PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Family Day. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family Day. Papar semua catatan

5/08/11

Dinner Family Day Eon

Dilaz nak sambung cete family day Eon hari tu. Meh baca nie dulu. Dinner nie bertema formal tapi santai. Maksudnya berpakaian sopan dan bebas. Kebanyakan lelaki masa tu berpakaian kemeja semi formal dan ada yang pakai t-shirt berkolar. Perempuan pula memakai blaus dan ada juga pakai dress. My Love hanya pakai t-shirt berkolar dan Dilaz pakai blaus dengan suar jeans je.


Acara malam dinner dimulakan dengan penyampaian hadiah dan award kepada staf2 yang terlibat. My Love tak dapat sebab award tu untuk pencapaian tahun 2010. InsyaALLAH jika ada rezeki tahun depan dapat award lak. Siapa sangkakan itu semua ketentuan Allah. Selepas penyampaian hadiah adalah acara makan. Apa lagi makan sampai kenyanglah.Makanan malam tu memang sedap2 sampai tak cukup. Tak tahu macam mana pihak AJK Family Day uruskan. Nasib baik Dilaz cepat amik makan masa tu. Kesian pada yang tak dapat makan.


Bile dah kenyang makan, ada acara suka-suka untuk pasangan suami isteri. Macam2 acara yang mencuit hati. Dilaz dan My Love pun tak terkecuali. Kiteorang masuk acara dukung pasangan. Memang rasa nak tergelak masa tu. Tak sangka My Love boleh dukung Dilaz dan kiteorang jadi juara tau daripada 3 pasangan yang terlibat. Ini membuktikan susah senang kite bersama.


Dan paling seronok malam tu, My Love bertuah sebab dapat lucky draw hadiah utama malam tu...Bukan menang peti ais atau TV 42", tapi hanyalah hamper paling besar dan mahal je. Tapi tak pelah kan rezeki juga daripada pulang dari Family Day dengan tangan kosong je. Betul tak? Apa2 pun memang seronok sangat. Habis je dinner, kiteorang balik bilik, tidur je. Memang letih sangat hari tu.

Ini gambar penyeri entri je...gambar semua dalam HP My Love belum transfer lagi
 
Mama dan Qistina. Macam adik ngan kakak lak...hehehe

2/08/11

Family Day Eon-Part II

Dilaz sambung entri tadi. Kul 4.45 petang kiteorang turun tepi pantai tunggu semua berkumpul untuk aktiviti yang telah dirancang. Sebelum mula aktiviti, apa lagi posinglah kan.

 Apa yang My Love tengok tu pun tak tahu...Qistina pulak marah sebab tak dapat turun lagi


Tunggu diaorang kumpul lambat sangat, Qistina main air dulu bersama kawan2..seronoknya


Bile dah semua berkumpul, aktiviti pun dimulakan. Tak banyak sangat aktiviti tapi seronok jugalah. Qistina main game selipar oh selipar. Game nie untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke 6 tahun. Qistina paling kecik sebab berumur 3 tahun. Saje je suka2 suruh tengok Qistina masuk. Cepat faham juga Qistina bile Papa dia beri arahan dan buat dengan cemerlang. Tapi tak menang pun. Qistina last sekali. Yang penting Qistina boleh lakukan dengan baik. Bijak2. 
Cara permainan cari sepasang selipar di atas pasir, pakai dan  terus lari kegarisan penamat. Senang je.

Qistina dan Papa tengah tunggu wisel pengadil


Lepas game selipar oh selipar, Qistina main game Gula2 dalam pasir. Cara permainan, kutip gula2 seberapa banyak dan tunggu wisel, lari ke garisan penamat. Yang nie Qistina memang pandai. Qistina dapat no 2. Orang suka makan jajan kan sebab tu pandai bab2 nie.hehehe. Aktiviti petang tu banyak untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas dan dewasa. Dilaz dan My Love nak main game untuk pasangan tapi Qistina tak bagi pulak. Nak suh layan dia je. tengoklah nie


Qistina main pasir

Lepas dah habis semua aktiviti, balik bilik hotel sebab malam ada Dinner. Yang nie paling best sebab dapat makan. Ada lagi cete best tau...tunggu sambungan family day ini
 

Family Day Eon-Part I

 Salam semua.

Selamat berpuasa. Jangan ponteng-ponteng puasa tau kecuali yang uzur atau bersebab. Kawan2 ingat lagi tak bulan lepas Dilaz ada kata nak pergi Family Day kat Port Dickson. Kalau tak ingat, baca nie dulu.

Family Day tue diadakan pada 23 dan 24 Julai 2011 di Permaisuri Beach Resort. Ini adalah Family Day Eon cawangan negeri Melaka. Dilaz sebenarnya first time pergi family day anjuran syarikat. Almaklumlah sebelum ni kerja jat Guardian bertahun-tahun pun tak pernah ada family day. Dinner adalah, tu pun tak pernah dapat pergi. Alasan tak de orang nak closing sale malam dinner tu. Semua tak nak mengalah, jadi Dilazlah mengalah.hehehe.

Hari pertama family day :
Kiteorang bertolak dari Eon Melaka jam 12.40 tengahari (mula-mula janji jam 11.00 pagi...janji melayu) dan sampai hotel lebih kurang jam 1.40 petang. Check in hotel jam 2 petang. Masuk je hotel rehat dan tido sebab letih tunggu diaorang berkumpul lama sangat. Jam 5 petang nak kena turun ada aktiviti di tepi pantai. Qistina mesti suka nie sebab dapat main pasir. Nanti Dilaz sambung aktiviti tu di entri lain erk...tunggu


P/S : Gambar Dilaz tak de dalam nie. Ni amik dari FB member My Love

23/07/11

Dilaz nak bercuti

Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI 

Salam semua, 
hari nie Dilaz nak pergi bercuti bersama My Love dan Qistina kat Port Dickson.  Kiteorang ada Family Day Anjuran EON Melaka. Kalau tak silap kat Permaisuri Resort Port Dickson. Siapa nak tengok package Resort nie, Klik sini



Permaisuri Resort Port Dickson KM 16 (Batu 10) Tanjung Biru, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson Negeri Sembilan, Malaysia.



Dilaz search kat Google tengok macam seronok. Tak sabar nak pergi sana. Doakan percutian kami sekeluarga selamat pergi dan selamat balik erk. Nanti Dilaz buat entri pasal percutian kami. InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails