BETAPA  mahalnya harga ketenangan jiwa. Banyak yang mengorbankan apa  saja  untuk mendapatkannya. Namun, ramai yang salah cara. Lihat saja  orang  sanggup menghabiskan berjam-jam tenggelam di tempat hiburan  meneguk  minuman keras.
Ada yang menghabiskan wang yang banyak bagi  mendapatkan pil penenang,  namun ketenangan yang dicari tidak kunjung  tiba. Banyak perkara yang  membuat seseorang berasa tertekan, kecewa dan  kacau.
Pada peringkat ini, mereka yang menderita kerap  melakukan  tindakan di luar akal fikiran manusia. Namun, Islam  memberikan ubat dan  penawar merawat ketenangan.
Berikut adalah langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa:
■ Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu  ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang  sahabat  utama Rasulullah. Dia mengeluh: "Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah  aku dan  berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku  penuh  dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut.  Makan  tak enak, tidur pun tidak nyenyak.
" Ibnu Mas’ud menjawab: "Kalau  penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga  tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau  engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke  majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga,  engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau  bertafakur  mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu  segera  dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia  berwuduk kemudian diambilnya  al-Quran dan dibacanya dengan penuh  khusyuk. Selesai membaca, dia  mendapati hatinya bertambah tenteram dan  jiwanya tenang, fikirannya  segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.
■ Menyayangi orang miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa.  Mengapa?
Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan  orang yang dermawan:
"Setiap  pagi hari dua malaikat senantiasa  mendampingi setiap orang. Salah  satunya mengucapkan doa: Ya Allah!  Berikanlah balasan kepada orang yang  berinfak. Dan malaikat yang kedua  pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah  kepada orang yang kikir itu  kebinasaan."
Daripada hadis berkenaan  dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan  itu akan memperoleh dua  balasan. Pertama, dia mendapat ganjaran atas  apa yang diberikannya  kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.
■ Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa  syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang  yang  keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan,   kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia  ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur  itu selain mendatangkan  ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.
■ Menjaga silaturahim
Manusia  adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik  dengan  manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh  diraih  tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah  diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim  sekalipun terhadap orang  yang melakukan permusuhan kepada kita.  Rasulullah bersabda bahawa  silaturahim dapat memanjang kan umur dan  mendatangkan rezeki.
Hubungan  yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan  menciptakan  ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu  juga akan  meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri  dan  sebagainya.
■ Banyak mengucapkan la hawla wa la quwwata illa billah
Sumber  ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh  itu,  hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik   dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan  Allah akan membuatkan jiwa seseorang  itu menjadi kuat, tidak mudah  goyah. Apabila kita lalai mengingati  Allah, maka ia membuka peluang  bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.
■ Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran  terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan.  Ketenangan jiwa akan  tercapai apabila kita tidak melanggar nilai  kebenaran.
Sebaliknya,  pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap  ketenangan  jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam  hidupnya,  mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.
■ Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.
■ Tidak meminta kepada orang lain
‘Tangan  di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah’ adalah  hadis  Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak  bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang  yang  berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam  menghadapi  kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.
■ Menjauhi hutang
Dalam  sebuah hadis, Rasulul lah dengan tegas mengatakan: "Janganlah  engkau  jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!" Sahabat  berta  nya: "Bagaimana boleh terjadi seperti itu! Sabdanya: Kerana  hutang."  Begitulah kenyataan nya. Orang yang berhutang akan senantiasa  dihantui  ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah  salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan  jiwa.  Rasulullah juga mengatakan: "Hendaklah kamu jauhi hutang kerana  hutang  itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di  siang  hari."
■ Selalu berfikir positif
Mengapa  seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana  dia selalu  dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali  kekurangan  diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif.
Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran? Renung-renungkanlah.
DIPETIK DARI: 
Tulisan Ustaz Zawawi Yusoh 
2 ulasan:
bagus info utk penenang jiwa. kita selalu kalau susah hati kita bersolat. duduk atas sejadah bila habis solat.
betul tue ch@.
solat jer dapat tenangkan jiwa
Catat Ulasan