PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

20/11/13

Macam comel je...macam cantik je

Salam semua

Rindunya pada Blog Dilaz Family. Lama tak bercerita dan meluahkan perasaan. Kenangan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Tak diabdikan dalam Blog. Sayang yer. Nanti tak dapat nak mengimbau kenangan manis. Kekadang ada blog nie bagus gak. Kenapa, sebab contoh jika kita perlu mengingatkan sesuatu boleh refer pada Blog. Betul tak? Tapi, kalau tak tulis kenangan macam mana nak ingat. Ingat dalam fikiran jelah

Oklah berbalik pada tajuk...macam jomel je...macam cantik je...Siapa yang comel, dan siapa yang cantik. Inilah buah hati Dila. Qistina. Bergaya seorang Inspektor polis. Comel kan. Tersenyum tengok wajah anak sendiri. Cita-cita saya seorang polis. Itu kata Qistina.


 

6/11/13

Buah hatiku

Salam semua

Lama rasanya tak cerita tentang anak-anak. Pejam celik, pejam celik Danish dah genap setahun. Membesar bagai juara. Si bulat Mama ni dan si Domok Papa. Danish sayang kakak Qistina. Suka buli kakak, kakak pun sama suka buli adik. 

Sekarang Dila dah duduk rumah jaga Danish dan status dah bertukar kepada WAHM (Working At Home Mother). Alhamdulillah. Selepas 2 bulan bertukar status ni Dila dah hampir dapat kembali gaji masa bekerja dulu. Itu semua di atas usaha dan kesungguhan serta kesabaran Dila buat bisnes Shaklee. Perjalanan masih jauh. Dila buat bisnes Shaklee nak bantu lebih ramai orang lebih sihat, bantu ramai orang selesaikan masalah kesihatan mereka, bantu lebih ramai orang tingkatkan ekonomi keluarga mereka dan bantu lebih ramai orang bahagiakan orang lain. InsyaAllah

Semoga lepas ini kehidupan kami sekeluarga lebih baik dan kami sentiasa bahagia selalu. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dan beri kami sekeluarga kesihatan yang baik. Amin

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails