PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

9/07/14

9/7/2014 vs 9/7/2002

Hari ini 9/7/2014..Hari anniversary couple a.k.a hubungan percintaan serius Dilla dan My Love yang ke-12. Kami berkenalan dari zaman Universiti dulu oleh teman baik My Love dan kami declare pada 9/7/2002 serta akhirnya kami disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 1/6/2007. 
 
Ramai yang kata orang pergi Universiti suruh belajar tapi dia bercinta lak. Dilla buat tak tahu je sebab kami di Universiti tak de lah sakan bercinta. Masa belajar kami akan fokus belajar, tapi bila time rehat, kami rehat secukupnya. Kami tak delah dating selalu macam yang lain, berjumpa bila nak makan bersama dan belajar bersama. Yang best yer ada yang kata kami ni adik-beradik. hehehehe
 
Pada mulanya Dilla memang tak suka My Love sebab My Love ni ramai peminat. Lama-lama dah kenal jadi suka dan jatuh cinta. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang perkenalan kami. Hanya kami dan Allah saje yang tahu. Dilla sayang sangat-sangat My Love. Dialah kawan, teman lelaki, suami, dan nyawa Dilla. Percaya tak Dilla boleh rasa sakit bila My Love sakit dan instinct Dilla pada My Love sangat kuat.
 
Semoga ikatan perkahwinan kami ini berkekalan hingga ke syurga dan keluarga kami sentiasa dilindungi Allah. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin


 
Gambar lama..tahun 2008
 

2 ulasan:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ berkata...

hapy aniversary dear

Kak FS berkata...

thanks Mrs K

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails