PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label anniversary. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anniversary. Papar semua catatan

1/06/21

Happy Wedding Anniversary 14years

 1 Jun 2021 🎉 HAPPY WEEDING ANNIVERSARY



Syukur dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. Genap 14 tahun usia perkahwinan Kak FS bersama suami tercinta Firdaus Sulaiman harini. Alhamdulillah ❤️. 


Terima kasih Allah. Terima kasih abang, susah senang kita bersama tau. Harini pun Abam Fird start dengan new environment, kembali ke dunia sale. Semoga rezekii Abam Fird melimpah ruah dan dipermudahkan semua urusan beliau.


Semoga ikatan perkahwinan kami berkekalan hingga ke syurga dan sentiasa dalam lindungan Allah. Aamiin 🤲.


#weedinganniversary

1/06/16

Happy Anniversary ke 9

1 Jun 2016

Happy Anniversary 

Alhamdulillah syukur Allah panjangkan umur dan beri kesihatan yang baik. Genap 9 tahun usia perkahwinan Mama QD bersama suami tercinta Mohd Norfirdaus Sulaiman (1 Jun 2007 - 1 Jun 2016). Dikurniakan sepasang anak syurga yang comel dan bijak. Terima kasih Allah. Terima kasih abang, susah senang kita bersama.


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan  hingga ke syurga dan kita bahagia selalu. Semoga Allah merahmati kita sekeluarga dan beri kesihatan yang baik untuk kita sekeluarga. Aamiin

Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

1/06/15

Happy 8th Anniversary

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah. Harini genap 8 tahun ikatan perkahwinan Dilla dan My Love. Kami dikurniakan anak-anak yang comel dan hensem. Diberi rezeki yang tak putus-putus walaupun kecil. Banyak suka dan duka yang berlaku namun kami hadapinya dengan tabah dan sabar.

My Love adalah anugerah terindah untuk Dilla. My Love seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan tak cerewet tentang makan. Boleh makan apa je janjiperut kenyang. My Love juga seorang bapa yang penyayang dan akan berkorban apa saje untuk beri yang terbaik kepada anak-anak dan keluarga.



Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga dan diberkati Allah. Amin.


9/07/14

9/7/2014 vs 9/7/2002

Hari ini 9/7/2014..Hari anniversary couple a.k.a hubungan percintaan serius Dilla dan My Love yang ke-12. Kami berkenalan dari zaman Universiti dulu oleh teman baik My Love dan kami declare pada 9/7/2002 serta akhirnya kami disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 1/6/2007. 
 
Ramai yang kata orang pergi Universiti suruh belajar tapi dia bercinta lak. Dilla buat tak tahu je sebab kami di Universiti tak de lah sakan bercinta. Masa belajar kami akan fokus belajar, tapi bila time rehat, kami rehat secukupnya. Kami tak delah dating selalu macam yang lain, berjumpa bila nak makan bersama dan belajar bersama. Yang best yer ada yang kata kami ni adik-beradik. hehehehe
 
Pada mulanya Dilla memang tak suka My Love sebab My Love ni ramai peminat. Lama-lama dah kenal jadi suka dan jatuh cinta. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang perkenalan kami. Hanya kami dan Allah saje yang tahu. Dilla sayang sangat-sangat My Love. Dialah kawan, teman lelaki, suami, dan nyawa Dilla. Percaya tak Dilla boleh rasa sakit bila My Love sakit dan instinct Dilla pada My Love sangat kuat.
 
Semoga ikatan perkahwinan kami ini berkekalan hingga ke syurga dan keluarga kami sentiasa dilindungi Allah. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin


 
Gambar lama..tahun 2008
 

1/06/14

Double Anniversary

Alhamdulillah..hari ini 1 Jun 2014. Ia merupakan Double Anniversary buat Dilla. Pertama; 1 Jun merupakan Wedding Anniversary Dilla dan My Love. Syukur pada Allah hari ni genap 7 tahun perkahwinan kami berdua. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kami dan kami sentiasa berbahagia. Amin In shaa Allah.








Dan 1 Jun juga merupakan Anniversary untuk Blog Dilaz Family. Hari ini genaplah 4 Tahun Blog ini ditubuhkan. Di sinilah cerita suka duka Dilla dan keluarga dicoretkan agar menjadi kenangan di masa akan datang. Semoga Blog Dilaz Family sentiasa dikenali dan memberi seribu sinar kebahagian kepada Dilla. Dilla berharap blog ini akan terus menjadi sumber pendapatan sampingan kami sekeluarga, In shaa Allah

Terima kasih kepada semua kawan-kawan dan followers yang sentiasa menyokong Dilla. Sokongan anda sentiasa diperlukan. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih Allah kerana memberi Dilla kudrat dan ilham untuk terus menulis di blog ini.

Alhamdulillah 


1/06/11

HARI INI IALAH.......

Hari ini ialah....Hari Ulangtahun Perkahwinan Dilaz Yang ke-


Ucapan Dilaz untuk MY LOVE



"Semoga hubungan kite berkekalan hingga ke akhir hayat dan rezeki keluarga kite bertambah baik. Abang, Sayang sayang Abang selalu dan selamanya. Ingatlah saat-saat manis kite bersama, jangan lupa juga saat getir kite membina rumah tangga ini. Semoga ALLAH memberkati hubungan ini dan semoga ALLAH murahkan rezeki keluarga kite. AMIN"

dan 
1 st Anniversary buat Blog Dilaz Family


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails