PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

8/12/15

Rumah Idaman

Assalammualaikum semua

Apa khabar, sihat tak? Dilla Alhamdulillah sihat cuma mood berblog ni asyik ke laut la. Tak tahu kenapa. Nak amik mood punyalah payah. Log in blog pastu logout. Update takde. Emmmm. Entri rumah idaman ni dah lama berada di draft tak dipublish. Jadi hari ini edit sikit dan publish kan.

Tiga bulan lepas Dilla ajak My Love tengok rumah contoh kebetulan pemaju perumahan tersebut ada buat open day untuk tengok rumah contoh mereka. Inilah masanya kan sebab masa beli rumah yang kami duduk sekarang takde pun tengok rumah contoh main beli je. Alhamdulillah rezeki kami dipermudahkan urusan oleh Allah. Rumah kedua akan datang tu yang kami tengok rumah contoh. Rumah Idaman My Love ialah rumah semi-D dan Dilla jika diberi rezeki lebih mahu rumah banglo setingkat. InsyaAllah semoga Allah makbulkan impian kami sekeluarga memiliki rumah idaman lebih selesa dari sekarang. Amin.


My Love yang teruja tengok rumah Semi-D


Ini antara design dalam rumah tu

Rumah idaman

Cantik kan. My Love kata ada duit semua boleh. Upahlah pereka dalaman yang profesional pasti rumah lebih cantik. Jom kumpul duit dan lebih rajin berbisnes supaya impian tercapai. Jangan lupa berdoa dan memohon kepada Allah juga

3 ulasan:

Cik Puan Farhana berkata...

semoga menjadi kenyataan buat kau kak. aku doakan!

dilazfamily berkata...

Terima kasih adikku

The Putra Diverse berkata...

goodluck =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails