PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

30/01/11

JALAN-JALAN CUCI MATA

Salam semua.

Cuaca kat tempat awak semua cam mana? Kat sini (MELAKA), hujan. Dah 2 hari berturut-turut hujan tak berhenti2. Takut ada tempat yang akan banjir lak. Sian kepada mereka kan. Ini semua kuasa ALLAH dan dugaan yang diberikan pasti ada hikmah disebaliknya. Kite hanya perlu sabar dan tabah menghadapinya. 
Sebenarnya nak cete pasal jalan2 cuci mata saya, MY LOVE dan QISTINA. masa kejadian adalah hari Khamis lepas. Masa tu, MY LOVE cal suruh ambil dia tempat keje. Dia kata nak pergi bank jap hantar dokumen. Pas tu nak habiskan masa sebelum dia masuk keje semula kul 2 petang, kiteorang pun jalan-jalan cuci mata kat DATARAN PAHLAWAN. Sajer jer sebab dah lama tak jalan2 satu family.
Tempat selalu kiteorang lepak bile pergi DATARAN PAHLAWAN ialah kat kolam ikan nie.

 Banyak ikan kat sini. Besar2 lak tu, rasa nak amik sikit bawa lik jer. Nak beli mahal


 QISTINA suka tengok ikan. Inilah tempat favorite dia. Mesti kena pergi kat sini bile datang DATARAN


 Kami sekeluarga. QISTINA suruh ambil gambar pas tu, dia tak nak pandang depan lak. Geram tengok dia.


MY LOVE lak, anak tengok ikan, dia sibuk main SMS. Tengah SMS siapa tu?

Itulah jalan2 cuci mata kami sekeluarga. Kiteorang memang suka jalan2 jer. Jarang beli barang sebab berjimat sikit. Beli barang hanya barang2 keperluan sahaja. Kena berjimat sikit sebab belum stabil lagi.
















2 ulasan:

kakngah berkata...

ala.. nape qistina tak pandang kamera..

dilazfamily berkata...

dia memang macam tu. susah nak ambil gambar bile dah besar ni. control cun lah tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails