PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

31/10/11

Teringin nak makan

Hari Sabtu lepas masa on the way nak pergi kerja, Dilaz suruh My Love berhenti jap kat SHELL sebab tetiba teringin nak rasa wafer Gardenia baru tu. Asyik tengok iklan je, nak gak rasa kan. Jadi Dilaz pun belilah satu Wafer tu dan juga NIPS. Teringin nak makan punya pasal

Jadi makanan inilah jadi kudapan masa Dilaz bekerja. Wafer tu tak delah sedap mana. Sedap lagi wafer kat luar yang diorang jual satu RM 2.50 tu.huhuhu. Tak cuba tak tahu. Betul tak?


Sentimental value yang susah dicari

Salam semua.

Rindu kat blog nie dan kekawan semua. Tak terkejar rasanya nak buat banyak benda dalam satu masa. Betul-betul rasa macam Supermak...huhuhu. Okeylah berbalik kepada tajuk entri hari ini iaitu sentimental value yang susah dicari. Apa sentimental value tu? Meh tengok nie
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini ialah slip peperiksaan Matrikulasi My Love Tahun 2011


ini pula
.
.
Slip jadual kuliah semester pertama di UUM

Dan
.
.
Slip peperiksaan Semester pertama di UUM

Percaya tak benda nie masih lagi disimpan dalam kotak simpanan peribadi My Love? Dilaz jumpa nie masa nak kemas bilik. My Love tunjuk pada Dilaz. Nampak macam benda tak berguna kan, tapi mungkin ada nilai tersendiri di mata My Love. Sebenarnya ada lagi, tapi nie je yang Dilaz upload untuk kenangan. Benda-benda nie Dilaz dah lama buang habis je belajar, tak simpan pun.
 

26/10/11

Buffered Earning dari Nuffnang

Salam semua

Hari ini nak kongsi sikit keseronokkan sebab Dilaz dapat Buffered Earning baru dari Nuffnang. Dilaz sekarang nie dah jarang update Blog dan Berblogwalking. Kadangkala tu ada banyak idea nak tulis, pas tu tak de masa lak nak update. Sampai idea itu hilang begitu sahaja. Sayangkan?

Disebabkan dah jarang update Blog, makanya lama juga tak tengok akaun Nuffnang. Sekali buka BE lama dah jadi ME. Memang patutlah dia jadi ME, sebab siapa suruh tak update Blog selalu kan. Bile tak update Blog, mana ada orang nak datang baca Blog. Betul tak? 

Walau macam mana pun, Dilaz ingin berterima kasih kepada Nuffnang sebab gantikan BE yang dah jadi ME dengan satu BE yang baru. Dilaz harap kawan-kawan akan terus sokong Dilaz dan En Nuffnang akan terus sudi ber BE lagi

Peringatan untuk semua orang terutama wanita

Dilaz nak kongsi sedikit tentang cerita ini. Cerita ini Dilaz dapat dari rakan FB.

 

Untuk maklumat anda. (Sangat Penting!) -


Jika anda melihat seorang lelaki (terutamanya India) yang menunggang motosikal dengan tangan yang berdarah, dia mengetuk tingkap kereta meminta anda untuk berhenti serta merayu untuk beri kertas tisu bagi membersihkan darah mereka apabila anda sedang memandu kereta..


Ingat!!! JANGAN sesekali memberhentikan kereta anda. Walaupun dia cuba merosakkan dan memhimpit kereta anda, JANGAN menghentikan kereta tetapi teruskan memandu ke balai polis yang terdekat.


Taktik jenayah seperti ini telah dilaporkan dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya dan stesen Polis Daerah Klang Town (sebenarnya di sekitar seluruh negara).


Lelaki-lelaki ini adalah penjenayah samseng terutamanya dari bangsa India, Mereka bekerja dalam kumpulan dan berani untuk melakukan jenayah ini walaupun di kawasan-kawasan sesak yg mana tiada siapa yang akan berani memberhentikan kereta untuk membantu anda.


Tujuan utama taktik ini kotor adalah untuk merompak anda atau bahkan mereka akan merogol jika anda pemandu wanita memandu berseorangan.
 

Happy Deepavali

 Kepada semua yang menyambut Hari Diwali, Dilaz ucapkan 

Happy Deepavali

Semoga gembira bersama keluarga dan jagalah diri anda di hari perayaan ini.


24/10/11

Pertama Kali

Apa yang pertama kali tu??? Sebenarnya pertama kali buat Dilaz uruskan jual beli kereta. Yang paling pressure ialah customer tersebut bos sendiri. Jadi takutlah ada yang kurang atau silap.Bos Dilaz beli MYVI 1.5 EXTREME. Boleh dikatakan separuh dari urusan jual beli nie Dilaz uruskan dan dibantu oleh My Love. Kalo tak de My Love susah juga nak uruskan jual beli nie. 

Apa-apapun Dilaz puas hati sebab semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan bos Dilaz dah dapat pun kereta beliau. Agaknya memang lumrah hidup bile kite dapat sesuatu yang baru tidak kiralah kite pernah ada sebelum ini, kite akan rasa teruja sangat bile terima barang tersebut.hehehe...

Lepas nie sesiapa nak beli kereta bolehlah cari Dilaz. Meh layan gambar kereta bos Dilaz tu.

MYVI 1.5 EXTREME memang cantik

Gelap tak cermin kete nie. Bos nak tinted gelap

Terangkan apa yang patut
dan akhir sekali
 My Love tampalkan road tax

Real Steel...The best

Salam semua.

Hampir seminggu Dilaz tak update Blog Dilaz Family ni dan tak sempat nak Berblogwalking. Nak online pun dah jarang sebab Dilaz busy sikitlah. Hari ini baru berkesempatan nak update Blog. Okeylah Dilaz mulakan dulu dengan cerita kami sekeluarga tengok "Real Steel". Sebenarnya kiteorang nak tengok cete nie hari Jumaat lepas sehari selepas Real Steel keluar kat wayang, tapi sedihnya wayang penuh yang tinggal seat depan je.

Jadi Dilaz cadang pada My Love tengok hari Sabtu selepas Dilaz balik kerja. Habis je Dilaz keje, kiteorang pergi Jusco Bandaraya beli tiket wayang kat GSC. Nasib baik cepat datang sebab masih banyak lagi seat yang kosong. Kiteorang pilih couple seat jadi QIstina bolehlah duduk kat tengah-tengah.
Cete Real Steel nie memang best sangat dari mula hingga akhir cerita. Dilaz suka semua aksi robot tersebut dan juga aksi Hugh Jackman (dalam cerita sebagai Charlie). Dakota Goyo (dalam cerita sebagai Max) anak kepada Charlie sungguh cute sangat. Dalam-dalam aksi nie ada lak bab yang buat Dilaz sebab masa Charlie nak pulang semula Max pada kakak isterinya.huhuhu...

Walau apapun, Real Steel ni memang best lah dan berbaloi tengok kat wayang dari beli CD. Siapa yang belum tengok, pergilah tengok. Best sangat.
 

19/10/11

Siapa terror cuba baca nie

 Cuba baca nie.....


Boleh baca tak? Boleh....pandainya

18/10/11

Keychain comel dari Greenpanda

Bulan lepas Dilaz ada masuk Giveaway anjuran Blog Greenpanda. Dah lama tak join dan aktif join CGL nie. Alhamdulillah rezeki ada walaupun menang hadiah saguhati.  Dilaz dapat hadiah nie semalam. Tengok-tengok kat peti surat ada surat. Buka je sampul dalamnya ada keychain yang comel dan ada kad yang comel. Dilaz suka sangat. Lama tak dapat hadiah nie.

Inilah keychain yang comel tu. Cantik kan. Terima kasih Nisa

Dhia Perfume..order dari Norulhuda

Alhamdulillah rezeki Dilaz bulan nie bertambah. Kali nie Dilaz dapat order Dhia Perfume paling banyak dari Norulhuda. Dia order 10 kotak. Dhia Perfume nie murah je. Sekotak RM 19.90 ada 5 set iaitu Women Set, Men Set, Couple Set, Ladies Set dan Gents Set. Setiap kotak ada 2 bau yang berbeza seberat 5 ml. Wangi tau, cubalah kalau berminat. Nak tengok dan tahu lebih detail boleh pergi Blogshop Dilaz

P/S : Terima kasih Norulhuda. Nanti orderlah lagi
 

17/10/11

Lepak-lepak di Kopitiam

Semalam selepas sehari duduk kat rumah, rasa bosan lak. Pas tu Dilaz ajak My Love jalan-jalan. Mula-mula ingat nak cari barang kat Mydin, malangnya barang yang dicari tak de pula. Pas jalan-jalan rasa nak release kan tension. Jadi kiteorang pun lepak kat Kopitiam (Jonker Walk).

Duduk-duduk sambil minum

Teh tarik...sedap juga

Pas tu makan dengan roti bakar....Lagilah sedap

Bersambung......
 

Berita Gembira itu ialah......

Mesti ramai yang nak tahu kan selepas Dilaz buat entri SIBUK SIKIT-Baca nie. Nak tahu tak apa berita gembira yang Dilaz nak bagitau tu. 
 
Sebenarnya Dilaz telah berjaya mendaftarkan perniagaan Dilaz di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Itu memang impian Dilaz dari dulu. Dengan berkat sokongan suami dan nasihat kawan, Dilaz pun daftarkan perniagaan ini. 
 
 

DILAZ COLLECTION ENTERPRISE nama diberi,
Disokong suami dan pilihan hatiku,
Masih baru dalam bisnes ini,
Semoga bisnes berkembang maju.

Dilaz daftar perniagaan sebab Dilaz nak juga ada perniagaan sendiri macam orang lain walaupun sekarang nie hanya kecil-kecilan dan buat kat rumah sahaja. Nama perniagaan Dilaz sekarang ialah

DILAZ COLLECTION ENTERPRISE (MA0163532-K)
http://dilazcollection.blogspot.com/

Dari sinilah impian Dilaz nanti akan menjadi kenyataan. Dilaz akan terus berusaha dan usaha sehingga matlamat Dilaz tercapai. Bak kata pepatah "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Dilaz harap kawan-kawan semua akan terus memberi sokongan kepada Dilaz. Jika ada nasihat dan teguran silalah berikan. Setiap manusia melakukan kesilapan walaupun sekecil kuman.

P/S : Sila-silalah jengah blogshop Dilaz. Diharap selepas ini perniagaan Dilaz akan berkembang maju dan impian Dilaz nak ada satu kedai sendiri tercapai suatu hari nanti. Amin

14/10/11

Sibuk sikit

Salam semua.

Dah lunch lum? Dah beberapa hari Dilaz tak update blog nie. Dilaz sibuk sikit. Esok Dilaz akan update cerita baru Dilaz. Ada berita gembira tau. Jumpa lagi.

 

11/10/11

Sampel dari Mentholatum

Syok yerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....

Apa yang seronok sangat tu? Dilaz seronok sebab dapat sampel je. Kalau dapat hamper lagi2 lah seronok. Lama Dilaz tunggu sampel nie. Ingat tak dapat akhirnya dapat juga. rezekilah namanya. Dilaz terima sampel nie semalam. Dilaz dapat sampel lip balm perisa strawberi. Habislah mulut pas nie dicium oleh sang semut sebab ada bau strawberi yang manis. Hehehe.... Cun kan awek dalam gambar nie. Bibir seksi tu.

P/S : Teringin nak menang hadiah hamper atau hadiah best2 macam Cute Mum. Mudah-mudahan ada rezeki satu hari nanti. Amin.
 

Second time My Love masak dinner

Hari nie Dilaz tak de entri nak buat tapi bile nampak gambar nie bolehlah dijadikan entri. Sebagai kenangan masa depan. Meh tengok chef nie masak


Bersepah dapur tak sempat nak kemas. My Love semalam masak Dinner untuk Dilaz dan Qistina. Ini kali kedua My Love masak. Kali pertama masak, My Love masak nasi goreng. Kali nie My Love masak sardin je. Simple kan sebab tu My Love boleh masak. Inilah hasil masakan My Love. Gambar ambil terus dari kuali.huhuhu....

 

10/10/11

Wajib pergi bile.......

Salam semua.

Hari nie Dilaz dapat cuti tau sebab bos dah bagi cuti. Baru ingat nak mohon cuti dah dapat cuti FREE lagilah suka. Tak yahlah potong gaji. Hari nie tak tahu nak tulis aper cuma nak kongsi lah apa yang Dilaz wajib pergi bile keluar jalan-jalan kat Shopping Mall. 

Dilaz nie bukanlah kaki shopping sangat tapi kalau pergi Jusco atau mana-mana shopping mesti nak pergi kedai buku dulu. Bukan nak beli buku pun. Kekadang tu saje je masuk tengok buku apa yang menarik. Jika berkenan barulah Dilaz beli.

Dilaz selalu masuk kedai buku Popular  


dan....

Kedai buku MPH. 


Selalu kalau nak beli buku, beli kad Popular sebab ada member card kecuali kat Popular tak de buku yang dicari. Itulah perkara yang wajib pergi bile Dilaz keluar jalan-jalan. Kawan-kawan macam mana pula? Selalu pergi mana?
 

9/10/11

BE baru bulan Oktober

Alhamdulillah rezeki dari ALLAH. Dilaz pada mulanya nak sedih sebab bile check NUFFNANG BE Dilaz dah jadi ME. Tapi Nuffnang tetap baik hati sebab dia bagi Dilaz lagi 2 BE. Syukur sangat.  BE baru Dilaz ialah Standard Chartered dan Nokia N9. Terima kasih Nuffnang.

P/S : Dilaz tak sabar nak merasa duit dari NUFFNANG nie.

8/10/11

Tikus dan RM 50

Salam semua.

Mesti semua tengah berehat-rehat bersama keluarga dan sambil2 tu online kan. Dilaz pun tak terkecuali juga. Hari nie macam banyak je kena buat. Tapi Dilaz akan settlekan satu persatu dengan tenang je.huhuhu. Okeylah berbalik pada tajuk entri.. Tikus dan RM....

Ini cerita yang Dilaz dapat dari rakan sekerja Anies. Nak dijadikan cerita Dilaz bagi Anies duit RM 50.


Pas tu Anies nak letak dalam Pencil case dia. Tapi Anie tak jadi letak duit RM 50 dalam pencil case tu sebab...................

Anies kata nanti tikus bawa lari duit dia




bunyi macam tak percaya kan. Tapi nie betul tau. Tikus kan suka dengan kertas. Pandai betul tikus tu. Nak ambil duit besar je, RM 1 tak nak amik pun


5/10/11

Qistina nak tayang baju baru

Dah besar makin melaram dan nak bergaya je. Pantang nampak baju cantik atau pergi Shopping mall mesti nak beli baju. Dilaz pun tak dapat beli, Qistina sibuk nak beli. Tapi sebab sayangkan anak, Dilaz pun belilah satu baju baru untuk Qistina. Yang tak tahan ragam Qistina nie, pas bayar sibuk nak terus pakai baju baru tu. Tak sempat nak basuh. Pas tu siap kata "Mama cepatlah ambil gambar tina". Dilaz kata "Kamera tak bawalah sayang..kat rumah erk".

Sampai je rumah tuntut nak ambil gambar. Pandai pulak tu posing


Gaya nie tak sangka Qistina boleh posing macam nie
 

Dah posing macam orang dewasa lak. Betul-betul macam nak jadi model. Kalau ada offer jadi model pakaian baik juga kan. Manalah tahu impian jadi kenyataan kan. Boleh jadi macam Adik Mia Sara tu..Mama yang berangan-angan.

4/10/11

Macam adik dan kakak

Rasa Dilaz dah pernah buat entri tentang Dilaz dan Qistina. Maksud Dilaz entri yang mengatakan kami nie macam adik-beradik. Ada yang kata Qistina klon Dilaz sebab muka sama sangat. Dilaz buat entri nie sebab saje nak simpan buat kenangan masa depan. Bolehlah nanti mengimbau kenangan silam bile dah tua nanti.huhuhu...

Hari tu Dilaz pergi kat Dataran Pahlawan teman MIL dan FIL beli barang. Masa tengah tunggu MIL dan FIL beli barang Dilaz layanlah kerenah Qistina. Pas tu ada seorang kakak tu tegur Dilaz. Dia kata " Anak buah ker?". Dilaz pandang My Love pas tu senyum kat kakak tu. Dilaz kata kat kakak tu " Ini anak sayalah kak. Yang tu suami saya". Kakak tu terkejut macam tak percaya.

Dilaz nie macam budak-budak ker sampai orang tak percaya dah kahwin dan anggap macam budak sekolah. Rasa muka dah banyak berkedut, tak macam baby pun. Hehehe...
Cuba tengok gambar nie. Apa komen?

Kalau pakai macam nie lawa tak?

Sebenarnya Dilaz teringin nak pakai tudung macam nie. Selalu pakai tudung bawal je. Bile tengok orang pakai shawl teringin nak pakai. Tapi yang lemahnya Dilaz tak pandai pakai dan bile nak pakai shawl tu mesti amik masa lama kan. Betul tak? Apa-apapun Dilaz akan cuba satu hari nanti.

Teringin nak pakai macam nie

dan macam nie

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails