PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label wayang di MELAKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wayang di MELAKA. Papar semua catatan

27/04/15

Avengers-Age of Ultron

Cerita Sabtu malam yang lalu. Tunaikan hajat anak-anak nak tengok wayang cerita Avengers. Bukan main seronok dan excited mereka dan tak sabar-sabar nak masuk panggung.





3 tiket kami..tak lama lagi kena beli 4 tiket wayang





Bergambar dulu. Tapi dua-dua tak pandang kamera sebab tak sabar nak masuk.



Malam tu memang ramai sangat orang. Yelah kan baru-baru lagi ditayangkan. Tiket ni pun Dilla booking awal. Nasib dapat seat yang okey pandangannya. Keseluruhan cerita Avengers tu okeyla. Cuma tak sebest masa yang first Avengers dulu. Mesti ada lagi next Avengers kan. Suka tengok Iron Man je. Siapa lum tengok pergilah tengok. 




12/02/14

Movie time.....Robocop 2014

Lama dah tak tengok wayang. Last tengok wayang cerita Iron Man. Masa tu Danish, Dilla hantar kat Taska dan Qistina ponteng sekolah (jangan diamalkan nanti terbiasa) sebab nak bawa dia tengok wayang. Oleh kerana Danish dah besar sikit My Love ajak tengok wayang satu family..Movie time..

Cerita pilihan My Love...Robocop 2014.





Kali ketiga pergi beli tiket baru dapat. Dua kali pergi asyik full kat GSC Jusco Bandaraya Melaka. Last-last kiteorang tengok wayang kat MBO Melaka Mall. Banyak kosong. Tak best tengok kat MBO ni sebab sound speaker dia kureng sikit. Tapi cerita Robocop nie memang best.. Best sikit dari Iron Man. Hero pun hensem.hihihihi. Danish masuk dalam panggung mula-mula seronok sebab tempat luas. Bile gelap jer mula menangis dan takut. Sepanjang 2 jam dia tido sebab takut. Perasaan dia macam orang tu nak tangkap dia. Kelakar betul lah. Qistina memang seronok bile ajak tengok wayang. Memang puas hati dapat tengok. Terima kasih My Love belanja tengok wayang.

Pasni kite tunggu Need for Speed lak kuar panggung ekk. Siapa lum tengok Robocop ni, pergi lah wayang berhampiran dan tengok sendiri. 


 

30/04/13

Buffered Earning Iron Man 3

Salam semua. 

Mula-mula sekali nak tiup. Fuhhhhhh....terbang semua habuk-habuk. Bukan habuk je terbang, debu pun banyak nie.Almaklumlah lama tak update blog Dilaz Family ni. Pertama sekali bile dapat online mestilah check akaun Nuffnang. Sekali buka tengok tak lama lagi boleh nak Cash Out. Seronoknya boleh kumpul duit sikit untuk buat persiapan nak beraya nanti. huhuhuhuhu.

Semalam ambil cuti sebab nak bawa Qistina tengok wayang bersama My Love.Kami tengok cerita Iron Man 3. Siapa dah tengok angkat tangan...yang belum tengok pergilah tengok, best sangat. Kami ini memang peminat setia Iron Man. Lagi teruja bile Blog Dilaz Family ini dapat Buffered Earning Iron Man 3. Semoga BE ini tinggilah Earning yer.Amin.


Alhamdulillah rezeki family walaupun Blog ini suam-suam kuku je nak update.Banyak cerita yang nak diupdate tapi ada je kekangan masa,lagi-lagi bile ada anak kecil ni. Terima kasih En Nuffnang yang sentiasa sudi beri BE pada Blog ni. Bagilah lagi ...hehehehehe. Ini sebahagian BE yang masih berlegar-legar di dalam Blog Dilaz Family.


p/s: Dilaz nak cantikkan Blog niela.Ada cadangan tak?
 

24/10/11

Real Steel...The best

Salam semua.

Hampir seminggu Dilaz tak update Blog Dilaz Family ni dan tak sempat nak Berblogwalking. Nak online pun dah jarang sebab Dilaz busy sikitlah. Hari ini baru berkesempatan nak update Blog. Okeylah Dilaz mulakan dulu dengan cerita kami sekeluarga tengok "Real Steel". Sebenarnya kiteorang nak tengok cete nie hari Jumaat lepas sehari selepas Real Steel keluar kat wayang, tapi sedihnya wayang penuh yang tinggal seat depan je.

Jadi Dilaz cadang pada My Love tengok hari Sabtu selepas Dilaz balik kerja. Habis je Dilaz keje, kiteorang pergi Jusco Bandaraya beli tiket wayang kat GSC. Nasib baik cepat datang sebab masih banyak lagi seat yang kosong. Kiteorang pilih couple seat jadi QIstina bolehlah duduk kat tengah-tengah.
Cete Real Steel nie memang best sangat dari mula hingga akhir cerita. Dilaz suka semua aksi robot tersebut dan juga aksi Hugh Jackman (dalam cerita sebagai Charlie). Dakota Goyo (dalam cerita sebagai Max) anak kepada Charlie sungguh cute sangat. Dalam-dalam aksi nie ada lak bab yang buat Dilaz sebab masa Charlie nak pulang semula Max pada kakak isterinya.huhuhu...

Walau apapun, Real Steel ni memang best lah dan berbaloi tengok kat wayang dari beli CD. Siapa yang belum tengok, pergilah tengok. Best sangat.
 

27/09/11

Lu Langsi...Waa Kahwin Lagi

Jumaat Malam Sabtu dah tengok wayang Johnny English Reborn. Ahad pagi pula tengok wayang lagi. Betul-betul lepaskan rasa stress. Dilaz nie memang suka tengok wayang cuma kekadang tu tak de masa nak tengok. Bile ada masa RM ye tak de pula. Macam-macam kan. Ahad lepas Dilaz ajak My Love tengok filem Bini-biniku Gangster..Lu Langsi..Waa Kahwin Lagi.

Memang best filem nie. Manja-manja gitu. Berbaloi lah tengok. Dilaz suka tengok aksi Manja dalam filem nie. Sungguh baik dan tak lupa tanggungjawabnya pada suami walaupun dah jadi Gangster. Paling tak tahan siap ada Trademark lak tu "Suami didahulukan..Pencapaian Diutamakan"...Emmmm betul tak?


Lepas nie nmacam nak tengok wayang lagi..Tapi nanti dululah, nak kumpul duit. Dilaz nak beli sesuatu

26/09/11

Lepaskan stress tengok wayang Johnny English Reborn

Hari nie Dilaz tak bape sihatlah. Kepala sakit sangat dan berpusing2. Pinggang lak rasa sakit sangat..(Pregnant ker?). Tapi check macam tak de.Emmm tak tahulah. Dulu masa Pregnant Qistina check pun tak nampak jelas jalur 2 tu. Kali nie tak tahulah. Ada rezeki adalah. Minggu lepas Dilaz stress sikit tak tahu sebab apa. Mungkin terlalu mengharap atau apa-apa jelah.

Oleh sebab gaji My Love masa kerja di EON dulu dah masuk, Dilaz ajak My Love tengok wayang Jumaat malam tu. Jadi nak hilangkan stress kenalah tengok cete yang kelakar. Jadi Johnny English Reborn jadi pilihan. Filem tu memang kelakar dan enjoy tengok sepanjang 2 jam tu. Tak rasa boring pun. Yang tak best yer, tengah syok tengok Qistina nak kencing pula. Kenalah keluar kejap pergi Toilet. Nasib baik toilet tyak jauh jadi tak lamalah dan tak tertinggal banyak part. Kawan-kawan dah tengok belum? Kalau belum tengoklah, memang best


22/06/11

KL Gangster bersama My Love

Dilaz dan My Love rasa sunyi Qistina tak de. Jadi kiteorang keluar lepak ngan member. Kiteorang lepak kejap je sebab member My Love tu bawa anak kecik. Sian tengok baby dia ngantuk nak tido. Pas jumpa member tu, Dilaz ajak My Love pergi Jusco Bandaraya nak beli majalah. Tiba-tiba My Love ajak tengok wayanglah. Masa tu dah kul 9.40 malam. Ada ke wayang waktu tu (yelah wayang kat Jusco tu baru lagi, takut tak de midnite). 

Tanpa membuang masa, kiteorang pergilah kat GSC tengok wayang apa ada time tu. Sekali adalah jam 10.10 malam cete KL Gangster lakonan Aaron Aziz . Apa lagi terus beli tiket wayang. Nak hilangkan rasa stress dan rindu pada Qistina. Best gak KL Gangster nie. Aaron Aziz memang macho dan cool je walau jadi Abang Taiko. Apa-apapun Dilaz rasa puas hati tengok Filem KL Gangster tu.

P/S : Sebenarnya My Love tiba-tiba ajak tengok wayang sebab nak pujuk Dilaz.

4/02/11

JOM TENGOK WAYANG...

Selamat bercuti lagi kepada semua. Mesti seronok kan cuti panjang.

Entri nie auto-publish sebab saya kena tolong kat umah MIL, ada wat kenduri sikit. Saya nak sambung cete semalam. Cete kiteorang tengok wayang.

Mula2 kiteorang nak tengok cete HAQ. Tapi lambat lak mula. Masa tu baru kul 11.30pagi. Cete HAQ mula kul 1.45 petang. So, tengok punya tengok, saya suggest tengok cete YOGI BEAR. Cerita tentang dua ekor bear yang tinggal di dalam hutan rekreasi dan cuba untuk menyelamatkan tempat tinggal mereka.

 
Best gak cete nie. QISTINA suka tengok. Tapi bile bear tu tak de, dia mula tak duduk diam. Ke sana ke mari. Budak biasalah kan. Bulan depan cete nie nak kuar dalam Versi 3D tau. Jom lah tengok wayang. Saya suka tengok wayang, cuma kadangkala tak de masa nak pegi tengok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails