PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan. Papar semua catatan

16/08/20

Kuih Kapit Rose

Kuih kapit rose ni jumpa masa hari Raya Adilfitri 2017 di rumah Mak Long. Ishh lama kan terperam entri dalam draft 🤣. 

Sebab kuih ni rare nak gak up di sini. Cantik dan berwarna warni. Kalau ada warna merah mesti lagi cantik kan.


Kuih kapit rose


Kuih kapit ni favourite Kak FS. Buat kudap-kudap pun sedap kan. Lebih sihat 😀. Nak buat dia memang berpanas depan api. Sebab tu berbaloi la dengan harganya.

10/07/18

Durian kampung

Sekarang tengah musim durian. Sana sini jual durian. Kat facebook dan WhatsApp pun ramai share makan durian. Durian ni memang favourite Mama. Yang paling sedih kat group WhatsApp family, Abah share gambar durian baru pungut dari kebun.

Durian kampung baru dipetik dari dusun

Tengoklah Abah dah kopek salah satu durian tu ⤵⤵⤵


Sedap yer...isi durian kuning

Mama tak makan lagi durian sebab takut Uwais tak boleh terima. Yelah Uwais kan menyusu badan. InshaAllah, nanti nak cuba gak. Harap2 Uwais ok je.

1/12/15

Putu bambu


Jemput tengok menu minum petang Dilla...putu bambu. Comel je tapi sedap. Lima ni hadap sorang2.



Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Teringat putu bambu kat pasar lambak Pontian. Lama tak makan. Emmm

 Hadiah menarik untuk tersayang

18/10/15

Murtabak Cheese Jumbo Sungai Putat Melaka

Sebelum ni dengar kawan2 kata je kesedapan murtabak cheese jumbo sungai putat ni. Oleh sebab tak menahan dengar, Dilla pun ajak My Love pergi sana cuba rasa betul ke sedap. Kedai murtabak di berhampiran dengan pangsapuri sungai putat melaka. Waktu perniagaan Sabtu hingga Khamis dari jam 1.30 petang hingga 6.30 petang. Tutup pada hari Jumaat.


Ada murtabak cheese ayam, daging dan juga kambing. Harga okeylah tak mahal sangat dan puas hati.

Senarai harga murtabak cheese jumbo

Kami pilih Murtabak Ayam Cheese Special sebab nak makan berdua je. Kalau suka cheese boleh minta extra cheese. Inilah rupa murtabak special tu

Murtabak ayam cheese special

Dan rupa di dalamnya


Memang sedap dan bila makan pasti nak lagi. Terasa ayam dan cheese tu sebati di dalam mulut. Pehhh terliur lak. Siapa yang datang ke Melaka bolehlah singgah makan di sini. Boleh follow facebook Murtabak Cheese Jumbo Sungai Putat

Facebook murtabak cheese jumbo sungai putat

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

18/09/15

cempedak goreng

Jemput minum petang semua. Awal Dilla minum petang kan. Menu petang ini ialah Cempedak goreng tapi beli je kat kedai. Dilla beli RM 2 je sebab yang makan Dilla sorang. Puas hati sebab besar isi cempedak ni. Alhamdulillah rezeki dari Allah.


4/09/15

Cheese tart

Dilla tak suka makan kek sangat, jadi My Love belikan cheese tart Dan cupcake untuk besday girl. Sedap cheese tart buah ni lain Dari kedai yang sebelum ni Dilla beli. Berbaloi la beli. Cupcake tu pun sedap rasanya. Pasni nak try beli kek lak.

Dilla suka makan cheese tart. Nak buat malas jadi beli jela. Hehehehe



30/05/15

Lekor Chips

Jika pergi Taman Negara Johor tu jangan lupa singgah beli Lekor Chips. Sedap bila makan pasti nak lagi.



Lekor Chips....tak henti mengunyah

25/05/15

Makan di kedai Upin Ipin

Cerita ni berlaku sebulan yang lepas. Tunaikan hajat Qistina nak makan di kedai makan upin ipin masa besdaynya. Makan ni disponsor oleh MIL aka nenek Qistina. Alhamdulillah kiranya tak kempunanlah dia nak makan kat situ kan. Rezeki Qistina. Ini antara menu yang kami makan di kedai makan upin ipin.



Qistina dengan Ayam Goreng Upin Ipin


Nasi Goreng Upin Ipin


Nasi Ayam Madu Upin Ipin


Air Upin Ipin




Dilla makanan dia tak delah sedap sangat kira boleh lah. Pastu menu lain macam dalam web banyak takde macam bihun sup. Service kat situ sangat slow dan tak mesra pelanggan. Mungkin kat tempat lain ok kot tak macam kat situ. 




24/05/15

Rojak Mamak

Petang-petang pekena rojak mamak ni memang sedap. Kuah dia sedap dapat makan ngan sate pun best ni. Jemput makan semua.



1/05/15

Zinger Rice Wrap dari KFC

Ini disebabkan pengaruh iklan yang kuat jadi pergilah mencuba zinger rice wrap dari KFC. Sedap gak la dan harga pun okey. Kalau Ala carte cuma RM 4.90. Dapat juga mencuba. Terima kasih My Love sudi melayan isterimu ini. 

Ini rupanya



Dan dalamnya





dan ini dessert untuk anak-anak.





26/04/15

Sarapan pagi

Menu sarapan pagi Dilla hari ini. Nasi lemak campur mee goreng dan ayam kepak rendang. Sedap. Habislah diet macam ni. Boleh makan macam ni hujung minggu je. 





Kawan-kawan sarapan apa hari ini?


23/04/15

GST dengan Marrybrown

Assalammualaikum semua. 

Sekarang semua ada GST dan barang naik kan. Nak tak nak kena hadapi. Jika tak bak bayar banyak GST kita kena berjimat. Betul tak? Masa pergi Kip Mart Sabtu lepas, Dilla terjumpa kupon Great Saving Treats (GST)  Marrybrown. Apa lagi amikla kan. Banyak gak menu yang ada dan boleh berjimat. Harga dah termasuk GST. Okeyla kan kalo sesekali makan fast food. Promo ni sampai 17 Mei sementara stok masih ada (katanya). Dulu masa keje kat Guardian Tesco selalu gak beli ni bila ada promo la. Memang okeyla.






22/04/15

Mee Goreng Bodo

Mee goreng bodo namanya. Sebab takde barang dalamnya cuma telur. Resepi campak-campak. Konon nak buat cam mee goreng mamak tapi tak jadi sebab tak cukup bahan.






6/04/15

Biskut timbang

Lama tak makan biskut timbang ni. Selalu beli biskut dalam paket je. Tadi teman BIL pergi Pejabat Pos Besar Melaka tengok ada orang jual depan pintu masuk. Apa lagi terus pilih dan beli. 









Gambar ambil terus dari plastik. Satu bungkus RM 3, dua bungkus RM 5, tiga bungkus RM 8 dan empat bungkus RM 10. Sedap gak biskut ni. Danish bukan main suka sampai tak nak lepas dari plastik.

5/04/15

Lunch aka Makan Tengahari

Hari ni mood nak masak terajin. Selalu hari Ahad makan kau umah MIL je pastu malam makan kat luar. Dilla masak ni je. Simple tapi menyelerakan. Dah tak tahu nak masak apa lagi.








Inilah menu lunch aka makan tengahari kami. Ada sambal tumis untuk My Love lupa nak snap sebab dah tak sabar nak makan. Huhuhuhu. My Love makan bertambah dan kenyang katanya. Hari ni rehat duduk rumah je. Tak tahulah kalau petang My Love ajak jalan-jalan. Selamat hujung minggu.

3/04/15

Sarapan pagi

Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Pagi ni Dilla sarapan Bihun Goreng dengan telur dadar. Simple je bihun kosong. Minum ngan air kopi o. Sedap.




1/04/15

Cara makan Rasulullah

Tadi share tentang waktu tidur yang dilarang. Sekarang ni nak share tentang cara makan Rasulullah yang patut kita ikut. Ini untuk kesihatan lebih baik. Selamat beramal






Copy paste dari facebook


24/03/15

Makan dalam tidur


Anak bertuah Dilla ni boleh dia makan dalam tidur. Mata tu nak tidur, mulut nak makan. Makanya jadilah macam ni. Macam-macamlah Danish ni. Selalu gak dia cam tu. Ada kekadang terpaksa korek makanan dalam mulut, takut tersedak. Biasa terjadi bila Danish dah terlalu mengantuk.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails