PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

17/06/14

Dilla Jutawan 4 Power Root

Tajuk nak gempak...Dilla Jutawan 4 Power Root. Itu satu doakan. Sebenarnya Dilla ada join contest offline anjuran Power Root. Alhamdulillah....Semalam Dilla dapat panggilan telefon dari Power Root. Ini perbualan kami

PR : Hello. Boleh saya bercakap dengan Puan Nurfadilah Suardi
Dilla : Saya bercakap
PR : Saya wakil dari Power Root. Puan ada hantar peraduan Power Root kan?
Dilla : Ye saya. Betul tu
PR : Tahniah Puan. Puan pemenang harian Jutawan 4 Power Root. Jadi untuk pengesahan Puan perlu lakukan ini...bla bla bla.... (Teringat dulu masa Qistina menang Contest Dumex dapat wang tunai RM 400 dari RHB)
Dilla : Terima kasih. Baiklah saya akan lakukan secepat yang mungkin
PR : Sama-sama. Puan boleh dengar Sinar FM jam 6 petang untuk pengumuman pemenang

Selepas letak telefon tu sebenarnya masih tak percaya betul ke Dilla menang. Tapi gerak hati kata betul. Sekali malam rakan fb Dilla tag wish tahniah di wall Power Root. Jadi ini bukan mimpi tapi realiti. Ini buktinya



Ini kemenangan kedua buat Dilla untuk bulan ini. Yang pertama menang contest 100Plus (nanti Dilla buat entrinya). Alhamdulillah, Syukur pada Allah. Rezeki kami sekeluarga. My Love kata duit raya ni, leh shopping nanti. Kawan-kawan joinlah sebab contest ni lama sampai hujung tahun. Mana tahu ada rezeki kan. InshaaAllah


4 ulasan:

syawalsimpsons berkata...

tahniah dilla...rezeki tu

NAZLIANA SI CUTE berkata...

tahniah dilla

Kak FS berkata...

syawalsimpsons Terima kasih sue. Alhamdulillah

nor nazliana Terima kasih

wakgelas berkata...

tahniahnyerr makk., ahHKs

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails