Assalammualaikum
Dilla nak kongsikan cerita yang Dilla baca dalam Diari Muslimin 2012. Jemput baca dan renungkan. Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah bersama-sama kita, janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita lebih menyusahkan ibu.
KETIKA BERUSIA SETAHUN
Ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanya dengan menangis sepanjang malam.
APABILA BERUSIA 2 TAHUN
Ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN
Ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.
KETIKA BERUSIA 4 TAHUN
Ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
BERUSIA 5 TAHUN
Ibu membelikan sepasang baju baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek di atas lopak kotor.
SETELAH BERUSIA 6 TAHUN
Ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit " Tak nak! Tak nak!! "
APABILA BERUSIA 7 TAHUN
Ibu membelikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.
MENJELANG USIA 8 TAHUN
Ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
KETIKA BERUSIA 9 TAHUN
Ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.
BERUSIA 10 TAHUN
Ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
APABILA BERUSIA 12 TAHUN
Ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.
MENJELANG USIA 13 TAHUN
Ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai dengan peredaran zaman.
KETIKA BERUSIA 14 TAHUN
Ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar yuran persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun.
KETIKA BERUSIA 15 TAHUN
Ibu pulang kerja dan rindukan pelukan serta ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan menguncikan pintu bilik.
MENJELANG USIA 18 TAHUN
Ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan.
KETIKA BERUSIA 19 TAHUN
Ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan kepada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan.
BERUSIA 20 TAHUN
Ibu bertanya samada kita ada teman istimewa, kita kata "Itu bukan urusan ibu".
SETELAH BERUSIA 21 TAHUN
Ibu cuba memberi pandangan mengenai kerjaya, kita kata "Saya tak mahu jadi macam ibu".
APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN
Ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, dibelakang ibu kita katakan pada kawan "Perabot tu tak cantiklah, tak berkenan aku"
MENJELANG USIA 24 TAHUN
Ibu bertemu dengan bakal menantu dan bertanya tentang rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut "Ibu, tolonglahhhh"
KETIKA BERUSIA 25 TAHUN
Ibu bersusah payah sekali lagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan pindah jauh dari rumah ibu.
PADA USIA 30 TAHUN
Ibu menelefon memberi nasihat dan petua penjagaan bayi, kita dengan megah menjawab "Itu dulu, sekarang zaman dah moden"
KETIKA BERUSIA 40 TAHUN
Ibu telefon lagi mengingatkan kenduri di kampung, kita berkata "Kami sibuk, tak ada masa nak datang"
APABILA BERUSIA 50 TAHUN
Ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukkan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak
DAN KEMUDIAN SUATU HARI
Kita mendapat berita ibu meninggal dunia. Khabar itu bagaikan petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

JIKA KITA MASIH ADA IBU, SAYANGILAH IBU KITA....
JIKA IBU TELAH MENINGGAL DUNIA, INGATLAH KASIH SAYANGNYA
SAYANGILAH IBU ANDA KERANA KITA HANYA ADA 1 IBU
SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu di dunia ini.
Semoga menjadi ibu yang terbaik di dunia dan akhirat. In shaa Allah
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan