PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

9/06/14

Aktiviti Qistina di hujung minggu

Assalammualaikum. Alhamdulillah masih berpeluang untuk menulis di sini. Walaupun kekadang rasa macam chipsmore, kejap ada kejap tak de tulis.huhuhuhu. Okeylah Dilla sambung menaip. cerita ni berlaku pada hari Sabtu yang lalu yang mana Dilla namakan "aktiviti Qistina di hujung minggu". Biasanya hari Sabtu tak de buat apa-apa, just duduk rumah tengok tv. Tapi Sabtu lepas Qistina ada aktiviti yang paling dia suka iaitu mewarna. Nenek Qistina masukkan nama Qistina untuk peraduan mewarna ini anjuran Farhana Optemetrist.





 
Qistina tengah khusyuk tulis nama. Panggil pun tak sedar


Qistina memang suka mewarna. Bila tak de kerja sekolah mesti nak mewarna. Kekadang tu kerja sekolah yang tak perlu diwarnakan pun dia akan warna. Bila pergi kedai buku je mesti nak beli buku mewarna (tapi tak selalu lah). Pensel warna jangan cakaplah begitu banyak sampai bersepah-sepah dikerjakan oleh adiknya (Danish).
 
 


 
Yang ni hasil selepas mewarna. Muka tak nak senyum sebab dah colour 1 Malaysia salah.



 
Ini sesi penyampaian hadiah saguhati. Nak senyum malu-malu sebab ingat tak dapat hadiah.huhuhuhu



 
Ini hadiah saguhati yang ada dalam beg putih tersebut. Buku mewarna, pensel warna dan tali tape pengukur (yang ni tak tau apa motif diberi). 


Alhamdulillah walaupun mewarna tak cantik, masih dapat hadiah saguhati daripada pihak penganjur. Qistina bukan main suka. Mula-mula dia ingat tak dapat hadiah sebab dia tengar pengacara majlis kata hadiah untuk no 1, 2 dan 3 je. Bila tengok dapat hadiah tu terus senyum dan ajak balik rumah sebab tak sabar nak mewarna

1 ulasan:

syawalsimpsons berkata...

seronoknya qistina yee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails