PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Danish. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Danish. Papar semua catatan

23/10/23

Happy birthday Danish

HAPPY BIRTHDAY DANISH ke 11🎉. 




Danish bile tiba bulan Oktober, dia memang duk kira hari je selalu. Hari yang ditunggu dah pun tiba, Selamat Hari Lahir My Boy🎂. 


Semoga semua impian Danish tercapai dan jadi anak yang soleh. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimewahkan rezeki serta sentiasa dalam lindungan Allah selalu Aamiin 🤲🏻.


#danishfirdaus #besdayboy

20/11/20

My Boy Danish

Tahniah my boy 👏. Syukur Alhamdulillah Danish dilantik sebagai Pengawas Sekolah. Danish betul² tak sangka, ini namanya rezeki 🥰. 

Pengawas Sekolah


Berita gembira pertama 2021. Semoga lebih banyak lagi kejayaan untuk kami sekeluarga 2021. Aamiin 🤲.


#Danish

21/10/17

Selamat Hari Lahir Danish

Selamat Hari Lahir ke-5 Muhammad Danish 🎇🎉. My little hero and bodyguard.


Danish


Semoga Danish sihat2 selalu dan dipanjangkan umur sert menjadi anak yang Soleh. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu dan berkati hidupmu. Amin Ya Mujib.

Mama, Papa dan Kakak sayang kamu 😘. 


21/05/17

Jacket hoodie dan Headphone Nescafe

Entries yang terperam lama di dalam draft. Ingat dah pos rupanya belum. Huhuhuhu. Hadiah ni dapat tahun lepas, baru nak upkan. Apalah Mama QD ni.

Peraduan Jom tebus Nescafe ⬇.


Nescafe

Hadiah untuk 2 nama. Nama Mama QD Dan Papa QD


Jacket Hoodie


Headphone


Danish


Tengoklah Danish tu. Dapat je terus nak guns, tak sabar-sabar.


20/05/17

Hari sukan Danish 2017

Assalamualaikum.

Mood Mama QD nak mengarang ke laut. Jadi Mama QD post gambar je kat sini sebagai kenangan.


Danish






Hari sukan ni Danish masuk acara lari baton. Tak menang hanya dapat hadiah saguhati. Okeylah tu first time kan.

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu. Mama QD dapat kad dari Danish.


Selamat hari Ibu




Walaupun tulisan Danish tak berapa jelas, Pandai dah anak Mama buat surprise. Semoga Danish jadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa serta keluarga. Aamiin.


25/02/17

Danish dah sekolah

Macam dah terlambat nak share, tapi Mama QD nak share juga. Anak manja Mama dah sekolah. Danish sekadang sekolah di Tadika JAIM. 

Danish

Hari pertama persekolahan. Ambil dulu gambar dengan kakak buat kenangan.


Qistina dan Danish.....my QD

Minggu pertama persekolahan, Danish okey dan seronok pergi sekolah. Senyum dan senang nak bangun pagi. Baru lagi dan rasa seronok kan.


Danish di Tadika JAIM

Tapi yang tak best yer, minggu kedua sekolah Danish mula tak nak pergi sekolah. Katanya ada kawan usik dia. Bila Mama QD beritahu cikgu,baru ok. Sekarang ni, kadangkala waktu nak pergi sekolah tu adalah drama pagi sikit. Tak setiap hari tapi adalah. 

Alhamdulillah dah 2 bulan sekolah ni ada perubahan positif untuk Danish. Semoga Danish rajin belajar dan menjadi anak yang soleh serta membanggakan keluarga. Aamiin.

29/10/16

Menabung dengan Tabung Kertas dan Syiling

Ni tabung Danish, Pinky gitu 😜. Tabung Number Bank atau kata lain tabung ATM. Kenapa ATM sebab nak buka tabung ni kenalah masukkan password. Orang lain tak dapat buka tabung jadi selamat sikit. 

Tabung Money Safe 

Danish suka simpan duit dalam ni sebab laju je tabung ni sedut duit. Tabung ni Boleh simpan duit kertas dan juga duit syiling. Hari-hari minta Mama duit sebab nak masuk dalam tabung. 

Danish nak kumpul duit beli mini Scooter tau. Nak tabung macam Danish cari Mama QD 😍. Macam-macam jenis tabung ada dijual. Boleh cari tabung unik yang lain di Facebook Page Mama QD Shoppe 👉 https://m.facebook.com/Mama-QD-Shoppe-235695703155204/

24/10/16

Kek Besday Danish

Dah 4 tahun baru nak dapat kek sebiji. Tahun sebelumnya selalu Mama belikan Danish kek slice je. Tahun ni dapatlah Danish sebiji kek Secret Receipe ni.

Kek Secret Receipe 


Tak sabar-sabar nak tiup lilin tu



Posing dulu sebelum potong kek




Tak sabar nak potong kek Besday boy ni. Nampak kegembiraan di wajah Danish.



InsyaAllah tahun depan kita buat majlis hari lahir ngan kawan-kawan ya sayang. Mesti Danish suka. 

Hadiah dari Pak Ngah dan Mak Ngah

Alhamdulillah syukur rezeki Danish. Dapat hadiah harijadi dari Pak Ngah dan Mak Ngah. Dapat dua 😃

Hadiah 

Hadiah AuTobot. Robot yang boleh bertukar menjadi kereta. Satu untuk Danish dan satu lagi untuk kakak Qistina. Pak Ngah tak nak mereka bergaduh jadi belikan sorang satu.

AuTobot 


Danish pilih warna hijau. Tengok lah tu bukan main senyum simpul lagi kan. 
Danish

Terima kasih Pak Ngah dan Mak Ngah. Danish suka dapat hadiah. Dah semakin besar dan semakin seronok bila tiba hari lahir.

22/10/16

Cup Cake dari kakak

Kakak Qistina balik sekolah terus bagi Cup Cake kat adik Danish. Pakcik Kirin pun bagi Cup Cake gak. Qistina dapat sebungkus Cup Cake dan sekotak air teh bunga. Simpan untuk Danish sebab dia tahu adik dia suka. Inilah yang Qistina bawa lik. 

Cup Cake coklat 

Qistina kata guru kelas yang bagi sempena hari kanak-kanak. Baik hati cikgu. Terima kasih cikgu.
.

Danish dan Cup Cake 

Seronok Danish dapat Cup Cake tu💃. Sayang kakak kat Adik  kan 😘.


21/10/16

Selamat hari lahir Danish (4 tahun)

21.10.12 - 21.10.2016

21.10.12......4 tahun yang lalu begitu perit untuk melahirkanmu. Banyak darah keluar sebelum kamu keluar. kembar darah. Tiada bilik di wad sebelum saat kamu lahir dan juga selepas kamu lahir. Sampai kebiruan kamu kesejukan menunggu untuk dihantar ke bilik sebab tiada bilik kosong di wad. 2 jam lebih menunggu baru ada bilik kosong itu pun selepas Papa asyik tanya dengan jururawat.

Apabila tiba masa bersalin, jururawat masih tak percaya kamu mahu lahir ke dunia sebab bukaan masih kecil. Alhamdulillah kamu selamat dilahirkan dan tiada komplikasi yang serius. Walau Mama dah banyak darah keluar sebelum kamu keluar, Mama kuat untuk melahirkanmu kerana tak sabar melihat kamu. Lahir jam 10.41 malam dengan berat 3.4 kg secara normal. 

Hari pertama Danish dilahirkan 

21.10.16..... Hari ini genap 4 tahun umur Danish. SELAMAT HARI LAHIR DANISH 🎂🍴🎊. 

Danish 4 tahun

Semoga Danish diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Semoga Danish menjadi anak yang Soleh dan mendengar kata Mama dan Papa. Aamiin. Inilah intan payung Mama QD 😍



16/10/16

Ada gaya tak?

Dah besar anak-anak Mama ni.  Ada gaya polis tak?

Qistina Dan Danish

 Sekarang kalau nak beli mainan tak boleh beli satu. Nak beli kena beli dua, kalau tak mesti bergaduh. Kali ni Danish minta cukai Dari Papa. Minta senapang lak. Dah berapa banyaklah mainan Kat rumah. Pening Mama.

10/06/16

Tragedi 5 Ramadhan 1437

Hari ini 5 Ramadhan 1437, Danish buat perangai yang boleh buat Mama sakit jantung. Nasib Mama tak lemah semangat tau. Adik..adik. Lain kali jangan buat lagi tau.  

Danish dan Mama 

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Nak tahu apa Danish dah buat? Danish telah masukkan lego  kecil ke dalam lubang hidung. Sampai dah ke  dalam hidung. Mama apa lagi terus call nenek Danish minta bawakan ke hospital Pantai. Alhamdulillah semuanya baik-baik. Doktor dapat keluarkan lego tu dan tiada darah. Syukur kepada Allah. Mama risau gak kalau lego tu masuk lebih dalam  pasti lebih serius kan.

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60


Ini adalah pengalaman yang Mama tak dapat nak lupakan. Terus buang lego yang kecil supaya peristiwa tidak berulang. Seram  sejuk dan menggigil satu  badan tau. Inilah lego kecil yang telah dimasukkan ke hidung tu👇.

Lego kecil 



25/02/16

Jurufoto cilik

Budak zaman sekarang lebih advance dari budak zaman dulu kan. Dapat smartphone atau Tab pasti pandai explore. Macam Danish ni. Pandai download game sendiri dan tahu cara main game. Ambil gambar pun pandai tau. Entah apa-apa gambar diambilnya. Inilah jurufoto cilik Dilla

Jurufoto cilik.... Danish

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Tengoklah gaya Danish tu, bukan main lagi kan. Entah apa dia ambil gambar kan. Tapi yang geramnya dah ambil gambar banyak-banyak Danish pergi buang lak gambar tu. Aduiii aiii anak. Macam-macam ragam kan.

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

2/02/16

Baru nak update

Assalammualaikum semua

Baru nak update cerita perkahwinan adik bongsu Dilla (Cheah). Majlis tahun lepas pada  bulan November. Dilla ada buat entri jemputan ke majlis Di sini. Sepanjang majlis Dilla tak banyak amik gambar. Selalu camtu tak dapat nak snap gambar untuk diabadikan di sini. Tapi adalah gambar sikit-sikit untuk kenangan. Jom cuci mata.

Gambar-gambar sebelum akad nikah

Kakak pengantin dan Anak Buah wefie ngan pengantin

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

Along, Uda, Adik dan Akhmal

Ni selepas akad nikah

Dilaz Family bersama pasangan pengantin

Dan

Nyaie bersama cucu cicit


Alhamdulillah majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Dah selamat jadi isteri orang 😊.  

20/01/16

Bapa Borek Anak Rintik

Tengoklah gaya mereka berdua ni..sama cam pepatah bapa borek anak rintik. Posing pun nak sama gaya. 

My hero dan Little Bodyguard

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Mereka berdua banyak persamaan. Sama ragam dan kesukaan. Dilla sayang mereka berdua. Sayang My Love dan Danish. Danish tu peneman setia ke mana saje Dilla pergi. Tahun depan dah sekolah sunyilah nanti.

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

13/12/15

Demam Star Wars

Demam Star Wars dah tiba kan. Minggu depan Star Wars akan ditayangkan di pawagam...Tak sabar nak tengok. Anak-anak pun excited. Nampak topeng Star Wars terus nak beli.



Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Dilla ada jual lego Star Wars. Satu RM 4 lum masuk pos. Beli 5 Percuma 1. Siapa berminat boleh Wasap 0197270181.


.

.

.

.

.

 Hadiah menarik untuk tersayang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails