PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

16/10/12

39 Minggu

Salam semua.

Lama dah Dilaz tak update Blog kan. Dah 2 minggu lebih. Dilaz sebenarnya kalau boleh hari-hari nak update Blog. Lagi2 sekarang dah start amik cuti bersalin. Tapi apakan daya, bukan masa tak de..tapi line internet yang susah sikit. Broadband Dilaz dah tutup sebab malas nak bayar bil banyak2. Dilaz guna line handphone je sekarang. Okeylah berbalik semula ke tajuk entri. Diam tak diam sekarang Dilaz dah 39 minggu. Seminggu lagi nak due date. Perut semakin membesar sampai bile dah duduk nak bangun punyalah susah. Hehehehehe

Semalam Dilaz pergi check up. Berat badan tak naik, tapi tekanan darah pula turun. Mungkin sebab banyak nah fikir bile baby nak keluar kot. Dilaz sebenarnya tak sabar nak tunggu babby keluar. Teruja bile baca Blog kawan2 yang dah selamat bersalin dan dapat baby baru. Baby Dilaz lak selesa sangat kot dalam perut ni. Lagi nak bersalin, lagi banyak makan. Mana tak gemuk. Pantang nanti kena pantang betul2 kalau tak, susahlah nak turun berat badan nie. Hahahahahaha. Berdoa sangat baby keluar minggu ni.

Dikesempatan ini Dilaz nak mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua kawan2 sekiranya ada salah dan silap serta terkasar bahasa yang telah Dilaz lakukan.Doakan Dilaz dan baby sihat selalu dan Dilaz selamat bersalin nanti.AMIN.

Tahniah kepada Cute Mum, Cha, Cik Jue, Anies dan kawan2 Blog yang telah selamat bersalin. Selamat berpantang erk. Jaga diri baik2.

2 ulasan:

Cute Mum berkata...

semoga selamat bersalin yer..
Penantian memanf menyeksakan..
Uyun kena tgu smpai 41 minggu baru dpt tgk muka Sara...

lurun namzar berkata...

semoga semuanya selamat. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails