PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

19/11/16

Keputusan peperiksaan Qistina-Tahun 2

Keputusan akhir tahun untuk Tahun 2 dah dapat. Alhamdulillah walaupun Qistina tak dapat no 1, Mama tetap bangga dengan Qistina. Qistina dapat no 13 dari 42 orang pelajar dengan keputusan 5A 1B. B tu Matematik. 


Keputusan peperiksaan Tahun 2


Markah paling tinggi ialah Bahasa Inggeris Penulisan 98%. Qistina seronok dan tak percaya leh dapat markah tinggi tu. Salah satu je sebab tulis huruf tak betul. Sepatutnya R tapi Qistina tulis S. Bahasa Melayu penulisan turun markah berbanding keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Matematik A turun ke B. Bahasa Melayu pemahaman naik B ke A. Macam tulah keputusan peperiksaan Qistina.

Qistina ni liat sikit nak buat ulangkaji dan latihan kat rumah. Papa dia kata Qistina ni jenis fokus masa belajar. Kalau Qistina rajin belajar dan ulangkaji mesti keputusan lebih baik. Tapi takpe lah janji Qistina faham apa yang dia belajar dan tahu membaca dan mengira.

4 ulasan:

eima berkata...

tahniah qistina .... tahun depan buat lagi yg terbaik ....

bulan 12 ni dah boleh revision sikit2 dan subjek tahun dpn supaya anak senang catch up

Cik Puan Farhana berkata...

TAHNIAH SAYANG..

jadi anak yang solehah yer, rindu qistina. nanti balik mak uda peluk cium eh.

dilazfamily berkata...

Terima kasih aunty eima

dilazfamily berkata...

Terima kasih mak uda. Tina pun rindu mak uda

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails