Semalam result SPM keluar kan. Tahniah kepada yang dapat keputusan cemerlang. Yang keputusan kurang memberangsangkan jangan putus asa dan jangan fikir itu kegagalan selamanya. Masih panjang dan jauh perjalanan hidup anda. Gagal dalam pelajaran tidak semestinya gagal dalam kehidupan. Ada yang lebih berjaya dalam pekerjaan dan kehidupan mereka walaupun keputusan peperiksaan tidak baik. Pilihan di tangan anda. Buatlah keputusan yang terbaik. Jika hendak sambung belajar teruskan dan jika ingin bekerja, bekerjalah bersungguh-sungguh dan banggakan keluarga anda.
Dilla SPM Tahun 2000..Makna kata 14 tahun yang lalu. Result SPM taklah baik sangat tapi bersyukur sebab dapat sambung belajar di Matrikulasi Perakaunan dan di Universiti Utara Malaysia. Alhamdulillah. Dapat banyak ilmu dan juga kawan-kawan. Pengalaman juga banyak sebab banyak merantau ke negeri orang. Matrikulasi di Pekan, Pahang dan Universiti di Sintok, kedah. Tetiba teringat zaman persekolahan dulu. hihihihi.
Sebenarnya saje nak show off gambar ni
Ini gambar kenangan masa Tingkatan 5. Cuba teka Dilla yang mana satu?? Bajet comel rasa bile tengok gambar ni. Gambar ni member yang post kat Facebook. Saje ambil buat entri dan kenangan masa depan. Nanti leh tunjuk kat anak cucu. Dah tunjuk pada Qistina. Pandai dia pilih mana satu Mama dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan