Cete pasal makan lagi.....
Hari Jumaat lepas, Family MY LOVE ajak keluar JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM). Kali ni JJCM kiteorang kat kedai ikan bakar. Kiteorang terjah IKAN BAKAR kat JETI. Kat MELAKA nie kedai ikan bakar banyak sampai tak tahu mana nak pergi bagi orang yang bukan MELAKA lah. Bagi kiteorang satu family, kiteorang selalu makan kat sini.
Dari kiri PAK USU QIS & ATUK QIS
Makan malam nie telah di sponsor oleh DATUK QIS aka FIL saya. Open table gak lah masa tu. Cuba bayangkan.....Menu masa tu ialah
2 Ekor ikan siakap masak sweet sour,
2 pinggan kangkung goreng belacan,
2 pinggan udang goreng tepung,
1 pinggan sotong masak sambal
1 jug air oren juice,
1 jug air apple juice dan
1 jug ais kosong.
Kat atas tu, antara menu yang sempat saya ambil sebab dah lapar tengok ikan tue.
Memang meriah bile kiteorang pergi makan kat kedai ikan bakar. Selalu lagi banyak, ini kira sikit jer. Kat MELAKA nie, bile makan kat kedai ikan bakar mesti makan ngan nasi lemak. Tapi nak makan ngan nasi putih pun boleh. Tak de sape nak marahlah. Tapi lagi sedap makan ngan nasi lemak. Nak tahu tak...malam tu, saya leh makan 3 bungkus nasi lemak. Pas tu kenalah habiskan 1 pinggan udang goreng tepung. Fuhhhh...pas tu kenyang giler, sampai malam tak boleh nak tido sebab dah terlalu kenyang sangat. Apa-apa pun memang seronok bile makan ngan family kan.
Nak cari hadiah, KLIK SINI
2 ulasan:
kecur liur la dila. dah makan pun terasa lapar lagi, isk-isk-isk.
memang sedap tau ch@. ch@ datang melaka dila belanja, nak tak?
Catat Ulasan