PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

25/07/14

Baju raya anak-anak

Salam Jumaat (Jumaat terakhir di bulan Ramadhan) dan Salam 27 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu dan tak lama lagi nak raya. Tahun ni Dilla sekeluarga lebih bersederhana. Dilla dan My Love tak de beli baju kurung dan baju Melayu. Hanya pakai yang ada. Cuma kami belikan untuk anak-anak. Yang lain banyak MIL belikan untuk cucu-cucunya. Alhamdulillah ada rezeki anak-anak. Lagi pun ada baju yang masih elok dan belum di pakai. Ini je lah baju raya anak-anak Dilla


baju gaun Qistina

dan

t-shirt dan seluar Qistina

Suka sangat pakai baju lelaki


yang ini Danish lak



 kemeja dan seluar jeans

Itu semua MIL yang belikan. My Love belikan anak-anak baju kurung dan baju Melayu. Baju kurung Qistina dan Baju melayu Danish, Dilla lupa nak snap lak. Tak pe nanti snap di hari raya je.hehehehe. Ini je lah baju raya anak-anak. Lebih bersederhana tahun ni. Cuma niat kami tahun ni nak beraya bersama keluarga dan jumpa sanak saudara. Paling tak sabar nak makan ketupat rendang. Tapi tahun ni tak dapat nak merasa rendang dan kuah kacang MIL..

 

2 ulasan:

Nad MamaZN berkata...

alhamdulillah
itu yg terbaik..
selamat hari raya dr kami
maaf zahir batin

nurfadilah suardi berkata...

Nad MamaZN Selamat Hari raya jua. Maaf zahir dan batin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails