PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

4/08/14

Seronok balik kampung

Salam 8 Syawal

Sekejap je masa berlalu dah seminggu kita berhari raya kan. Bila buka news feed kat fb ramai yang upload gambar di hari raya bersama keluarga. Dilla lum upload lagi sebab gambar dalam kamera lum sempat transfer masuk dalam komputer. Kalau ambil gambar pakai handphone senang sikit terus upload je. Tapi tak pe ada juga gambar kenangan kami sekeluarga di hari raya 2014 ni. Dilla nak cerita tentang Qistina dan Danish yang seronok balik kampung. Lagi-lagi Danish.

Apa yang seronoknya...Pertama; Qistina dan Danish dapat jumpa sepupu-sepupu mereka. Kedua; ada kawan bermain. Yelah selalu main berdua je, ni ramai sikit lebih seronok. Ketiga; mereka bebas. Danish lah paling bebas boleh keluar rumah main depan rumah sepuas hatinya. Kalau kat rumah, Mama selalu marah keluar dari pintu rumah. Tapi kat kampung, Mama tak marah pun. Kat kampung luas sikit untuk mereka berdua bermain. Almaklumlah duduk kat taman ni kan ruang kecik sikit jadi terhad. Dengan bermacam-macam kes sekarang lagilah membimbangkan. Jadi bila balik kampung, Dilla bagi mereka main sepuas-puasnya.

Kami balik kampung hari Sabtu petang dan balik semula ke Melaka Selasa pagi. Memang seronok Qistina dan Danish sebab lama sikit kat kampung. Tidur malam pun dah lewat sebab nak main je. Bangun pagi lak tu. Yang kelakar tu hari ketiga dah mula slow sebab dah terlalu penat. Itulah ragam anak-anak. Tok Abah mereka seronok tengok cucu-cucu ada disisi. Memang meriah. Tahun depan Amyrul lak masuk team. hehehehehe


Qistina, Nabiha, Danish & Farhan
 
SELAMAT HARI RAYA 
 

2 ulasan:

Aty_Fared berkata...

selamat hari raya.. :)

syawalsimpsons berkata...

selamat hari raya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails