PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

11/07/14

Hitam hitam si tampok manis

Hitam itu menawan, betul tak? Dilla nak cerita tentang buah manggis ni. Buah manggiskan kulit dia hitam, tapi dalamnya pehhhh manis sedap. Kenapa Dilla cerita pasal manggis sebab minggu lepas adik bongsu Dilla yang kerja di Labuan Sabah balik kampung. Pada mulanya Dilla sekeluarga pun nak balik sama, tapi last minit tak jadi sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan. Nak dijadikan cerita, adik balik kampung jadi Abah pun pergilah petik buah-buahan tempatan kat sekitar rumah. Antaranya durian, rambutan, duku dan termasuklah buah manggis ni.

Adik hantar whatsapp gambar-gambar buah tersebut. Sedih sebab tak de rezeki nak join makan sama. Cuma berharap bila balik kampung nanti adalah rezeki untuk Dilla. My Love dan anak-anak tak makan buah-buah ni. Itu kekadang nak beli buah nak makan sorang-sorang tak syok sebab tak de geng. Sekarang tengah ajar Danish makan buah supaya nanti boleh buat kawan makan buah. Dilla memang suka makan. hehehehehe

 
Buah manggis di kampung halaman




2 ulasan:

syawalsimpsons berkata...

sedapnya..lama tak makan

nurfadilah suardi berkata...

syawalsimpsons nampak sedapkan.Tapi tak makan lagi pun. adik yg tunjuk gambar je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails