PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

21/11/12

Dugaan..Dugaan..Sabar erk

Macam-macam dugaan bile nak Breastfeed (bf) anak secara ekslusif. Dengan kata-kata sindiran orang yang tak memahami, cara kerja yang sibuk tak menentu ni dan macam-macam dugaan lagi la. Dulu masa Qistina tak fikir nie semua sebab Qistina minum susu formula. Apa tak nya oleh kerana kurang yer ilmu tentang bf ni dan rasa lagi senang pakai susu formula tu sebab dapat bf Qistina hanya seminggu je. Yang pening kat sini cuma susu formula apa yang terbaik untuk dia. Padahal susu ibu lagi baik kan.

Sekarang Dilaz memang niat nak bf baby baru ni (Danish) secara ekslusif. Kalau boleh sampai umur Danish 2 tahun. Biar dia dapat khasiat susu ibu nie. Terkilan sebab tak dapat bf Qistina. Alhamdulillah sekarang Danish dah sebulan bf. Memang kena banyak sabar dan tak boleh stress sangat.

Dilaz ada rasa stress sikit sebab pump sebelum ni rosak. Pump tu best walaupun murah. My Love ada belikan pump baru yang sama harga dengan pump sebelum nie. My Love kata nie je dia mampu buat masa nie. Tak pelah ada rezeki boleh beli yang elok sikit. Oleh kerana ada rasa stress masa mengepam, dari dulu boleh dapat 4oz dah turun ke 2oz. Salah Dilaz kan.... 


Impian nak beli Medela Swing ataupun Avent Manual. Harap dapatlah termakbul impian ni. Dilaz akan pastikan impian ni tercapai dengan cepat. Semuanya untuk Danish. Biar dia dapat betul-betul khasiat susu ibu nie. Doakan saya ye kawan-kawan. Amin.
  

1 ulasan:

ch@ berkata...

InsyaAllah boleh. Sy dh give up. Bdn letih tak terkata. Penat bila beranak rapat2 ni. Tapi masih ada rezeki utk rizqi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails