PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

24/09/14

Riang ria mereka berdua

Assalammualaikum semua

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah Dilla sekeluarga sihat. Semoga kawan-kawan semua juga sihat. Dilla nak share cerita tentang anak-anak Dilla ni...Qistina dan Danish. Riang ria mereka berdua. Cerita ni lama dah masa cuti Hari Malaysia tapi Dilla baru nak up entri. Selepas sarapan pagi, My Love ajak pergi Bukit St Paul. Saje je jalan-jalan. Pergi pagi-pagi best sebab sejuk dan orang tak ramai lagi. Meh tengok aksi mereka 


Danish seronok naik tangga. Berjaya naik sendiri sampai ke atas


 
Aksi candid mereka


 
Kakak yang sayang adik


Lepas dah pergi Bukit St Paul kami pergi ke taman permainan. Nak bagi mereka berdua main kat taman. Lama dah tak bawa pergi taman, jadi hari tu tunaikan permintaan Qistina. Seronoklah mereka bila tahu nak pergi taman


 
Main buaian tak pandang kiri kanan. Danish marah bila dipegang


 
Tengok tu Danish macam dah besar sangat je. Kakak je nak pandang kamera, adik buat tak tahu 

Seronok kan tengok mereka bermain. Teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Tapi dulu kecik Dilla jarang main kat taman permainan. huhuhuhu. Masa nak ajak balik Danish meraung-raung tak nak balik sebab nak main lagi. Bukan apa masa tu dah mula panas dan orang dah mula ramai sampai main berebut-rebut. Tak pe lain kali ajak Papa pergi taman lagi ye.
 

2 ulasan:

AMIIZAA berkata...

dah dapat prg taman memang tak mou balik ...best mereka bermain:)

nurfadilah suardi berkata...

haah betul tu. Budak2 kan main mana yer nak kejap. Tak kenal erti penat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails