Fuhhhhhh....tiup habuk sikit. Assalammualaikum semua. Lama rasanya tak update blog. Mood ke laut lagi pun tengah buat jadual baru. Siapa kata surirumah takde jadual kerja. Surirumah ada list to do gak tau. Kalau tak memang tak habislah kerja. Jadual Dilla sekarang agak sibuk dan padat sikit. Dilla kan WAHM (Work At Home Mama). Impian nak jadikan My Love WAHP (Work At Home Papa) lak. Semoga Allah permudahkan dan murahkan rezeki kami sekeluarga. Ada yang kata, kau ada ijazah duduk rumah. Sayang je. Bagi Dilla rezeki ada di mana-mana dan sangat luas. Rezeki datang dalam bermacam bentuk dan cara.
Alhamdulillah setakat ini rezeki kami sekeluarga sentiasa ada. Walau tak datang pada Dilla, ia datang kepada My Love dan juga anak-anak. Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Jika kita percaya dan yakin pada diri sendiri, pasti impian kita akan tercapai. Paling penting jangan lupa berdoa dan bertawakal kepada Allah. Berserah sepenuhnya kepada Allah selepas berusaha. InsyaAllah ada rezeki.
Jangalah cepat mengalah jika gagal sekali. Teruskan berjuang dan berusaha sehingga ke puncak kejayaan. Sesiapa yang ingin tambah pendapatan keluarga, boleh join DF Legasi. Sama-sama kita menuju ke puncak kejayaan dan bantu lebih ramai orang yang memerlukan
1 ulasan:
insya allah.. semoga dipermudahkan...
Catat Ulasan