk QISTINA.

 Burger tak sedap....keras

P/S : Lain kali beli air botol ngan satu mangkuk aiskrim, buat sendiri jer kat umah. Lagi puas

 

7/02/11

RIVER CRUISE

Meh jalan2 kat MELAKA. Bak kata "MELAWAT MELAKA BERMAKNA MELAWAT MALAYSIA". Itu sebab kat MELAKA nie, banyak sangat pelancong tak kira dalam dan luar negara. Orang yang duk MELAKA jer tak jalan2 satu MELAKA. Bile rasa nak pergi jer baru pergi.

Ini adalah jalan2 ketika family saya berada di MELAKA. Saya dan MY LOVE jadi lah pemandu pelancong yang tak terlatih untuk family kiterang jer tau.

Antara tempat yang kiteorang terjah di waktu malam di MELAKA.




 Kiteorang pergi JONKER WALK & MELAKA RIVER CRUISE. Mehlah kawan2 datang MELAKA. Macam2 benda menarik dan bersejarah ada kat sini. Makan pun ada macam2.


3/02/11

LIMAU FREE

HAPPY CHINES NEW YEAR & GONG XI FA CAI untuk semua yang berbangsa CINA dan yang menyambutnya. Semoga gembira dan berbahagia selalu di samping keluarga.

Hari nie, pas pergi makan pagi ngan keluarga MY LOVE, kiteorang satu family pergi  tengok wayang pas tu pergi JUSCO. MY LOVE nak main game.kat JUSCO. Macam biasa, bile pergi JUSCO main game jer, mesti habis dalam RM10. Tadi pergi tukar token dapat limau free. Dapat 2 biji limau ngan 2 Lolipop.


Manis limau nie. Besar lak tu. Saya nie memang hantu limau. Satu hari saya leh makan lebih dari 10 biji (tapi yang manis lah). Ada orang kata, perempuan tak baik makan limau banyak2 sebab nanti leh jadi keputihan. Saya pun tak pasti sebab lum tanya pada yang pakar lak. Betul ker? Apa pendapat anda semua?

P/S : Esok saya buat entri pasal tengok wayang lak. 
 


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

31/01/11

SHOPPING....

Salam satu MALAYSIA semua,

Sejuk sungguh hari nie sebab hujan tak berhenti2 lagi. Masuk hari nie dah 3 hari hujan. Hujan2 pun orang tetap pergi kerja dan ada yang dah bercuti pergi jalan2 ngan family. Kepada yang bekerja tu selamat menjalankan tugas. Jangan tension2 tau. Yang sedang bercuti lak, selamat bercuti. Jaga diri dan keluarga baik2. Saya...hari2 saya cuti..... Hehehehe

Pagi tadi, saya bawa QISTINA pergi TESCO. Pagi2 QISTINA dah jalan. Dah lah belum mandi lagi. Tapi, MAMA QISTINA dah mandi tau. QISTINA bile bab jalan2, memang NO 1 punya. Tak kiralah apa cuaca sekalipun, janji dapat jalan tau. Saya pergi tesco sebab nak beli barang dapur sikit, sebab semalam tak dapat beli. So, inilah hasil dari shopping saya pagi tadi. 

Tak beli banyak pun sebab dah beli barang hari tu. Saya selalu shopping beli banyak2 sebab malas nak beli selalu. Kadangkala beli stok untuk 2 bulan sekali. Jimat masa sikit, kecuali barang basah lah. Awak semua macam mana? Selalu shopping barang dapur kat mana?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails