Cerita dah basi...tapi nak cerita gak.huhuhuhu.
Sayang Iron Man... Itu kata-kata Qistina. Qistina ni pantang je bile sebut Iron Man, mesti dia akan suka. Suka sangat tengok cerita Iron Man, tengok barang yang ada gambar Iron Man lagilah. Fanatik kan. Mana tak yer, masa ari tu nampak maskot Iron Man siap nak kejar lagi. Last-last tak dapat kejar. Sebelum ni dia ada nak patung Iron Man dalam entri ni qistina vs iron man
Alhamdulillah berjaya pujuk Papa beli patung tu. Patung tu taklah mahal mana pun, cuma Papa dia malas nak beli sebab dah terlalu banyak sangat mainan kat rumah. Oleh kerana sayangkan anak dan disebabkan dia merajuk hari tu, Papa pun beli. Bukan main seronok lagi.
si anak dara yang terlalu fanatik dengan Iron Man
Dah dapat patung siap request nak jumpa Iron man yang orang katanya. Bile Mama kata jauh, dia kata jauh kat mana. Pastu Mama kata kena naik kapal terbang kalau nak jumpa Iron Man. Yang geli hati tu, Qistina tengok Vision Board Mama kata..."Mama gambar kapal terbang ni kita nak pergi jumpa Iron Man ke?" In sha Allah sayang, ada rezeki nanti kita jumpa Iron Man. Pastu dia kata "Mama jual Shaklee banyak-banyak tau". Bijak betul Qistina ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan