PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

22/05/14

Jom menabung

Alhamdulillah, syukur

Terima kasih Ya Allah kerana beri Dilla masa dan kesempatan untuk update blog ini. Tak delah ia sunyi sepi tanpa entri baru. Ada yang menanti entri baru dari Dilla ke (bajet macam artis lak...perasan). Hari ini Dilla nak cerita tentang jom menabung.

Kenapa kita perlu menabung? Sebab untuk masa depan dan untuk kita merancang pergi bercuti bersama keluarga. Menabung ni perlu istiqamah dan jangan amalkan konsep hangat2 tahi ayam. Mulalah menabung dari wang syiling hingga ke wang kertas. Dilla sekarang syiling baru 50 sen dan 20 sen mesti masuk tabung. 50 sen yang lama pun Dilla masuk tabung. Duit kertas lak, RM 5 mesti masuk tabung cuma kekadang terbabas guna gak. Ada orang dia akan simpan duit RM 5 dan RM 20. Itu semua terpulang pada individu kan. LAin orang lain caranya. Tak pe yang penting dia nak menabung kan.

Tabung Dilla bentuk botol susu (untuk duit kertas) dan bentuk epal (untuk duit syiling), tabung My Love bentuk burger (just duit syiling), Qistina tabung gambar Princess dan Danish tabung peti pos. Masih ingat lagi dulu ada tabung rimau dan tabung bangunan tabung haji. Sekarang ada lagi ke tabung tu. Tabung kawan-kawan macam mana???

Jadi apa nak tunggu lagi, mulalah menabung dari sekarang. Tak de istilah terlambat dalam dunia ni. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.....Jom menabung.

 

Ini tabung Dilla dulu masa kecik. Sekarang dah jadi tabung Danish

 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails