PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

24/04/12

Churp Churp...I Love You

Alhamdulillah semalam cash out Earning Nuffnang dan hari nie Cash Out Earning Churp Churp gak. Memang seronok dengan Cash Out nie.  Tak banyak pun cuma RM 101.01 (RM 1.00 charge). Walaupun tak banyak rezeki gak kan. Yang penting kena rajin dan selalulah share iklan churp churp tu.


 
Sesiapa yang belum register CHURP CHURP lagi, bolehlah register DI SINI.
 Jom sama-sama kite rasa duit bile ber CHURP CHURP

23/04/12

Cash out Earning Nuffnang

Salam semua

Sebelum nie Dilaz baru cerita tentang dapat BE baru dan tak sangka akhirnya Dilaz dapat juga cash out Earning Nuffnang. Walaupun nilainya tak banyak, tapi inilah sumber inspirasi Dilaz untuk terus berblog. Dilaz harap selepas nie akan sentiasa dimurahkan rezeki kami sekeluarga.

Inilah dia Earning Nuffnang...hanya RM 51.16


  Selepas dah cash out, jadilah RM 0.00 semula. 


 Harap dengan ada 2 BE yang masih tinggal dapat menaikkan Earning Dilaz. Dikesempatan ini Dilaz nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang rajin datang bolg Dilaz Family nie.

22/04/12

Teringin nak minum

Masa mengandung nie nafsu teringin timbul yang bukan-bukan. Tapi bukanlah benda yang pelik2 tau, just cuma nak makan benda yang patut dielakkan makan je. Contohnya air nie......


Teringin sangat nak minum air nie. Cam ne nak buat erk??
 

21/04/12

Renung...renungkan...

 Dalam kehidupan....

DUIT adalah PERTAMA....

Tapi.....


DUIT bukan yang UTAMA......
 

20/04/12

Rezeki Tahun 2012

Salam semua.

Alhamdulillah rezeki hari Jumaat. Tadi Dilaz buka akaun Nuffnang dan check lah Earning. Sekali nampak ada Buffered Earning (BE) yang baru. Dilaz suka sangat, walaupun tiada rezeki yang banyak macam orang lain, Dilaz bersyukur ada rezeki di sini. Mungkin rezeki Dilaz lambat tak seperti orang lain, tapi Dilaz tetap akan bersabar. Dilaz tahu ALLAH MAHA PENYAYANG dan MAHA ADIL. Setiap manusia ada rezeki masing-masing.

Apa-apapun Dilaz sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan selalu berpegang "ALLAH tidak akan menguji makhluknya dengan ujian yang tidak dapat ditanggung oleh makhluknya sendiri. Yang penting hanya perlu bersabar dan berusaha untuk mengubah nasib mereka". Dilaz sentiasa berdoa agar suatu hari nanti, keluarga Dilaz akan hidup selesa macam orang lain.
 

19/04/12

Jom jamu selera

Nasi ayam yang sedap

 
Tengoklah ayam yang sungguh banyak


Sedap tau...Jom makan dan menjamu selera
 

18/04/12

Minumlah anakku

Pagi tadi cerita tentang gula-gula. Petang nie nak cerita tentang susu lak. Oleh kerana sekarang dah pregnant mestilah minum susu. Ni pun untuk baby dalam kandungan juga. Baby sihat Mama pun senang.Kali nie Dilaz pilih susu dari brand Dumex "Mamil Mama". Sebelum nie Dilaz minum susu Enfa Mama. Kali nie saje nak alih selera.

 
Sedap gak susu ni. Cuma Dilaz malas sikitlah nak bancuh susu nak minum. Memang tak berapa gemar minum susu tepung sebab leceh nak kena bancuh. Lagi senang minum susu segar yang dah siap. Just tuang dalam cawan, pas tu minum. Hehehehehe.

P/S: Kawan-kawan yang pregnant minum susu apa?
 

Lama tak nampak

Salam semua.

Apa khabar hari nie? Hari nie Dilaz sihat je dan nak mula kerja semula sebab semalam terpaksa ambil cuti emergency Qistina demam. Qistina nie kalau demam mesti nak manja, dapat jaga sehari baiklah demam dia. Anak manjalah katanya. Okey berbalik pada tajuk.."Lama tak nampak".

Apa yang lama tak nampak tu? Sebenarnya gula-gula susu nie yang jarang jumpa sekarang nie.


Gula-gula nie Dilaz jumpa masa kat Kuala Lumpur. Tak sangka kat KL masih ada lagi gula-gula ni. Memang dah jarang jumpa gula-gula nie kecuali kalau pergi kat kedai borong makanan ringan. Mesti ada, pastu rasanya sekarang tak sesedap masa dulu. Betul tak?
 

17/04/12

Aaron Aziz menang Anugerah Bintang Paling Popular 2011

Memang dah agak dah Aaron Aziz akan menang Anugerah Bintang Paling Popular 2011. Ini semua gara-gara Filem Ombak Rindu dan Drama Nora Elena yang popular dan hangat diperkatakan. Apa-apa pun harap belum terlambat nak ucapkan Tahniah pada Aaron Aziz dan juga kepada artis-artis yang lain yang telah memenangi Anugerah.

  Gambar nie diambil dari FB Aaron Aziz
 

Besday Girl...Nur Qistina

Hari nie 17 APRIL ialah besday Qistina yang ke-4. Dah semakin besar anak Mama nie. Mama harap Qistina akan membesar dengan sihat dan cerdik serta akan menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam kehidupan kelak. Semoga Qistina sentiasa dimurahkan rezeki ALLAH dan panjang umur. AMIN.

"SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU"
 
 

16/04/12

Makan selepas meeting group

Tak de mood nak karang cerita. Layan jelah gambar nie

 
 
Desert sedap


15/04/12

Kudapan hujung minggu

Bile tengah mengandung nie, macam-macam nafsu makan ada kan. Tengok tu nak, tengok nie nak..semuanya sedaplah. Tapi makan sebenarnya nak rasa je dan sikit. Dia punya nafsu je lebih. Hari tu Dilaz pergi pasaraya nak beli barang dapur sikit, nampak strawberi terus beli. Jalan-jalan pilih barang nampak lak Coklat Nutella ada offer. Jadi Dilaz pun beli sekali.

Hari nie baru nak makan strawberi cicah dengan coklat nie. Sedap sangat rasanya. Patut lah Datuk Siti Nurhaliza suka.

 

9/04/12

Buffered Earning ke -4

Salam semua .

Alhamdulillah .Rezeki Dilaz tahun 2012 nie ada dalam iklan Nuffnang. Walaupun income Dilaz sikit je (berpatutanlah dengan blog ni) , Dilaz tetap bersyukur kepada ALLAH kerana beri Dilaz rezeki ini. Dilaz pun nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Nuffnang sebab bagi Dilaz iklan Magnum nie di Blog yang serba kekurangan ni.
 

Inilah dia Buffered Earning ke-4 Blog Dilazfamily.

Dilaz berharap dengan BE yang masih ada nie dapatlah Dilaz cash out pertama duit Nuffnang nanti. Amin. Semoga rezeki Dilaz tahun nie bertambah dan selalu dimurahkan rezeki ALLAH.
 

8/04/12

Layan Anugerah Bintang Popular

Selamat malam semua.

Jap lagi Dilaz nak layan Anugerah Bintang Popular di TV3. Tapi sebelum tu nak iron baju keje dulu. Siapa agaknya yang menang Anugerah Bintang Paling Popular erk?
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails