Tadi cerita tentang baju raya anak-anak. Kali ni nak up entri baju untuk kami berdua. Tak delah banyak cuma sorang sehelai je. Murah je pun beli di Pakson Sale di MITC Melaka. Tak pelah kan janji ada gak untuk kami. Dilla tak nak tapi My Love beria nak belikan, jadi amik lah sehelai.
Yang ni baju kemeja lengan panjang untuk My Love. My Love kata dah macam Razin (dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan). Dilla blur blur jap. Rupanya kan dalam cerita tu dia pakai kemeje lengan panjang dan jeans. My Love ni tak bape suka seluar slack lebih kepada Jeans. Inilah dia baju kemeja tu
Kemeja My Love |
Dan yang ni blouse untuk Dilla
blouse Dilla |
haaaa itu jelah untuk kami berdua. Lain kali boleh beli lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan