Qistina sangat cemburu kalau ambil gambar adik dia sorang-sorang. Mesti akan kata.."Asyik gambar adik je, kakak tak de pun mmmmm". Wahai anakku, dulu hanya dikau seorang, tapi kini kamu sudah ada adik. Jadi kenalah Mama bahagi sama rata. Mestilah ambil gambar kamu berdua. Dua-duakan anak Mama.
Makin membesar mereka berdua. Sama cantik dan sama bijak. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi merekalah pelengkap keluarga Dilla dan My Love. Kami sangat bertuah dan bersyukur kerana dikurniakan sepasang anak yang sangat comel. Alhamdulillah.
p/s; Teringin nak mengandung lagi, tapi tunggu ekonomi keluarga stabil. Tapi kalau dah rezeki, kami terima. Anak pun rezeki gak kan.
2 ulasan:
hehe.. biasalah bila ada adik mesti kakak akan jeles kan ;)
Azura Aziz Betul tu..kakak sangatlah jeles ngan adik dia
Catat Ulasan