PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

26/05/14

Kenapa Shaklee

Kenapa Shaklee....Kenapa bila kata buat bisnes MLM mesti orang kutuk dan mengata??? Mungkin mereka tak tahu cara marketing atau pernah ditipu beli barang beribu-ribu semasa buat MLM. Atau buat-buat tak jadi dan tak berjaya.



Arwah mak Dilla dulu pernah join MLM gak seperti Zulian dan Amway. Malam-malam dan weekend selalu ada meting dan kena pergi rumah ke rumah untuk jual produk tersebut. Kekadang tu pernah bawa Dilla dan adik-adik sekali sebab masa tu nak keluar jalan-jalan pastu customer call emak nak beli barang. Emak buat MLM ni hanya sebagai part-time untuk bantu tingkatkan ekonomi keluarga.

Dilla ada ikut minat emak ni. Sebelum join Shaklee saya ada juga join Zulian. Pernah gak pergi meting malam-malam, anak kena tinggal (masa tu Qistina kecil lagi). Paling tak suka kena jumpa orang sana sini promote barang tu dan kena paksa cari orang bawah (downline tau). Oleh sebab tak de minat yang mendalam dalam Zulian, Dilla stop buat. Sekarang Dilla pilih Shaklee. Kenapa Shaklee?



Shaklee ni lain dari yang lain. Dilla bertuah sebab dapat join Shaklee di bawah Group Jutawan Shaklee. Dalam group ini bukan hanya bantu dalam ilmu marketing malah mengajar ilmu kerohanian (banyakkan menjemput rezeki). Paling penting ia ada Mentor yang akan ajar kita dari "Zero to Hero". Kita tak perlu pergi ke rumah-rumah dan meting tengah-tengah malam. Shaklee ni hujung jari je. Semuanya online...dari nak daftar new member, belian hingga ke coaching. Rugi yer siapa tak join dan melengah-lengah nak join Shaklee ni.

Jadi ahli Shaklee ni macam juga jadi ahli kat Jusco, Tesco, Watson ataupun Bonuslink. Bila kita beli barang akan dapat point. Cukup point kita boleh redeem hadiah atau Voucher. Betul tak? Haaaa macam tu gak Shaklee. Setiap barang ada point sendiri (tapi Shaklee panggil uv). Bila uv cukup layak dapat Cash Bonus. uv tak carry forward dan cash bonus dari 5%-21% tau. Walaupun permulaan dapat dalam RM 30 kena bersyukur. Siapa yang nak bagi RM 30 tu percuma kan. Nak bonus banyak, kena usaha lebih. Kejayaan tak datang bergolek macam bola.


Dilla nak bantu lebih ramai orang sihat dan bantu lebih ramai orang tingkatkan ekonomi keluarga mereka. Dilla percaya satu hari nanti Dilla akan berjaya di dalam Shaklee. Jom ramai-ramai join Shaklee dan bantu lebih ramai orang. 9/10 rezeki itu datang dari berniaga dan rezeki itu milik Allah


22/05/14

Jom menabung

Alhamdulillah, syukur

Terima kasih Ya Allah kerana beri Dilla masa dan kesempatan untuk update blog ini. Tak delah ia sunyi sepi tanpa entri baru. Ada yang menanti entri baru dari Dilla ke (bajet macam artis lak...perasan). Hari ini Dilla nak cerita tentang jom menabung.

Kenapa kita perlu menabung? Sebab untuk masa depan dan untuk kita merancang pergi bercuti bersama keluarga. Menabung ni perlu istiqamah dan jangan amalkan konsep hangat2 tahi ayam. Mulalah menabung dari wang syiling hingga ke wang kertas. Dilla sekarang syiling baru 50 sen dan 20 sen mesti masuk tabung. 50 sen yang lama pun Dilla masuk tabung. Duit kertas lak, RM 5 mesti masuk tabung cuma kekadang terbabas guna gak. Ada orang dia akan simpan duit RM 5 dan RM 20. Itu semua terpulang pada individu kan. LAin orang lain caranya. Tak pe yang penting dia nak menabung kan.

Tabung Dilla bentuk botol susu (untuk duit kertas) dan bentuk epal (untuk duit syiling), tabung My Love bentuk burger (just duit syiling), Qistina tabung gambar Princess dan Danish tabung peti pos. Masih ingat lagi dulu ada tabung rimau dan tabung bangunan tabung haji. Sekarang ada lagi ke tabung tu. Tabung kawan-kawan macam mana???

Jadi apa nak tunggu lagi, mulalah menabung dari sekarang. Tak de istilah terlambat dalam dunia ni. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.....Jom menabung.

 

Ini tabung Dilla dulu masa kecik. Sekarang dah jadi tabung Danish

 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

21/05/14

Wordless Wednesday


Ya Allah permudahkanlah jangan disulitkan
Ya Allah sempurnakan dengan kebaikan...Amin

 


Danish 1 tahun 7 bulan

Assalammualaikum semua.

Seminggu Dilla tak update blog ni. Mana menghilang??? Tak hilang mana, ada je kat sini. Sedang muhasabah diri ke arah yang lebih baik. Mencari ilham dan idea untuk memajukan bisnes dan mencapai semua impian kecil dan impian besar. Okey melalut pulak dah. Hari ini (21/5/2014) genap umur Danish 1 tahun 7 bulan. Alhamdulillah

Danish masih lagi menyusu susu ibu sepenuhnya secara ekslusif. Kuat makan, kuat minum, kuat main, manja, lasak, suka buat aksi comel dan kuat berjalan. Alhamdulillah Dilla rasa bertuah masih diberi peluang untuk menyusukan Danish. Susu pun banyak dan sentiasa cukup untuk Danish. Semoga niat untuk menyusukan Danish sehingga 2 tahun tercapai. In shaa Allah. Danish pun membesar dengan sihat dan aktif. Jarang demam, demam pun kekadang jap je sebab gigi nak tumbuh atau nak pandai sesuatu.

Gigi atas dah banyak, gigi bawah cuma 2 batang. Masih menunggu Danish bercakap (over lak Mama Danish ni). Pipi semakin bambam. Senyuman manis meleret dan buat siapa memandangnya jatuh hati.huhuhuhu

Inilah Danish......buah hati Dilla merangkap bodyguard sebab ke mana saja pergi pasti dia di sisi.
 

Semoga Danish membesar dengan sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi keberkatan umur. Amin


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!



13/05/14

Cantik sehijau Epal

Cerita dah basi baru nak upload dalam blog. Minggu lepas dapat surprise dari Karangkraf. Dilla ada hantar gambar My Love dan Danish dalam satu ruangan di Majalah Seri Dewi dan Keluarga untuk Wajah Seiras. Alhamdulillah ada rezeki dan terpilih. Dapat hadiah sebuah novel ni, tajuknya Cantik sehijau Epal. 

Tapi yang sedihnya Dilla termiss beli majalah tersebut. Siapa kawan-kawan ada beli Majalah Seri Dewi dan Keluarga bulan Oktober 2013??? Dilla nak tengok betul ke ada gambar tu dan kalau boleh Dilla nak beli.... Siapa ada tolong bagitahu. Nak sangat ni. Nak jadikan kenangan masa akan datang.
 

12/05/14

Kita dan Ibu

Assalammualaikum

Dilla nak kongsikan cerita yang Dilla baca dalam Diari Muslimin 2012. Jemput baca dan renungkan. Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah bersama-sama kita, janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita lebih menyusahkan ibu.

KETIKA BERUSIA SETAHUN
Ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanya dengan menangis sepanjang malam.

APABILA BERUSIA 2 TAHUN
Ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN
Ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

KETIKA BERUSIA 4 TAHUN
Ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

BERUSIA 5 TAHUN
Ibu membelikan sepasang baju baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek di atas lopak kotor.

SETELAH BERUSIA 6 TAHUN
Ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit " Tak nak! Tak nak!! "

APABILA BERUSIA 7 TAHUN
Ibu membelikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.

MENJELANG USIA 8 TAHUN
Ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

KETIKA BERUSIA 9 TAHUN
Ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.

BERUSIA 10 TAHUN
Ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

APABILA BERUSIA 12 TAHUN
Ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

MENJELANG USIA 13 TAHUN
Ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai dengan peredaran zaman.

KETIKA BERUSIA 14 TAHUN
Ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar yuran persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

KETIKA BERUSIA 15 TAHUN
Ibu pulang kerja dan rindukan pelukan serta ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan menguncikan pintu bilik.

MENJELANG USIA 18 TAHUN
Ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan.

KETIKA BERUSIA 19 TAHUN
Ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan kepada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan.

BERUSIA 20 TAHUN
Ibu bertanya samada kita ada teman istimewa, kita kata "Itu bukan urusan ibu".

SETELAH BERUSIA 21 TAHUN
Ibu cuba memberi pandangan mengenai kerjaya, kita kata "Saya tak mahu jadi macam ibu".

APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN
Ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, dibelakang ibu kita katakan pada kawan "Perabot tu tak cantiklah, tak berkenan aku"

MENJELANG USIA 24 TAHUN
Ibu bertemu dengan bakal menantu dan bertanya tentang rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut "Ibu, tolonglahhhh"

KETIKA BERUSIA 25 TAHUN
Ibu bersusah payah sekali lagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan pindah jauh dari rumah ibu.

PADA USIA 30 TAHUN
Ibu menelefon memberi nasihat dan petua penjagaan bayi, kita dengan megah menjawab "Itu dulu, sekarang zaman dah moden"

KETIKA BERUSIA 40 TAHUN
Ibu telefon lagi mengingatkan kenduri di kampung, kita berkata "Kami sibuk, tak ada masa nak datang"

APABILA BERUSIA 50 TAHUN
Ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukkan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak

DAN KEMUDIAN SUATU HARI
Kita mendapat berita ibu meninggal dunia. Khabar itu bagaikan petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

JIKA KITA MASIH ADA IBU, SAYANGILAH IBU KITA....
JIKA IBU TELAH MENINGGAL DUNIA, INGATLAH KASIH SAYANGNYA

SAYANGILAH IBU ANDA KERANA KITA HANYA ADA 1 IBU 






SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu di dunia ini. 

Semoga menjadi ibu yang terbaik di dunia dan akhirat. In shaa Allah

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

5/05/14

Sahabat

Kami adalah sahabat baik. Sentiasa bersama bila di Tadika. Kami nakal tapi baik dan bijak. Kami suka buat riuh rendah. Makan bersama, main bersama tapi bila tidur kami diasingkan oleh cikgu sebab nanti yang lain tak boleh tidur sebab kami buat bising. huhuhuhu.

Comel tengok teletah mereka bertiga. Masing-masing ada karektor tersendiri.


Fifi, Alia dan Qistina


Semoga anak-anak ini sentiasa sihat dan menjadi anak yang solehah. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Amin

3/05/14

BE pembukaan Mei

Dilla suka...suka sangat sangat. Bersyukur kepada Allah dan terima kasih En Nuffnang yang tak putus-putus beri Buffered Earning kat blog kecik ni. Tadi sedih jap sebab handphone kena block sebab lupa nak bayar bil telefon. Ini sekarang dah okey sebab dah boleh online dan berblogwalking. Banyak sebenarnya nak buat entri cuma kena curi masa sikit nak taip. Tak pe pelan-pelan Dilla update blog ye. Tahun 2014 ni nak lebih baik untuk blog Dilaz family ni. Tak de lah berangan nak jadi macam Red Mummy ke Cik Epal ke Yuyu Zulaikha ke...tapi nak jadi diri sendiri yang lebih baik dan berjaya di dunia dan akhirat. In shaa Allah


Buffered Earning Mei






Inilah iklan yang sedang berjoget tu..Olay Aquaction 



Dulu Dilla pengguna Olay Whitening. Sekarang tak lagi sejak mengandung Danish dulu kulit tak leh terima Olay lak. Kulit jadi lebih sensitif. Silap sikit abis jerawat naik. Sekarang Dilla hanya ambil Set Kecantikan Shaklee, nak bersihkan dalaman dulu baru cantik dalam dan luaran. hehehehe perasan. Comel model Olay tu kan.



BE pertama Mei
BE Ke-6 2014

2/05/14

Tips menghadapi stress

Stress memang tak baik untuk kesihatan. Stress boleh mengundang penyakit tau antaranya migrain. Jika stress meh ikut tips ni....

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Tugas yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan

2) Al-Quran jadikan amalan
Ganjaran besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita membaca Al-Quran ialah selepas solat 5 waktu dan waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur

3) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yakin diri. Perlu yakin yang kita boleh melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik

4) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Bila badan cerdas, ia akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan kerja dapat dilupakan jika kita ada aktiviti luar. Lebih baik jika kita melakukan aktiviti tersebut bersama keluarga tersayang.

5) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan faktor tekanan sewaktu bekerja. Jadi anda perlu mengamalkan diet yang sihat beserta disiplin yang kuat.

6) Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan memohon doa pada Allah
Allah beri ujian bertujuan menguji keimanan seseorang. Setiap yang berlaku juga pasti ada hikmahnya.

Sharing is caring 
 

Susah betul nak ambil gambar

Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua

Lama tak berselfie dengan My Love ni. Memang susah betul nak ambil gambar bersama My Love. My Love ni tak bape suka bergambar. Nak bergambar ikut mood dia. Ini tengah mood oklah tu yang dapat ambil gambar. Jadilah ada gak gambar bersama kan.



Muka My Love dah gelap sebab kerja berjemur sekarang. Dulu kerja dalam aircond cerah sikit. Tak pelah kerja apapun janji yang halal. Inilah buah hati ulam jantung Dilla ni. Bahagia bersamanya susah dan senang. Berkorban apa saje untukmu sayang....mood jiwang

 

1/05/14

SELAMAT HARI PEKERJA

Selamat Hari Pekerja buat semua

Manfaatkan masa cuti ini bersama keluarga tersayang. Dilla sekarang tiada istilah cuti umum. Sebab dah bekerja dari rumah. Jadi cuti ke tak cuti sama je. Mesti ada yang ambil cuti esok sebab nak sambung cuti sampai Ahad kan. Tak kisahlah apapun, janji korang bahagia. Amanah harus dipegang dan dilaksanakan dengan baik.

Selamat Bercuti semua 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails