PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

30/11/12

Kakak Sayang Adik

Salam Jumaat yang mulia.
 
Apa khabar semua? Dilaz harap kawan-kawan sihat. Hari nie hari ke-40 Dilaz berpantang. Maknanya tinggal 4 hari je lagi. Tak sabar rasanya. Dilaz nak cerita sikit tentang Qistina yang sekaramg dah jadi Kakak yang terlalu sayang pada Adiknya. 

Apa tak sayang, kalau member Dilaz datang rumah nak tengok baby, mesti Qistina tak bagi pegang. Dia takut orang ambil adik dia. Apa tak yer masa dulu baby dalam perut, ada member Dilaz yang sakat dia nak amik baby. Tu yang dia ingat sampai sekarang. Lagi pula masa Dilaz masuk Hospital nak bersalin, Qistina asyik tanya baby dah kuar ke?

Sekejap je anak Mama nie membesar kan. Tahun depan dah masuk Tadika.Qistina dalam sayang adik dia ada gak dia rasa cemburu. Yelah selama 4 tahun dia dimanjakan tetiba ada adik kecik.Kasih sayang dibahagi dua. Bile Qistina merajuk je kan, ayat yang dia selalu kata "Adik jangan kuar dulu. Duk dalam perut Mama je. Biar kakak je ada kat lua". Pas tu duk celah kerusi. Mama sayang anak-anak Mama ni. Dua-dua anak Mama.




29/11/12

Kenangan gambar konvokesyen kami

Masa belek-belek album nak tengok gambar Qistina masa kecik, terjumpa gambar konvokesyen kami yang tak di frame lagi. Nak frame je asyik tertangguh. Tu yang main selit je. Nasib baik tak hilang kan. Dah lah ini satu-satunya kenangan yang ada. Nak sambung belajar lagi tak tahu bile. Jadi Dilaz scanlah gambar konvokesyen kami sebagai kenangan di dalam Blog Dilaz Family nie. Nanti bile Qistina dan Danish besar nanti leh tengok gambar Papa dan Mama dia. Yelah akan datang semua zaman IT kan. 

Yang ni konvokesyen Dilaz


Dilaz konvo pada 9 September 2006. My Love lak pada 10 September 2006. 

dan


Ini lak My Love


 Kelakar lak tengok gambar masa muda mudi dulu. Betul-betul macam budak-budak. hehehehehe. Kiteorang belajar satu Universiti tetapi lain Jurusan. Ditemukan dan dikenalkan oleh kawan baik My Love dan akhirnya kami bersatu menjadi suami isteri. Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. AMIN.

Danish 4ari

Dah pandai bergambar.....

26/11/12

21/11/12

Dugaan..Dugaan..Sabar erk

Macam-macam dugaan bile nak Breastfeed (bf) anak secara ekslusif. Dengan kata-kata sindiran orang yang tak memahami, cara kerja yang sibuk tak menentu ni dan macam-macam dugaan lagi la. Dulu masa Qistina tak fikir nie semua sebab Qistina minum susu formula. Apa tak nya oleh kerana kurang yer ilmu tentang bf ni dan rasa lagi senang pakai susu formula tu sebab dapat bf Qistina hanya seminggu je. Yang pening kat sini cuma susu formula apa yang terbaik untuk dia. Padahal susu ibu lagi baik kan.

Sekarang Dilaz memang niat nak bf baby baru ni (Danish) secara ekslusif. Kalau boleh sampai umur Danish 2 tahun. Biar dia dapat khasiat susu ibu nie. Terkilan sebab tak dapat bf Qistina. Alhamdulillah sekarang Danish dah sebulan bf. Memang kena banyak sabar dan tak boleh stress sangat.

Dilaz ada rasa stress sikit sebab pump sebelum ni rosak. Pump tu best walaupun murah. My Love ada belikan pump baru yang sama harga dengan pump sebelum nie. My Love kata nie je dia mampu buat masa nie. Tak pelah ada rezeki boleh beli yang elok sikit. Oleh kerana ada rasa stress masa mengepam, dari dulu boleh dapat 4oz dah turun ke 2oz. Salah Dilaz kan.... 


Impian nak beli Medela Swing ataupun Avent Manual. Harap dapatlah termakbul impian ni. Dilaz akan pastikan impian ni tercapai dengan cepat. Semuanya untuk Danish. Biar dia dapat betul-betul khasiat susu ibu nie. Doakan saya ye kawan-kawan. Amin.
  

Wednesday Wordless- Danish

Gaya tido bebas budak dalam hari

 

17/11/12

Pertama kali pumping

Salam semua

Dalam berpantang nie susah gak nak update Blog. Bile on komputer je, Danish mulalah melalak. Bukan apa nak Mama dia ada dekat ngan dia je. Nasib baik belum kerja, kalau dah nak kerja susah gak kan. Sekarang nie Dilaz nak belajar dan jadi Mama yang menyusukan anak sepenuhnya. Jadi kena tahu banyak lagi ilmu tentang Breastfeed ni. Ini hasil pertama pumping menggunakan teknik Tandem Pumping (sebelah direct..sebelah lagi pump).


Kekok gak, tapi cubaan yang baik. Dapatlah 2oz. Sikit je kan. Susu Dilaz cairlah. Mungkin kurang makan makanan berkhasiat kot. Ada info yang nak share ngan Dilaz tak tentang Breastfeed nie?
 

8/11/12

Pembukaan cerita Baby baru Dilaz

 Salam semua 

Hari ni hari ke-17 Dilaz berpantang. Baru sempat nak update Blog. First sekali Dilaz nak menceritakan detik awal sebelum kelahiran baby baru Dilaz nie. Sebagai kenangan masa depan dan tatapan untuk anak-anak kelak.

20/10/2012 - Perut dah start sakit tapi tak kerap. Sakit dari pagi. Dilaz bagitau My Love, tapi My Love kata main-main je baby dalam tu. Bukan nak kuar pun. Malam sempat lagi makan nasi goreng kegemaran kat Tengkera. Balik dari makan perut sakit dan mengeras. Tapi Dilaz kira dan tengok jam, sakit setiap setengah jam pas tu hilang. Dilaz siap cakap kat baby, "kuar esok jela Mama nak tidola...huhuhuhu"... Tak sangka dia dengar lak cakap Mama dia.

21/10/2012- Bangun pagi macam biasa. Perut tak sakit. Cuma badan rasa lemah sikit dan pening kepala. Rupanya tanda-tanda baby nak kuar.

9.10 pagi : Tanda pertama keluar iaitu darah plus lendir masa buang air kecil. 
                Relax lagi sebab tak sakit. Tapi apa yang Dilaz makan kuar balik (muntah).

2.00 petang : Kuar lagi setompok darah masa buang air kecil. 
                       (Baby ni kembar darah...sepanjang sebelum bersalin darah banyak kuar)
                       Ajak My Love pergi Hospital Melaka.

2.30 petang : Sampai di Hospital dan terus buat poendaftaran. 
                        Nurse suruh tukar baju dan tunggu giliran

3.10 petang : Baru Nurse tanya dan soal sikit2

4.20 petang : Doktor panggil untuk check bukaan dan check CTG. Bukaan baru 3cm

6.00 petang : Sakit setiap 5 minit bermula. Rasa berbisa sebab darah banyak kuar

6.45 petang : Baru dimasukkan ke wad sementara. Rasa geram sebab kena jalan dan bawa barang sendiri tapi yang lain siap ditolak dengan whellchair. Padahal diorang tu lum lagi bertanda sakit cuma lebih due je. Sabar jelah

9.00 malam : Sakit setiap 2 minit bermula. Tekak dan perut rasa lapar pula. Tak makan apa2.
                       Beritahu Nurse dan Nurse panggil doktor untuk check bukaan. 
                       Seluk punya seluk, doktor kata baru 4cm. Biar betul. Dah sakit sangat ni.

10.00 malam : Rasa nak meneran. Tekan lonceng dan Nurse datang. 
                         Cari doktor punyalah lama. Sekali dah buka 8cm lah. 
                         Kelam kabut tolak Dilaz pergi Labour Room.
                         Sampai-sampai bilik bersalin memang dah tak tahan sangat.
                         Mulalah aksi untuk mengeluarkan baby

10.41 malam : Alhamdulillah semuanya selamat dan baby selamat dilahirkan.
                          Nurse puji cakap kulit baby bersih


Muhammad Danish bin Mohd Norfirdaus
21/10/2012 jam 10.41 malam
berat 3.4kg




2/11/12

Alhamdulillah semua selamat

Salam semua. 

Dilaz sekarang tengah berpantang. Banyak benda nak tulis dan update dalam Blog Dilaz Family nie. Yang paling penting Alhamdulillah semuanya selamat. Dilaz dan baby selamat dan sihat. Nanti Dilaz update erk. Tunggu....
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails