PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

16/07/12

Selesanya Hotel Bluewave Johor Bahru

Salam semua.
Alhamdulillah Dilaz dan My Love selamat pergi dan pulang dari Johor dan Singapura. Seronok gak tapi biasalah letih sikit. Nasib baik bos bagi cuti hari nie. Dapatlah relax jap dan buat entri nie. Seperti entri sebelum nie Dilaz tido di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru.
 

Hotel nie dekat ngan Singapore dan di tengah-tengah bandar Johor Bahru. Inilah keadaan bilik tido kami. Kiteorang duk kat hotel nie 3 hari 2 malam. Semua CEO dan Unit Manager yang tanggung. Untung kan.
 
 
Besar gak bilik nie. Selesa sangat. Ada rezeki nak bawa anak-anak pergi hotel nie.


Siap ada dapur dan microwave. Sesuai untuk sesiapa yang datang berkeluarga. Bilik-bilik kat hotel nie memang best dan selesa.
 

Dilaz rasa sangat bertuah bekerja dengan Agensi nie. Kalau kerja kat tempat lain susah nak rasa seronok dan tawaran-tawaran macam nie. Oleh itu, kenalah kerja kuat dan ambil seberapa banyak peluang yang ada. Paling penting, jangan cepat berputus asa dan sentiasa perlu bersabar.

3 ulasan:

Nizam Ijam berkata...

nanti nak pergi jugak la..hehe

Salina@IbuAqil berkata...

Bestnya yang..
Merasa p USS.. ;)

Hanani berkata...

bluewave memang best. Nani yang dok JB ni pun tak samapi2 lagi USS. Bilala nak pergi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails