PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Voucher. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Voucher. Papar semua catatan

16/03/16

Rugi RM40

Dah lama peram entri ni..sebenarnya Dilla frust sikit sebab rugi RM 40...voucher kfc/starbuck 👇👇. Itu namanya bukan rezeki kan. Kita kena redha, Allah nak beri rezeki lebih baik kan. Tak dapat nak redeem sebab habis dan customer service tu suh datang petang sikit. My Love malas nak datang semula sebab jauh 😥😥

Voucher kfc/starbuck

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Takpelah..semoga lebih dimurahkan rezeki Allah. 

Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

17/09/15

Menang BHPetrol e-voucher

Alhamdulillah INI Kali kedua Dilla menang BHPetrol e-voucher melalui contest LINE. Soalan dia simple je cuma rezeki kits menang RM 5 atau RM 50. Dilla dapat RM 5 tu pun dah bersyukur siapa nak bagi kan. Siapa Ada akaun LINE tu addlah ORANGE MANIA.



Kemenangan 8 dan 9 untuk Tahun 2015

27/06/15

Hanya RM 2.40

Haritu pergi MPH saje nak cari buku untuk dibaca. Pusing satu MPH akhirnya buku ni juga yang dibeli. Tiga buku ni hanya RM 2.40 je. Dilla beli buku mengenai blogger, majalah Inspirasi Kejayaan dan majalah Mastika. Untuk bacaan tambahan dan tambah ilmu sikit.



.
.
.


Resit blur lak.


Sebenarnya jumlah semua RM 52.40 tapi lepas ditolak voucher RM 50 jadi hanya bayar RM 2.40. Voucher tu Dilla menang contest. Dilla ada buat entri menang RM 50 gift voucher MPH sebelum ni kan. Boleh baca SINI

Alhamdulillah rezeki. Dapat jimat sikit kan. Semoga ada rezeki lebih baik lagi. Amin InsyaAllah.

25/06/15

Diskaun Voucher RM 20 Cheekaaboo

Tengahari semalam Dilla dapat pm dari Cheekaaboo. Sebelum tu Dilla ada join contest anjuran Cheekaaboo dalam Facebook. Ini contest tu.



Saje suka-suka join. Akhir-akhir ni rajin lak join contest sana sini. Mengisi masa lapang dengan benda berfaedah lagi baik kan. Join contest ni biasalah kan, menang atau kalah itu adat. Yang penting kita cuba, usaha, doa dan serah kepada Allah. Jika itu rezeki kita Allah permudahkan. Dilla nak ucap TAHNIAH pada pemenang pertama dan kedua. Dilla cuma dapat diskaun voucher RM 20. Diskaun ni diberikan kepada semua yang masuk contest tersebut. Okeylah kan. Alhamdulillah, syukur selalu.




Inilah bentuk voucher tu.



Kemenangan ketiga Tahun 2015.

19/06/15

Rezeki Jumaat-Voucher RM 50 MPH

Rezeki di hari Jumaat. Balik ambil Qistina dari sekolah nampak ada surat dalam peti surat. Suka tak terkata bila hadiah yang ditunggu dah selamat sampai. Ingat tak bulan lepas Dilla ada buat entri pasal menang contest di IG. Tak ingat, baca NIE...CONTEST INSTAGRAM CHAMPSVITAMIN. Dapat RM 50 Voucher MPH. Alhamdulillah. Pasni bole shopping buku kat MPH. Terima kasih Champs. Ramai juga kawan2 lain yang dah selamat terima voucher masing-masing.

Semoga kami sekeluarga lebih dimurahkan rezeki Allah selalu. Amin 




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails