PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

13/11/14

Result Exam Qistina-6 Tahun

Alhamdulillah... lega rasanya. Dilla dan My Love paling berdebar nak tunggu setiap kali result exam Qistina. Padahal baru sekolah tadika kan. Bak kata My Love, bukan nak Qistina pandai, tapi nak Qistina faham dan menguasai pelajaran yang dia belajar di sekolah. Semalam Dilla pergi ambil report card Qistina dan Alhamdulillah banyak peningkatan pada diri Qistina. Cikgu Qistina pun puji, katanya Qistina rajin di sekolah dan selalu bantu rakan dan cikgu. Cuma dalam membaca Qistina perlu diberi perhatian lebih. Yang ni dia ikut Mama dia kot (Mama dia kurang suka membaca tak macam Papa Qistina).

Masa pertengahan tahun Qistina dapat no 7 dari 11 pelajar dan kini peperiksaan akhir tahun Qistina dapat no 3 dari 10 pelajar. Tersenyum Mama dan Papa Qistina. Qistina pun suka sebab dapat no 3. Papa Qistina tak nak puji lebih-lebih sebab takut Qistina malas belajar. Sabtu ni Qistina akan konvo. Tak sabar tengok persembahan Qistina dan kawan-kawan.

Inilah result exam Qistina. Dilla abadikan di sini sebagai kenangan. Nanti boleh tunjuk Qistina bila dia besar nanti.


Perbandingan keputusan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun


dan




Kedudukan no di antara pelajar

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Cuti sekolah ni Qistina perlu buat lebih latihan dan membaca sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan Darjah 1..Sekejap je masa berlalu


3 ulasan:

eima berkata...

wahh cerdik ... cuti sekolah polish2 sikit utk tahn depan .. tak la lupa abis cuti lama

nurfadilah suardi berkata...

eima Terima kasih. InsyaAllah akan cuba yang terbaik untuk anak

adianiez AIDA berkata...

next year qistina darjah 1 dah ye.
kalau result gitu cantik, ok dah tu, confirm cemerlang darjah 1 nanti in shaa Allah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails