Salam semua
Dah makan tengahari lum? Dilaz makan pagi jer. Makan nasi lemak tu pun masih kenyang lagi. Pentingnya Bahasa Inggeris dalam zaman sekarang. Napa Dilaz sibuk tulis entri nie?? Sebab pagi tadi baru pas interview kat satu pejabat Guaman nie. Guaman nie lebih fokus kepada Convenyancing ( Jual beli rumah ).
Sebelum pergi interview lagi Dilaz dah tahu jawatan nie memang semuanya dalam Bahasa Inggeris. Tak banyak dalam Bahasa Melayu tak macam Legal Clerk semua dalam Bahasa Melayu ada sikitlah dalam bahasa Inggeris. Tapi yang sedihnya bile tengok tak de pengalaman dalam bidang tu susah majikan tersebut nak buat keputusan. Dia takut nak amik sebab takut Dilaz tak boleh lagi-lagi semua dalam Bahasa Inggeris.
Nape susah sangat majikan nak ambil pekerja yang tiada pengalaman dalam jawatan yang dipohon? Kalau tak diberi peluang macam mana nak ada pengalaman. Betul tak? Tak semua majikan sanggup mengambil pekerja yang tiada pengalaman. Jadi ramailah graduan yang menganggur. Dilaz tak tahu macam mana nak yakinkan majikan baru untuk ambil kite bekerja dengan dia.
1 ulasan:
skrg memng susah..kalu x tau bi,..pyh dpt kja..
tpim kalu x bg plung mcm mana nak tau kmapuan seorg 2 ...
Catat Ulasan