PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Cross-stitch. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cross-stitch. Papar semua catatan

5/03/12

Lama tak buat cross stitch

Salam semua.

Hari nie sungguh memenatkan sebab kena sambung buat kerja amal untuk agensi. Dilaz dan kawan-kawan kena hantar planner tahunan kepada ahli yang ada. Tak pelah sesekali buat kerja amal kan. Okeylah berbalik semula kepada tajuk entri Dilaz "Lama tak buat Cross stitch".

Dilaz memang dah lama tak buat cross stitch. Dulu pantang ada masa je mesti nak buat cross stitch. Tapi sekarang pantang ada masa free nak rehat je.huhuhuhu. Kerja sekarang lagi penat dan tertekan sedikit. Yelah nak senang bukannya senang, kena ada usaha dan pengorbanan lebih. Betul tak? Apa merapu nie...lari tajuklah.hehehehe...

Dilaz sebenarnya nak siapkan semua cross stitch yang terbengkalai dan nak buat pattern-pattern yang cantik. Bile dah siap rasa seronok tau dan puas..emmmmm 

P/S : Cute kan cross-stitch ni

14/11/11

Tempahan terbesar yang diterima

Salam semua

Rasa lama lak tak update Blog Dilaz Family nie. Itu yang buat nak cari Assistant bantu dalam update Blog, agak2 ada ke nak kerja ngan Dilaz.huhuhu. Saje je lawak. Sebenarnya Dilaz tak kemana cuma sibuk sikit nak siapkan tempahan terbesar yang Dilaz terima nie.

Tempahan nie daripada rakan FB Dilaz, Memang agak rumit sikit untuk tempahan besar nie. Kena kira lubang tu betul2, kalau tak habis salah. Lagi satu kena banyak bersabar. Inilah tempahan design tu.


Dilaz harap dapat siapkannya cepat dan memberi kepuasan kepada customer serta puas hati

28/09/11

26/09/11

Tempahan Cross-stitch lagi-Part II

 Salam semua.

Selamat pagi. Hari nie kan Isnin..janganlah Monday Blues pula. Pagi nie Dilaz nak mulakan entri dengan update tempahan member yang telah Dilaz siapkan. Sebelum nie pun Dilaz ada update tentang tempahan. Nak baca..Klik sini

Ini lagi tempahan yang Dilaz dah siapakan. Tempahan dari Dyana. Dyana nak keychain cross-stitch letak nama dia.


Tempahan Nana..Cross-stitch untuk digantung di kereta


Tempahan farhana dan Mas...hp charm cross-stitch


Semua tempahan ini adalah hasil titik peluh Dilaz sendiri. Dilaz harap sangat handmade cross-stitch Dilaz ini berkembang maju dan Dilaz dapat buka kedai sendiri. Tak payahlah susah-susah nak kerja ngan orang lagi..Tension

22/09/11

Hasil tempahan Cross-stitch Dilaz

Hari nie Dilaz nak kongsi antara tempahan Cross-stitch yang telah Dilaz siapkan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dilaz suka sangat bile tempahan nie dah siap dan Dilaz harap lepas nie banyaklah lagi tempahan dari kawan-kawan. Sesiapa yang berminat bolehlah tempah dengan Dilaz.

Jom layan Cross-stitch yang dah siap tu

Ini untuk Baby Boy


Yang nie tempahan dari Ayu


Tempahan Zura


Tempahan Eisya


Cantik tak kawan-kawan? Nanti Dilaz upload lagi

9/09/11

Tempahan Cross-stitch

Salam semua

 Dah sehari tak update blog. Busy sikitlah lagi satu masih dalam mood raya dan otak tengah membeku. Dilaz busy sebab kat ofis buat borang, balik rumah buat bisnes pula. Bisnes nie taklah besar mana. Cuma side income Dilaz je. Bolehlah buat beli top up atau buat beli jajan.

Dilaz kan minat cross-stitch, jadi cross-stitchlah side income Dilaz. Hari Rabu lepas Dilaz bawa koleksi cross-stitch tu kat ofis. Tak sangka pula ada yang berminat dan Dilaz pun amiklah tempahan. Banyak juga order tu yang macam busy sikit. Mudah-mudahan bertambahlah tempahan selepas ini. Sesiapa yang berminat, bolehlah buat tempahan dengan Dilaz. Harga bergantung pada design. Murah-murah je. 

Ini antara Cross-stitch tu. 


Dilaz buat cross-stitch frame dan juga key chain. Nak order untuk cenderahati pun boleh.

20/07/11

Rumah Cross-stitch yang tak siap lagi

Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI 

Sekarang nie Dilaz dah tak bekerja, tapi jangan ingat duduk rumah tak buat keje pula. Bila Dilaz bosan, Dilaz akan online kat FB, Blog dan bukalah laman web yang ada ilmu pengetahuan. Lepas dah boring, Dilaz akan menghadap Cross-stitch pula. Sesiapa nak tengok koleksi Cross-stitch yang Dilaz jual, boleh ke Blog Dilaz Collection
Sekarang nie Dilaz tengah buat cross-stitch yang lebih kepada pemandangan dan yang memerlukan masa yang lama untuk buat cross-stitch tu. Dilaz nie kalo dah menghadap cross-stitch memang leka dan susah nak berhenti. Dilaz memang minat pada cross-stitch sejak dari kecil lagi. Dulu masa kecik suka tolong arwah emak buat cross-stitch nie sampai kat rumah banyak koleksi cross-stitch.

Kawan2, inilah rumah cross-stitch yang tak siap lagi tu. 


Benang untuk design tu dah habis belum beli lagi. Qistina marah Dilaz sebab tak siapkan rumah tu. Hujung bulan baru nak pergi beli benang DMC tu. Sesiapa minat nak beli cross-stitch atau nak buat sendiri boleh hubungi Dilaz erk.

29/06/11

Minnie Mouse Cross-stitch

Akhirnya Dilaz siap juga buat Minnie Mouse Cross-stitch nie. Dilaz siap hari khamis lepas sebelum Qistina balik sini. Yelah Dilaz nak tunjuk pada Qistina. Qistina balik je Dilaz terus tunjuk dia. Qistina kata " Cantik Mama buat. Terima kasih Mama, nanti buat lagi tau". Dilaz ada Pooh cross-stitch tapi belum start buat lagi sebab benang colur Pooh tu tak de. Tengoklah hasil cross-stitch Dilaz




Belum buat back-stitchlagi. Cantik tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails