PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

20/03/14

Terkejut!!!!

Apa yang Dilla terkejut tu??? Nak tahu kelmarin abang posmen hantar surat. Sekali tengok surat dari LHDN. Terkejut sebentar. Apa lagi cepat buka surat tu untuk lihat apa yang LHDN nak. Surat tu mengatakan "Pemberitahuan Pendaftaran Nombor Cukai Pendapatan". Pelik sungguh. Yelah Dilla tak bekerja tapi dapat surat dari LHDN. Pendapatan sebelum ni masa bekerja dulu pun rasanya belum patut kena cukai sebab gaji ciput. Tak tahulah macam mana dia leh bagi no cukai tu.

Untuk kepastian Dilla pun call LHDN tanya kenapa dapat surat ni. Rupanya LHDN dapat penyata pendapatan dari company Dilla dulu Tahun 2012. Tahun 2012 baru kini dapat surat. Emmmm. Pastu cakaplah kat LHDN yang Dilla ni dah lama tak bekerja dan sekarang surirumah sepenuh masa. LHDN suruh gak isi e-filing untuk mengatakan tak bekerja dan tiada menerima apa-apa pendapatan. Dah kena isi lak. Harap dipermudahkan dan tiada lagi kesilapan yang berlaku.

3 ulasan:

eima berkata...

nampak sgt kerajaan tak de duit kan .. nk kutip cukai je

nurfadilah suardi berkata...

eima tula pasal.Pelik sungguh

Azura Aziz berkata...

hmmmm, harap2 perkara mcm ni xberlaku lg kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails